wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.1 Tujuan Perniagaan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pemasangan

d)

Pengangkutan

2.

Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?

a)

Secara percuma

b)

Jualan pada harga kos

c)

Jualan pada harga di atas kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

3.

Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?

a)

Menambah kos perbelanjaan

b)

Meningkatkan imej perniagaan

c)

Mengembangkan perniagaan

d)

Menjalankan tanggungjawab sosial

4.

Lola ingin memulakan perniagaan menjual kek dari rumah bersama kakak beliau. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Kemahiran yang pelbagai

b)

Mudah mendapat keuntungan

c)

Kos penubuhan yang rendah

d)

Menanggung risiko bersama dengan pelanggan

5.

"Rakan kongsi yang menyumbngkan nama sahaja dan tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan"

Rakan kongsi diatas merujuk kepada

a)

rakan kongsi aktif

b)

rakan kongsi lelap

c)

rakan kongsi berhad

d)

rakan kongsi nominal

6.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang menerangkan penubuhan syarikat awam berhad?

a)

Mengisi borang PNA42

b)

Mendaftar dengan Pesuruhjaya Koperasi Malaysia

c)

Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan

d)

Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran (Borang D)

7.

Pernyataan manakah benar tentang prinsip-prinsip koperasi?

a)

Kawalan secara autokratik

b)

Keanggotaan secara sukarela

c)

Mendapatkan keuntungan yang maksimum

d)

Hanya seorang wakil anggota mempunyai hak untuk bersuara

8.

Pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri umum perniagaan francais?

a)

Francaisi perlu membuat bayaran dalam bentuk royalti

b)

Francaisi mendapat bantuan daripada francaisor

c)

Francaisor dan francaisi perlu menjalankan perniagaan bersama-sama

d)

Francaisor mengalami kehilangan hak pemilikan perniagaan

9.

Kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?

a)

Bilangan pekerja

b)

Jumlah jualan tahunan

c)

Jumlah bahan mentah

d)

Jumlah aset dan pembangunan

10.

Puan Rose memiliki sebuah kedai jahit yang mempunyai 10 orang pekerja di Melaka. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh perniagaan Puan Rose?

a)

Lebih berdaya saing

b)

Pengambilan pekerja

c)

Aliran tunai negatif

d)

Kos overhed yang rendah

11.

> Mengekstrak sumber semula jadi

> Mengeluarkan bahan mentah untuk diproses


Apakah sektor perniagaan tersebut?

a)

Sektor mikro

b)

Sektor primer

c)

Sektor sekunder

d)

Sektor tertier

12.

Pernyataan manakah benar tentang sektor ketiga?

a)

Melibatkan pembinaan dan pemasangan barang

b)

Memproses bahan mentah untuk dijadikan barang separuh siap

c)

Membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna

d)

Mendapatkan sumber semula jadi dari proses pengekstrakan

13.

Pilih pernyataan yang berkaitan skala kebangsaan

a)

Perniagaan bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak penduduk setempat sahaja

b)

Menggunakan strategi pemasaran yang sama

c)

Merupakan perusahaan kecil dan sederhana

d)

Menikmati ekonomi bidangan

14.

MATRADE ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia berfungsi untuk membantu peniaga yang terlibat dalam

a)

skala global

b)

skala negeri

c)

skala tempatan

d)

skala kebangsaan

15.

Pada awal tahun 1990an, sektor yang manakah merupakan penyumbang utama kepada eksport Malaysia?

a)

Sektor mikro

b)

Sektor utama

c)

Sektor kedua

d)

Sektor ketiga