wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

23Mac 2020 _ BM

Total questions: 67

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.
"Bilakah agaknya __________ akan datang berjumpa dengan __________ pada minggu ini?" tanya Kamal kepada Samad tentang Kudin dan Dollah.
a)
dia … awak
b)
kalian … saya
c)
mereka … kita
d)
kamu … kami
2.
 Emak menegur sikap Mimi yang suka __________ percakapan orang tua.
a)
mengekang
b)
menyindir
c)
menahan
d)
menyampuk
3.
Perempuan itu menjinjing begnya sambil __________ anaknya menuju ke perhentian bas.
a)
mendukung
b)
mengelek
c)
membawa
d)
mengepit
4.
Perempuan tua itu __________ bakul berisi beberapa biji betik di atas kepalanya.
a)
menjinjing
b)
menjunjung
c)
mengelek
d)
memikul
5.
Bancian menunjukkan bahawa rancangan drama Hindi yang __________ oleh Televisyen Swasta mendapat sambutan hangat daripada penonton.
a)
disiarkan
b)
dipaparkan
c)
dipamerkan
d)
ditunjukkan
6.
Kami ............. bola sepak di padang.
a)
bermain
b)
dimain
c)
memain
7.
Penagih-penagih dadah yang lari dari pusat pemulihan itu masih __________ di sekitar Kampung Sentosa.
a)
berselerak
b)
berkeliaran
c)
bertaburan
d)
bertempiaran
8.
Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.
a)
dijerat
b)
dijerut
c)
diikat
d)
ditambat
9.
Rumah yang rosak akibat dilanda ribut itu ____________ secara gotong-royong.
a)
diruntuhkan
b)
dibaiki
c)
dipulihkan
d)
dikemaskan
10.
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
a)
dilap
b)
disapu
c)
dicalit
d)
digilap
11.
Adik _____lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.

a)
mematikan
b)
menyalakan
c)
memasangkan
d)
menghembuskan
12.
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk
a)
dikupas
b)
dikopek
c)
ditarah
d)
disiang
13.
Amin ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
a)
terjatuh
b)
tercegat
c)
terhenti
d)
terduduk
14.
Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
a)
menggigil 
b)
mengecut
c)
menggoyang
d)
meracau
15.
Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak _______ di pantai.
a)
menguning
b)
memutih
c)
membiru
d)
menghitam
16.
Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
a)
mencanai
b)
menggentel
c)
menguli
d)
mengisar
17.
Puan Hidayah.... rendang ayam dan ketupat untuk hidangan makan malam.
a)
menggoreng
b)
memasak
c)
menjerang
18.
Encik  Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali
a)
mengecat
b)
menconteng
c)
menghias
d)
mengemas
19.
Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.
a)
menjemput
b)
meminta
c)
menghantar
d)
menerima
20.
Dollah sedang ..... lubang untuk menanam bangkai haiwan yang telah mati.
a)
menimbus
b)
menanam
c)
menggali
d)
mencakar
21.
Adik ...... tayangan Didi dan rakan-rakan di ruang tamu sambal menghisap susu.
a)
melihat
b)
memasang
c)
memandang
d)
menonton
22.
Pak Cik Husin ______ kayu api itu dengan kapak siam.
a)
menarah
b)
membelah
c)
menebang
d)
memangkas
23.
Baginda Sultan Pahang akan ______ ke Australia pada minggu hadapan.
a)
beradu
b)
bersiram
c)
berkenan
d)
berangkat
24.
Puan Rasitah _______ anaknya yang tidak mengemaskan biliknya.
a)
memarahi
b)
menegah
c)
membidas
d)
menghendik
25.
Mereka ___________ leher bagi menegakkan pendapat masing-masing.
a)
beralas
b)
bertegak
c)
berpatah
d)
bertegang
26.
Kerbau Pak Cik Meon _________ apabila dipukul oleh budak-budak nakal itu.
a)
menari
b)
meracau
c)
merintih
d)
melompat
27.
Datin Marina sedang __________ lauk-pauk di dapur bersama  dengan orang gajinya.
a)
merebus
b)
menumis
c)
memasak
d)
menyiang
28.
Para peserta kem itu _______ unggun api untuk memanaskan badan mereka.
a)
membuat
b)
memasang
c)
menyalakan
d)
memadamkan
29.
Ayah selalu ______ adik supaya gosok gigi sebelum masuk tidur.
a)
mewasiatkan
b)
mengingatkan
c)
mengamanahkan
d)
menyatakan
30.

Pada zaman ____sejarah, kehidupan manusia sangat bergantung kepada alam

a)

pra

b)

awal

c)

kilo

d)

wan

31.

Jarak rumah Amirul dengan sekolah adalah 5 _______meter

a)

senti

b)

kilo

c)

meter

d)

batu

32.

Sukarela____ itu sedang menjalankan aktiviti menanam pokok.

a)

wati

b)

dwi

c)

tata

d)

wan

33.

