wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Perakaunan F4

Total questions: 60

Worksheet time: 2hrs 18mins

Name
Class
Date
1.

Pada tahun kewangan 2018, Kedai Sofea masih merekod mesin fotostat pejabat pada harga belian iaitu RM4 000 walaupun harga pasaran ialah RM2 800.


Apakah konsep perakaunan yang terlibat?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Tempoh perakaunan

d)

Wang sebagai ukuran

2.

Pernyataan manakah menerangkan ciri yang betul bagi Firma Guaman Ali dan rakan-rakan?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Bilangan minimum ahli 50 orang

c)

Sumber modal daripada penjualan syer

d)

Agihan keuntungan dalam bentuk dividen

3.

Antara yang berikut, yang manakah liabiliti semasa?


I Dividen belum terima

II Sewa belum terperoleh

III Promosi belum bayar

IV Insurans prabayar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Maklumat berikut telah dikemukakan oleh Encik Ezeham.


"Kedai Komputer Eze menjual komputer bernilai RM2 700 dengan harga RM3 600 secara kredit kepada pelanggan"


Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?

a)


Inventori Akaun Belum Terima Modal
(2 700) 3 600 900

b)

Inventori Akaun Belum Terima Modal
3,600 (900) 2,700

c)

Inventori Akaun Belum Terima Modal
2,700 900 3,600

d)

Inventori Akaun Belum Terima Modal
2,700 (3,600) 900

5.

Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Usaha Enterprise.


''Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan caj tambahan bagi pengangkutan''.


Apakah dokumen tersebut?

a)

Makluman kredit

b)

Makluman debit

c)

Nota kredit

d)

Nota debit

6.

Pada 30 Jun 2018, Puan Suzana membeli barang niaga berharga RM600 secara kredit dengan syarat 15% 10 hari; 10% 15 hari.


Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar pada 9 Julai 2018?

a)

RM600

b)

RM540

c)

RM510

d)

RM450

7.

Pada 5 Februari 2018, Kedai Runcit Anna membeli perabot secara kredit bernilai RM3 600 daripada Kedai Perabot Dania.


Bagaimanakah urus niaga ini dicatat dalam buku akaun Kedai Runcit Anna?

a)
b)
c)
d)
8.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang direkod dalam Buku Tunai?


I Bayar gaji

II Ambil barang niaga

III Beli perabot dengan cek

IV Beli mesin secara kredit

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Jurnal Belian berikut diperoleh daripada Kedai Dinda pada 31 Januari 2018.


Apakah X?

a)

Akaun Belian

b)

Jumlah Belian

c)

Akaun Belum Bayar

d)

Jumlah Jurnal Belian

10.

Apakah subbidang perakaunan yang meliputi kerja memeriksa rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat kewangan adalah betul dan tepat.

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan kewangan

d)

Perakaunan pengurusan

11.

Situasi berikut berkaitan dengan prinsip perakaunan.


"Sewa yang masih belum dibayar pada akhir tempoh

perakaunan perlu diselaraskan dalam Akaun Sewa sebelum untung bersih dapat ditentukan".


Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

12.

Apakah hasil operasi bagi sebuah firma audit?

a)

Dividen

b)

Komisen Diterima

c)

Hasil Perkhidmatan

d)

Untung atas pelaburan

13.

Berikut merupakan ciri-ciri bagi suatu item:


 Digunakan untuk membiayai pemilikan aset perniagaan

 Tuntutan pemilik perniagaan terhadap aset perniagaan


Manakah antara berikut menepati ciri-ciri di atas?

a)

Modal

b)

Overdraf Bank

c)

Pinjaman Bank

d)

Akaun Belum Bayar

14.

Antara urus niaga berikut yang manakah tidak menjejaskan nilai aset dalam persamaan perakaunan?

a)

I Pemilik membayar Akaun Belum Bayar dengan menggunakan cek perniagaan.

b)

II Pemilik membayar insurans kedai dan sewa kedai menggunakan wang peribadinya.

c)

III Pemilik membayar Akaun Belum Bayar dengan menggunakan wang pinjaman bank.

d)

IV Pemilik mengambil barang niaga untuk didermakan kepada Rumah Kanak-kanak Istimewa

15.

Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Melur Trading.


"Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan."


Apakah dokumen yang terlibat?

a)

Invois

b)

Nota debit

c)

Nota kredit

d)

Baucar pembayaran

16.

Puan Suzy telah menerima invois berjumlah RM1 600 pada 10 Mac 2019. Beliau telah menjelaskan invois tersebut pada 17 Mac 2019. Syarat diskaun tunai ialah 10% 7hari dan 2% 15hari.


Hitung jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Suzy.

a)

RM1 440

b)

RM1 568

c)

RM1 800

d)

RM1 960

17.

