wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IBADAH UPKK (TAHUN 4)

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

"Lafaz untuk memaklumkan masuknya waktu solat."


Apakah yang dimaksudkan dengan ayat di atas?

a)

Iqamah

b)

Azan

c)

Niat

d)

Solat

2.

Apakah maksud iqamah dari sudut istilah?

a)

Pemberitahuan

b)

Masuknya waktu solat

c)

Mendirikan

d)

Meminta jemaah bangun untuk mendirikan solat

3.

Berikut merupakan perkara sunat bagi muazzin kecuali ..........

a)

Suci daripada hadas

b)

Menghadap kiblat

c)

Muaazin duduk ketika melaungkan azan

d)

Lafaz yang tartil

4.

Hukum azan dan iqamah ........

a)

Sunat muakkadah

b)

Wajib

c)

Sunat

d)

Harus

5.

Dalil pensyariatan azan terdapat dalam surah .........

a)

Surah Al-Baqarah : 110

b)

Surah Al-Jumu'ah : 9

c)

Surah Al-Maidah : 58

d)

Surah An-Nisa' : 101

6.

Syarat sah azan dan iqamah kecuali .........

a)

Mumayyiz

b)

Islam

c)

Masuk waktu solat

d)

Perempuan

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan mumayyiz ?

a)

Tahu membezakan baik dan buruk

b)

Sempurna lafaz azan dalam satu waktu tanpa berhenti dalam tempoh panjang

c)

Sudah cukup umur

d)

Suci daripada hadas

8.

Berikut ialah perkara makruh ketika azan kecuali ........

a)

Dalam keadaan berhadas

b)

Dilaungkan oleh orang beriman

c)

Terlalu memanjangkan suara sehingga mengubah makna lafaz azan

d)

Bercakap-cakap atau bermain ketika azan

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz di atas ?

a)

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

b)

Marilah menunaikan solat

c)

Solat lebih baik dari tidur

d)

Sesungguhnya telah hampir untuk mendirikan solat

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz ini ?

a)

Solat itu lebih baik dari tidur

b)

Allah Maha Besar

c)

Sesungguhnya telah hampir untuk mendirikan solat

d)

Marilah menunaikan solat

11.

Berikut ialah doa untuk .........

a)

Doa selepas berwuduk

b)

Doa Tahajjud

c)

Doa selepas azan dan iqamah

d)

Doa Istikharah

12.

Apakah gelaran bagi orang yang melaungkan azan ?

a)

Khatib

b)

Muazzin

c)

Imam

d)

Kadi

13.

Bilakah tahun pensyariatan azan ?

a)

Tahun kedua hijrah

b)

Tahun keempat hijrah

c)

Tahun ketujuh hijrah

d)

Tahun ketiga hijrah

14.

Seorang bilal melaungkan azan sebelum masuk waktunya.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Azan sah dan tidak perlu diulangi

b)

Makruh azannya dan perlu diulangi

c)

Berdosa dan perlu bertaubat

d)

Azan tidak sah dan perlu diulangi semula

15.

Pak Syuib melaungkan azan sambil duduk tanpa sebarang keuzuran.


Apakah hukum bagi situasi di atas ?

a)

Makruh melaungkan azan sambil duduk

b)

Sunat melaungkan azan sambil duduk

c)

Haram melaungkan azan sambil duduk

d)

Dibolehkan melaungkan azan sambil duduk

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "الوسيلة" dalam doa azan?

a)

Kemuliaan di dunia

b)

Kelebihan yang membezakan antara makhluk-makhlukNya

c)

Perhitungan yang mudah dan ringan

d)

Satu kedudukan yang paling tinggi dalam Syurga

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan solat fardu?

a)

Perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam

b)

Menghimpunkan dua solat fardu dan dilakukan dalam satu waktu solat

c)

Solat dua rakaat yang dilakukan pada waktu zohor secara berjemaah, didahului dengan dua khutbah

d)

Menghimpunkan solat fardu empat rakaat menjadi dua rakat sahaja

18.

