WorksheetsKATA GANDA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Ivy, Mirrah dan Dewi merupakan _________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.
kakak-kakak
guru-guru
jiran-jiran
rakan-rakan
Saya sentiasa berdoa ________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.
cukup-cukup
moga-moga
kuat-kuat
tegap-tegap
Buku yang dimiliki oleh Kok Seng ______belaka
keras-keras
tebal-tebal
kasar-kasar
nipis-nipis
______ petang mereka berlatih bermain bola sepak di padang.
Siang-siang
Tahu-tahu
Asyik-asyik
Tiap-tiap
Tok Guru memilih pesilat yang _____ untuk menyertai pertandingan silat pada bulan hadapan.
garang-garang
kasar-kasar
lincah-lincah
licin-licin
Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Seni silat dan pantun adalah warisan_____________________ nenek moyang orang Melayu sejak lama dahulu.
saki-baki
turun-temurun
masing-masing
suku-sakat
Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
remeh-temeh
kelam-kabut
ramah-tamah
keluh-kesah
Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
porak-peranda
lambat-laun
remeh-temeh
serta-merta
Walaupun keluarganya miskin, ___________________dia tidak berniat menjadi peminta sedekah bagi menyara keluarganya.
seolah-olah
sekali-sekali
seboleh-bolehnya
setahu-tahu