Pernyataan yang manakah benar tentang catatan kontra dalam Buku Tunai?

a)

Merujuk kepada pindahan tunai ke bank

b)

Sebagai cara pembetulan kesilapan dalam Buku Tunai

c)

Merupakan kaedah pembatalan diskaun diberi ke atas cek tak laku

d)

Menyelaraskan jumlah antara diskaun diberi dengan diskaun diterima

18.

Dokumen di bawah adalah memo daripada seorang pengurus kepada kerani akaunnya.


Catatan di Jurnal Am yang perlu dibuat oleh kerani itu ialah :

a)

Debit: Akaun Ambilan

Kredit: Akaun Belian

b)

Debit: Akaun Alat tulis

Kredit: Akaun Inventori

c)

Debit: Akaun Promosi

Kredit: Akaun Belian

d)

Debit: Akaun Promosi

Kredit: Akaun Inventori

19.

Pemilik Kedai Dobi Liklau membuat catatan bergu seperti berikut


Antara berikut, keterangan manakah yang benar?

a)

I Bank didebitkan kerana aset berkurang

b)

II Bank didebitkan kerana aset bertambah

c)

III Modal dikreditkan kerana ekuiti berkurang

d)

IV Modal dikreditkan kerana ekuiti bertambah

20.

Perniagaan Cergas Jaya membeli perabot secara tunai daripada Jati Enterprise untuk kegunaan perniagaan.


Apakah akaun yang akan dikreditkan?

a)

Akaun Tunai

b)

Akaun Belian

c)

Akaun Perabot

d)

Akaun Jati Enterprise

21.

“Kelewatan dalam menyediakan maklumat kewangan telah menyebabkan pengguna sukar untuk membuat keputusan”.


Apakah ciri kualitatif tersebut ?

a)

Kebolehbandingan

b)

Kebolehfahaman

c)

Kebolehsahan

d)

Pemasaan

22.

Manakah bukan entiti perniagaan ?

a)

Kedai Runcit Pak Mat

b)

Klinik Azlee dan rakan-rakan

c)

Persatuan Pencinta Flora dan Fauna

d)

Pemborong Bahan Binaan Sdn. Bhd.

23.

Berdasarkan jadual persamaan perakaunan di atas, berapakah jumlah modal ?

a)

RM18 250

b)

RM30 230

c)

RM34 730

d)

RM66 730

24.

Apakah dokumen bukan sumber yang dihantar oleh pembeli kepada pembekal ?

a)

Sebut harga

b)

Nota serahan

c)

Penyata akaun

d)

Pesanan belian

25.

Urus niaga berikut di ambil daripada Buku Perniagaan Mazmat yang menjalankan perniagaan perabot.


Membeli kerusi dan meja bernilai RM 5 500 secara kredit


Apakah Buku Catatan Pertama yang terlibat ?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Pulangan Belian

d)

Jurnal Pembayaran Tunai

26.

Maklumat berikut merupakan urus niaga yang diambil daripada buku Perniagaan Batik Klasik


Manakah catatan dalam Buku Tunai yang betul ?

a)
b)
c)
d)
27.

Berikut adalah urus niaga bagi Perniagaan Naiela.


Pemilik mengambil barang niaga sebanyak RM850 untuk didermakan kepada Pusat Asuhan Kanak-Kanak.


Manakah catatan yang betul ?

a)

Debit: Ambilan RM850

Kredit: Belian RM850

b)

Debit: Derma RM850

Kredit: Belian RM850

c)

Debit: Ambilan RM850

Kredit: Inventori RM850

d)

Debit: Derma RM850

Kredit: Inventori RM850

28.

Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada proses kitaran perakaunan.


Dokumen Perniagaan------> Buku Catatan Pertama --------> P

a)

Buku Tunai

b)

Jurnal Belian

c)

Imbangan Duga

d)

Akaun Komisen Diterima

29.

Antara yang berikut,yang manakah merupakan Kod Etika Profesion Perakaunan?

a)

I Objektiviti

b)

II Kerahsiaan

c)

III Kredibiliti

d)

IV Akauntabiliti

30.

Berikut merupakan ciri-ciri bagi sesuatu akaun.


 Bersifat tahan lama

 Tahap kecairan yang rendah

a)

I Inventori

b)

II Kenderaan

c)

III Lengkapan

d)

IV Akaun Belum Terima

31.

Kedai Runcit Johari memperoleh keuntungan daripada jualan Aset Bukan Semasa. Keuntungan tersebut dikategorikan sebagai

a)

Untung kasar

b)

Untung bersih

c)

Hasil operasi

d)

Hasil bukan operasi

32.