Berikut merupakan orang yang diwajibkan solat, kecuali .......

a)

Suci daripada hadas besar

b)

Baligh

c)

Sampai seruan Islam

d)

Orang gila

19.

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ


Berikut ialah dalil bagi ibadah ................

a)

Puasa

b)

Solat

c)

Zakat

d)

Haji

20.

Yang manakah bukan tanda-tanda orang yang sudah mencapai umur baligh ?

a)

Ihtilam

b)

Tumbuh bulu ari-ari

c)

Mempunyai suara yang merdu

d)

Haidh

21.

Manakah bukan syarat sah solat?

a)

Suci daripada hadas kecil dan besar

b)

Mengetahui dengan yakin masuknya waktu solat

c)

Memdedahkan aurat

d)

Menghadap kiblat

22.

Apabila bayang sesuatu objek lebih panjang dari objek asal sehingga terbenam matahari.


Apakah waktu solat bagi keterangan di bawah?

a)

Asar

b)

Maghrib

c)

Zohor

d)

Isyak

23.

Hilang cahaya merah dikaki langit sehingga terbit fajar sadiq


Berikut ialah keterangan bagi waktu solat apa?

a)

Subuh

b)

Asar

c)

Maghrib

d)

Isyak

24.

Terbit fahar sadiq sehingga terbit matahari


Berikut ialah keterangan bagi waktu solat apa?

a)

Asar

b)

Subuh

c)

Isyak

d)

Maghrib

25.

Berapakah bahagian rukun solat?

a)

3

b)

4

c)

2

d)

5

26.

Yang manakah bukan bahagian rukun solat?

a)

قلبي

b)

فعلي

c)

صوم

d)

قولي

27.

Manakah antara berikut rukun فعلي ?

a)

Niat

b)

Takbiratul ihram

c)

Selawat ke atas nabi dalam tahiyyat akhir

d)

Duduk antara dua sujud dan tamakninah

28.

Perkara sunat ketika solat terbahagi kepada berapa bahagian ?

a)

4

b)

2

c)

3

d)

5

29.

Antara berikut, yang manakah sunat أبعاض ?

a)

Membaca doa qunut dalam solat subuh

b)

Membaca doa iftitah

c)

Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram

d)

Duduk tahiyyat akhir

30.

Antara berikut, yang manakah sunat هيئات ?

a)

Selawat ke atas nabi dan keluarga baginda selepas doa qunut

b)

Membaca doa qunut

c)

Selawat ke atas nabi dalam tahiyyat awal

d)

Meletakkan tangan di kawasan perut di atas pusat

31.

Apakah bacaan ketika sujud sahwi?

a)

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

b)

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ

c)

سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

d)

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

32.

Manakah antara berikut bukan perkra makruh ketika solat?

a)

Menahan diri daripada kentut dan membuang air

b)

Mengangkat muka ke langit

c)

Menutup aurat

d)

Perut telah lapar dan makanan telah terhidang

33.

Apakah hikmah pensyariatan solat?

a)

Bersifat angkuh dalam diri

b)

Melatih diri berdisiplin dan menepati waktu

c)

Sains membuktikan bahawa solat hanya menyakitkan badan

d)

Hati resah dan gelisah

34.

Yang manakah bukan perkara yang membatalkan solat ?

a)

Suci daripada hadas dan najis

b)

Berpaling dada dari arah kiblat

c)

Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat

d)

Menggerakkan anggota yang besar melebihi tiga kali

35.

Amin solat Subuh, sebelum tahiyyat akhir dia teringat yang dia tidak membaca doa qunut.


Apakah hukum solat bagi situasi di atas?

a)

Sah dan perlu meneruskan solat

b)

Tidak sah dan perlu solat semula

c)

Sah dan perlu melakukan sujud sahwi

d)

Haram dan berdosa besar

36.

Aisyah bermain-main ketika solat dan ketawa sehingga mengeluarkan suara yang mengganggu jemaah lain.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Makruh dan perlu mengulangi solatnya semula

b)

Sah dan perlu meneruskan solat

c)

Tidak sah solatnya dan perlu mengambil wuduk semula

d)

Batal solatnya dan perlu solat semula

37.

