NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPerkembangan Kerajaan Islam & Sumbangannya
Total questions: 24
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah. Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?
a)
Mengambil tindakan ketenteraan
b)
Menamatkan hubungan diplomatik
c)
Menghantar bayaran ufti setiap tahun
d)
Menandatangani perjanjian persahabatan
2.
Pada zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura. Apakah kebaikan sistem tersebut?
a)
Menjamin kesinambungan pemerintahan
b)
Meneruskan tradisi masyarakat Arab
c)
Mendapat sokongan orang bukan Arab
d)
Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
3.
Perpecahan umat islam berlaku pada peringkat awal selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Mengapakah perpecahan tersebut berlaku ?
a)
Campurtangan kuasa luar
b)
Perebutan jawatan pemerintah
c)
Kemunculan golongan murtad
d)
Kewujudan perang saudara
4.
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengatasi ancaman kuasa Rom dan Parsi?
a)
Menghantar ekspedisi perang
b)
Mengutus utusan damai
c)
Mendapatkan bantuan luar
d)
Memperkuat angkatan laut
5.
Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sistem pemerintahan negara?
a)
Menyediakan pakaian seragam tentera
b)
Memperkukuh tentera laut
c)
Memperkenalkan gaji untuk tentera
d)
Membentuk tentera sukarela
6.
Golongan mawali adalah orang Islam yang bukan berketurunan Arab. Mengapakah golongan tersebut menentang kerajaan Bani Umaiyah
a)
Kemudahan perniagaan terhad
b)
Dikenakan kadar cukai yang tinggi
c)
Hasutan daripada masyarakat Yahudi
d)
Dipaksa menganggotai pasukan tentera
7.
Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam. Antara yang berikut , yang manakah berkaitan dengan mereka?
a)
Diwajibkan menyertai kerahan tenaga
b)
Dikenakan bayaran cukai tambahan
c)
Dilantik mengetuai pentadbiran wilayah
d)
Dipertanggungjawabkan membina terusan
8.
Mengapakah Khalifah Umar bin al-Khattab mewujudkan jawatan Wali atau Mengapakah Khalifah Umar bin al-Khattab mewujudkan jawatan Wali atau <br />Gabenor semasa pemerintahan beliau?
a)
Mempergiat usaha penyebaran agama Islam
b)
Memperkukuh perpaduan penduduk
c)
Memperluaskan kawasan pemerintahan
d)
Mempertingkat sistem pentadbiran wilayah
9.
Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan?
a)
Mewujudkan peraturan yang tegas
b)
Memberikan gaji setiap bulan
c)
Melantik pegawai risikan
d)
Membuat pemantauan
10.
Apakah langkah Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. mengawal penyelewengan hakim?
a)
Mengenakan hukuman yang berat
b)
Membuat pemantauan yang kerap
c)
Memberikan gaji bulanan yang lumayan
d)
Meningkatkan kefahaman terhadap Islam
11.
Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab memajukan bidang pertanian?
a)
Mengeksport lebihan hasil
b)
Membina sistem pengairan
c)
Memperkenalkan penggunaan batas
d)
Melaksanakan sistem penggiliran
12.
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?
a)
Semangat jihad dipupuk
b)
Armada laut diperkukuhkan
c)
Perkahwinan politik digalakkan
d)
Perjanjian dengan pemimpin tempatan
13.
Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan sistem pertahanan negara Islam Madinah?
a)
Membina markas tentera
b)
Mewujudkan pasukan tentera tetap
c)
Menubuhkan angkatan tentera laut
d)
Melantik panglima tentera sebagai gabenor
14.
Sistem wazarah telah diperkenalkan oleh kerajan Bani Umaiyah. Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?
a)
Urus setia menguruskan rekod kewangan
b)
Wazir dilantik mengetuai pentadbiran
c)
Pelbagai jabatan kerajaan ditubuhkan
d)
Ulama dilantik menjadi pentadbir
15.
Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem hijabah bertujuan untuk ........
a)
mengukuhkan pertahanan laut
b)
mengawal keselamatan khalifah
c)
mengumpul rekod baitulmal
d)
mengurus pelantikan wazir
16.
Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah. Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?
a)
Penetapan peraturan di istana
b)
Halangan mengkritik pemerintah
c)
Pemeriksaan untuk menemui khalifah
d)
Kebebasan bersuara dihadkan
17.
Bagaimanakah khalifah dilantik pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah?
a)
Pemilihan dilakukan oleh ulama
b)
Mengamalkan sistem pewarisan
c)
Melalui perundingan Majlis Syura
d)
Berdasarkan wasiat khalifah terdahulu
18.
Zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah ialah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun. Apakah faktor kegemilangan tersebut?
a)
Kekayaan hasil bumi
b)
Kekuatan tentera laut
c)
Perkembangan industri
d)
Pencapaian intelektual
19.
Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam. Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?
a)
Memberi penekanan kepada kecemerlangan individu
b)
Mengutamakan kemewahan dalam kehidupan
c)
Menjamin kemuliaan keturunan
d)
Memperkuat kedudukan sesuatu kabilah
20.
Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini?
a)
Seni teater
b)
Seni arca
c)
Seni bina
d)
Seni tari
21.
Apakah peranan golongan Mudejar di Eropah?
a)
Menerapkan cara hidup Islam
b)
Menyertai pasukan tentera khas
c)
Menggalakkan perkembangan ilmu
d)
Menjadi pembayar cukai tambahan
22.
Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
a)
Kebudayaan Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat
b)
Bahasa Arab digunakan oleh sebahagian masyarakat
c)
Perkembangan ilmu pengetahuan meluas di Eropah
d)
Peluasan kawasan penaklukan Islam
23.
Tokoh ilmuwan Islam yang manakah telah memberikan sumbangan dalam bidang matematik?
a)
Ibn Jarih
b)
Al-Khawarizmi
c)
Wasil bin Ata
d)
Malik bin al-Harith
24.
Apakah sumbangan Ibn Battuta yang menjadi rujukan sehingga kini?
a)
Merancang strategi peperangan
b)
Mengasas teori matematik
c)
Memperkenalkan ilmu perubatan
d)
Mencatat fakta pengembaraan dengan tepat
Reset