Apakah tujuan Penyata Akaun dihantar oleh pihak pembekal kepada pembeli?

a)

Menambah jumlah hutang

b)

Mengurangkan jumlah hutang

c)

Mengingatkan pembeli jumlah hutang yang perlu dibayar

d)

Mengingatkan pembeli jumlah hutang yang telah dibayar

33.

Pada 7 Jun 2019, Puan Mas membeli barang niaga berjumlah RM2 800 secara kredit.


Pemborong Sivaji telah menetapkan syarat diskaun seperti berikut :

 Diskaun niaga : 20%

 Diskaun tunai : 10% 10 hari

5% 30 hari


Sekiranya Puan Mas membuat pembayaran pada 15 Jun 2019, berapakah jumlah bayarannya ?

a)

RM2 016

b)

RM2 128

c)

RM2 520

d)

RM2 660

34.

Jurnal Am di bawah diambil daripada buku Perniagaan Harlena.


Berapakah nilai X?

a)

RM121 700

b)

RM139 500

c)

RM260 500

d)

RM278 300

35.

Apakah X?

a)

Akaun Belum Terima

b)

Akaun Pulangan Jualan

c)

Jumlah Pulangan Jualan

d)

Jumlah Jurnal Pulangan Jualan

36.

Urus niaga berikut diperoleh daripada Kedai Minuman Healthy Juice.


Dividen diterima dibankkan


Apakah catatan bergu dalam buku Kedai Minuman Healthy Juice?

a)

Debit Akaun Bank

Kredit Akaun Dividen

b)

Debit Akaun Tunai

Kredit Akaun Dividen

c)

Debit Akaun Dividen

Kredit Akaun Bank

d)

Debit Akaun Dividen

Kredit Akaun Tunai

37.

Perniagaan X mempunyai ciri-ciri berikut.


Milikan : Pemegang syer tiada had maksima

Pengurusan : Anggota Lembaga Pengarah

Keuntungan : Dividen

Liabiliti : Terhad


Apakah jenis Entiti Perniagaan X?

a)

Perkongsian

b)

Syarikat Berhad

c)

Milikan Tunggal

d)

Syarikat Sendirian Berhad

38.

Situasi berikut berkaitan dengan suatu prinsip perakaunan.


Encik Marzimi pemilik Butik Pengantin Mar telah mengambil 2 pasang pakaian pengantin untuk hadiah kepada anaknya yang akan berkahwin.


Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi ?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Entiti berasingan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

39.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Amin Juhari.


RM

Perabot 9 500

Alat tulis 280

Premis 69 900

Akaun belum terima 2 400


Berapakah jumlah aset bukan semasa ?

a)

RM79 860

b)

RM79 400

c)

RM73 300

d)

RM71 180

40.

Siapakah pengguna dalaman penyata kewangan?

a)

Bank

b)

Pengurusan

c)

Akaun belum Bayar

d)

Pesaing perniagaan

41.

Rekod urus niaga di dalam buku catatan pertama dibuat berdasarkan dokumen sumber. Pilih padanan yang tepat

a)

Buku Catatan Pertama: Jurnal Pulangan Belian

Dokumen Sumber: Nota Kredit ( Asal )

b)

Buku Catatan Pertama: Jurnal Pulangan Jualan

Dokumen Sumber: Nota Kredit ( Asal )

c)

Buku Catatan Pertama: Jurnal Jualan

Dokumen Sumber: Invois ( Asal )

d)

Buku Catatan Pertama: Belian

Dokumen Sumber: Invois ( Salinan )

42.

Namakan sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai ciri berikut :

a)

Perkongsian

b)

Milikan Tunggal

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Syarikat Sendirian Berhad

43.

Pilih pernyataan yang paling tepat tentang perakaunan.

a)

Perakaunan meliputi proses simpan kira sahaja

b)

Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

c)

Perakaunan melibatkan proses merekod urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu

d)

Perakaunan melibatkan proses merekod, melapor dan mentafsir maklumat kewangan

44.

Apakah tujuan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) ditubuhkan?

a)

Mengendalikan latihan dan peperiksaan bagi profesion perakaunan

b)

Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

c)

Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan

d)

Melatih akauntan-akauntan bertauliah

45.

Pernyataan berikut berkaitan dengan ciri kualitatif penyata kewangan.


Penyata kewangan ini bebas daripada sebarang kesilapan fakta dan tidak bersifat berat sebelah.


Pilih ciri yang tepat berdasarkan pernyataan tersebut.

a)

Relevan

b)

Kebolehfahaman

c)

Kebolehbandingan

d)

Kebolehpercayaan

46.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Wahyudin.


Encik Wahyudin merekodkan bayaran sewa rumah kediaman berjumlah RM850 ke dalam buku perniagaan.