Mila meminjam kamus _____bahasa daripada perpustakaan untuk rujukannya.

a)

tiga

b)

satu

c)

dwi

d)

empat

34.

Cikgu Suhaila sedang mengajar _____bahasa di dalam kelas 2 Arif

a)

dwi

b)

wan

c)

pra

d)

tata

35.

Adik suka menonton ___________ kartun.

a)

rancangi

b)

rancangan

c)

rancangkan

d)

rancanglah

36.

Jangan __________ kawasan lombong itu.

a)

hampirkan

b)

hampiran

c)

hampirlah

d)

hampiri

37.

Tanah Tinggi Cameron pernah saya __________ pada tahun lepas.

a)

lawati

b)

lawatan

c)

lawatkan

d)

lawatlah

38.

____________ ibu bapa harus kita patuhi selalu.

a)

Ajarkan

b)

Ajarlah

c)

Ajari

d)

Ajaran

39.

Pelbagai jenis alat _________ dijual di kedai itu.

a)

mainan

b)

permainkan

c)

maini

d)

mainlah

40.

"Tolong _________ salam saya kepada ibu kamu," kata Ayu kepada Ani.

a)

sampailah

b)

sampaikan

c)

menyampaikan

d)

kesampaian

41.

__________ keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui internet.

a)

Semaki

b)

Menyemak

c)

Semakan

d)

Penyemakan

42.

Radio yang rosak itu telah abang ____________.

a)

baiki

b)

membaiki

c)

baikan

d)

kebaikan

43.

Ahli keluarga yang paling saya __________ ialah nenek.

a)

menyayangi

b)

sayangi

c)

sayangkan

d)

sayanglah

44.

Acara yang saya ____________ semasa hari sukan ialah lompat tinggi.

a)

sertakan

b)

penyertaan

c)

menyertai

d)

sertai

45.
Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
a)
sekali
b)
sangat
c)
benar
d)
nian
46.
Rohana _____________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
a)
begitu
b)
sekali
c)
agak
d)
betul
47.
Jurulatih itu __________tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.
a)
benar
b)
sekali
c)
nian
d)
amat
48.
Rasa buah durian tembaga itu ___________ sedap.
a)
betul
b)
benar
c)
sekali
d)
sangat
49.
Pintar ___________ Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.
a)
sungguh
b)
terlalu
c)
paling 
d)
agak
50.
Air sungai itu jernih ____________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
a)
agak
b)
amat
c)
paling
d)
terlalu
51.
Anak kucing itu _________comel.
a)
sangat
b)
terlalu
c)
nian
d)
paling
52.
Air sirap yang dibuat oleh Dahlia ini manis __________. 
a)
benar
b)
agak
c)
nian
d)
terlalu
53.
Indah ___________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja ditepi pantai itu.
a)
nian
b)
paling
c)
terlalu
d)
agak
54.
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
a)
tengik amat
b)
busuk sekali
c)
hapak sungguh
d)
hanyir sekali
55.
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada Thanush.
a)
sungguh selerak
b)
sungguh teramat selerak
c)
paling selerak
d)
paling sungguh selerak
56.
Alat-alat sukan yang dijual di kedai itu _______.
a)
agak murah
b)
paling murah sekali
c)
murah teramat
d)
murah-murah sekali
57.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
58.
Adif _______ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.
a)
terlalu gembira
b)
terlalu amat gembira
c)
terlalu paling gembira
d)
paling gembira sekali
59.
Pemandangan di kawasan sawah itu ______ pada waktu pagi.
a)
nian indah
b)
indah nian
c)
sungguh indah nian
d)
sungguh indah sekali
60.
________ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu.
a)
Lembut sekali
b)
Halus sekali
c)
Mesra sekali
d)
Rapat sekali
61.
Gadis berbaju kebaya itu kelihatan _______.
a)
amat tampan
b)
amat kacak
c)
amat manis
d)
amat segar
62.
Mak Munah __________ apabila melihat anaknya puloang dari Kuala Lumpur.
a)
sedih benar
b)
rindu benar
c)
gembira benar
d)
risau benar
63.
Pekan kecil itu _________ menjelang waktu malam.
a)
sungguh lengang
b)
sungguh diam
c)
sungguh keras
d)
sungguh seram
64.
"__________ masakan ibu malam ini," puji Irene kepada ibunya.
a)
Sedap benar
b)
Sungguh sedap sekali
c)
Paling sedap sekali
d)
Benar-benar sedap
65.
Azzimey mendapat markah yang _______ dalam mata pelajaran Matematik.
a)
paling tertinggi
b)
paling tinggi
c)
sungguh tinggi
d)
tinggi nian
66.
Banglo yang baru siap dibina di puncak bukit itu ________.
a)
nian cantik
b)
paling tercantik
c)
sungguh cantik
d)
tercantik sekali
67.
Mew Yik Sheng ________ akan datuk dan neneknya yang tinggal di kampung.
a)
sedih benar
b)
rindu benar
c)
benci benar
d)
gembira benar