Apakah yang dimaksudkan dengan solat jumaat?

a)

Solat bagi orang yang tidak mampu menunaikannya secara biasa

b)

Solat dua rakaat yang dilakukan pada waktu zohor pada hari Jumaat secara berjemaah dan didahului dengan dua khutbah

c)

Perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam

d)

Menghimpunkan solat fardu empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja

38.

Apakah hukum solat jumaat?

a)

Fardu kifayah

b)

Wajib

c)

Fardu ain

d)

Sunat

39.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

(Surah Al-Jum'ah : 9)


Apakah ibadah yang berkaitan dengan dalil di atas?

a)

Solat Jenazah

b)

Solat Hari Raya

c)

Solat Dhuha

d)

Solat Jumaat

40.

Syarat wajib solat jumaat ialah ...........

a)

Bermukim atau bermastautin

b)

Uzur tubuh badan

c)

Perempuan

d)

Bermusafir

41.

Berikut merupakan perkara sunat ketika hari jumaat kecuali .........

a)

Memakai wangi-wangian ke masjid

b)

Datang lewat ke masjid

c)

Berzikir dan membaca Al-Quran

d)

Memotong kuku

42.

Yang manakah bukan syarat sah solat jumaat?

a)

Dilakukan secara berjemaah

b)

Ditunaikan dalam waktu zohor

c)

Didahului oleh satu khutbah

d)

Diadakan di tempat yang ditentukan seperti masjid

43.

Apakah yang dimaksudkan dengan Mastautin?

a)

Orang yang tinggal di suatu tempat dan tidak berniat untuk meninggalkan tempat tersebut.

b)

Orang yang tinggal di suatu tempat lebih daripada tiga hari tidak termasuk hari datang dan hari keluar

c)

Orang yang membacakan khutbah

d)

Orang yang melakukan perjalanan dua marhalah (89 kilometer)

44.

Apakah situasi yang tidak membolehkan seseorang meninggalkan solat jumaat?

a)

Musafir sekurang-kurangnya dua marhalah

b)

Ada keuzuran

c)

Tertidur dengan sengaja di rumah

d)

Hujan yang terlalu lebat

45.

Apakah erti khutbah jumaat?

a)

Menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu

b)

Ucapan atau syarahan yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang dibaca sebelum solat Jumaat

c)

Memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat sahaja

d)

Solat yang dianjurkan oleh syarak tetapi tidak wajib

46.

Yang manakah bukan rukun khutbah ?

a)

Memuji Allah pada khutbah pertama dan kedua

b)

Berselawat ke atas Nabi Muhammad

c)

Mengandungi pesanan supaya bertaqwa kepada Allah

d)

Mendoakan orang kafir

47.

Antara berikut, manakah syarat sah khutbah jumaat ?

a)

Mumayyiz

b)

Berakal

c)

Hadas besar

d)

Mendedahkan aurat

48.

Manakah bukan hikmah solat jumaat ?

a)

Merapatkan silaturrahim

b)

Memuliakan hari jumaat

c)

Mengingatkan umat Islam tentang kepentingan bersatu padu

d)

Keringanan daripada Allah kepada hambaNya

49.

Khatib tertinggal salah satu rukun khutbah ketika membacanya. Setelah seminggu baru dia menyedari perbuatannya itu.


Apakah hukum bagi situasi di atas ?

a)

Sah solat jumaatnya dan tidak perlu berbuat apa-apa

b)

Tidak sah solat jumaatnya dan perlu menggantikan dengan solat Zohor

c)

Makruh solatnya dan perlu digantikan dengan solat Zohor

d)

Tidak sah dan perlu bertaubat

50.

Ali sempat rukuk bersama imam dalam rakaat kedua ketika solat jumaat.


Apakah hukum bagi situasi di atas ?

a)

Sah solatnya dan diterima sebagai solat jumaat

b)

Tidak sah solatnya kerana melebihi 3 pergerakanan besar dari imam

c)

Tidak sah dan perlu diganti dengan solat Zohor

d)

Makruh hukumnya dan hilang pahala solat jumaat