Apakah konsep perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Encik Wahyudin?

a)

Materialiti

b)

Pemadanan

c)

Entiti berasingan

d)

Wang sebagai ukuran

47.

Butir manakah yang dikelaskan sebagai aset?


I Tunai dan Akaun belum terima

II Overdraf bank dan modal

III Akaun belum bayar dan pinjaman

IV Kenderaan dan stok

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

48.

Akaun kontra manakah yang bukan padanan kepada akaun induk?

a)

Akaun Kontra: Pulangan masuk

Akaun Induk: Jualan

b)

Akaun Kontra: Pulangan keluar

Akaun Induk: Belian

c)

Akaun Kontra: Hutang lapuk

Akaun Induk: Akaun belum terima

d)

Akaun Kontra: Susutnilai terkumpul

Akaun Induk: Aset bukan semasa

49.

Dokumen mananakah tidak dibenarkan oleh penjual kepada pembeli?

a)

Invois

b)

Nota Debit

c)

Nota Kredit

d)

Pesanan belian

50.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Khas?

a)

Ambilan barang niaga untuk keluarga

b)

Jualan aset bukan semasa secara kredit

c)

Pulangan barang niaga kepada pembekal

d)

Membawa masuk sebuah perabot untuk kegunaan perniagaan

51.

Mengapakah Luca Pacioli dikenali sebagai ‘Bapa Perakaunan’?

a)

Beliau mula mengeluarkan buku prinsip perakaunan

b)

Beliau memperkenalkan konsep sistem catatan bergu

c)

Beliau memahami kepentingan peraturan simpan kira bagi sesuatu perniagaan

d)

Beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sehingga masa kini

52.

Tujuan utama simpan kira ialah


I sebagai bukti bahawa suatu urusniaga telah berlaku

II merekod, mengelas dan meringkaskan semua urusniaga dalam nilai mata wang

III membantu seseorang peniaga dalam proses membuat keputusan dan perancangan

IV mengumpul maklumat perakaunan yang berkaitan dengan kedudukan kewangan perniagaan untuk laporan kewangan

a)

I ,II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

53.

Perakaunan merupakan proses


I menyediakan maklumat bagi pihak luaran

II menyediakan maklumat bagi pihak dalaman pengurusan

III Proses merekod urusniaga berdasarkan sistem catatan bergu

IV Meringkaskan, menganalisis, dan mentafsir segala urusan sesuatu entiti perniagaan

a)

I ,II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

54.

Syarikat Masai Auto yang mempunyai aset bukan semasa sebanyak RM15 juta, menganggap bahawa belanja alat tulis RM25 tidak akan memberi kesan kepada perniagaan.


Pernyataan di atas merujuk kepada konsep

a)

ketekalan

b)

usaha berterusan

c)

materialiti

d)

entiti berasingan

55.

Rajah 1 menunjukkan Kitaran Perakaunan.


Berdasarkan kitaran perakaunan di atas apakah Y?

a)

Buku Tunai

b)

Penyata Kewangan

c)

Pengeposan ke lejar

d)

Penyediaan Imbangan Duga Terselaras

56.

Data 1 menunjukkan aset dan liabiliti seorang peniaga pada 30 April 2019.


Hitungkan modal beliau pada tarikh tersebut

a)

RM29 330

b)

RM32 050

c)

RM34 770

d)

RM35 170

57.

Maklumat di bawah berkaitan dengan satu urusniaga


Bayar cek kepada akaun belum bayar bernilai RM230\


Merujuk kepada urus niaga di atas, apakah kesan ke atas aset dan liabiliti?

a)

Akaun belum bayar bertambah RM230, bank bertambah RM230

b)

Akaun belum bayar bertambah RM230, bank berkurang RM230

c)

Akaun belum bayar berkurang RM230, bank berkurang RM230

d)

Akaun belum bayar berkurang RM230, bank berkurang RM230

58.

Encik Rostam ialah seorang peniaga. Invois yang diterima oleh Encik Rostam telah terlebih nilai. Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut?

a)

Nota Debit

b)

Nota Kredit

c)

Makluman Debit

d)

Makluman Kredit

59.

Liabiliti terhad bermaksud

a)

pemegang saham berhak ke atas pembahagian untung yang terhad

b)

liabiliti pemegang saham terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan

c)

kuasa undi pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah terhad

d)

harta peribadi pemegang saham perlu digunakan untuk membayar kerugian syarikat

60.

Data 2 menunjukkan baki-baki dalam buku perniagaan Kenanga pada 1 Mei 2019.


Antara berikut manakah cara yang betul bagi merekod baki-baki di Jurnal Am?

a)
b)
c)
d)