Font size
WorksheetsLARAS BAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
🎈Disampaikan secara formal
🎈Menggunakan istilah khusus
🎈Kandungannya bersifat objektif
🎈Mempunyai unsur kematangan dan kebenaran
Ciri-ciri di atas menepati laras:
iklan
sastera
akademik
media massa
Kilat sabung-menyabung beserta dengan guruh yang amat menakutkan. Televisyen terpadam sendiri. Ruang kamarku tiba-tiba gelap gelita. Suasana menjadi begitu sepi. Kedengaran suara adikku menangis ketakutan.
Petikan di atas menunjukkan laras bahasa:
berita
sukan
khutbah
sastera
🌟 Istilah teknikal digunakan dalam situasi tertentu
🌟 Bahasa mesra digunakan pada ketika tertentu
🌟 Mesej menjadi matlamat
Ciri-ciri di atas menepati laras bahasa
sastera
akademik
iklan
sukan
Apakah ciri yang menentukan jenis sesuatu laras bahasa?
Istilah-istilah yang digunakan
Cara pengucapan ayat
Kesesuaian pemakaiannya
Kejelasan maklumat yang disampaikan
Yang manakah menepati laras bahasa iklan?
Makan sekali, pasti hendak lagi.
USM akan mengambil 4000 orang mahasiswa baharu tahun ini.
Diabetes juga dikenali sebagai penyakit kencing manis.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Teknologi nuklear banyak menyumbangkan kemajuan dalam kehidupan manusia. Kini, teknologi nuklear digunakan dalam pembiakbakaan tumbuhan untuk meningkatkan hasil pertanian dengan membantu mempercepat mutasi dan yang berkaitan dengan bioteknologi.
Petikan di atas merupakan contoh penggunaan laras bahasa:
iklan
sains
undang-undang
sains sosial
Yang manakah tidak berkaitan dengan laras bahasa undang-undang ?
Menggunakan kias dan ibarat
Tidak menggunakan gambar atau graf
Mementingkan kejelasan dan keterperincian
Tidak terdapat unsur metafora, personifikasi dan simile
'Lebihan dagangan Cukai barangan dan perkhidmatan'
Frasa di atas menggambarkan laras bahasa
sains
sastera
ekonomi
agama
• Menggunakan bahasa yang kreatif dan imaginatif
• Terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa
• Mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kata
Pernyataan di atas menunjukkan ciri laras
I iklan
II agama
III berita
IV sastera
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Pilih ciri bahasa istana.
I Menggunakan kosa kata khusus
II Menggunakan unsur penyedap dalam pemulaan ayat
III Mempunyai tatabahasa yang berbeza daripada bahasa biasa
IV Menggunakan kata ganti nama yang lengkap dan bersopan serta berkembang sejajar dengan
peredaran masa
I dan II
II dan III
I dan IV
II dan IV
Yang manakah penyataan yang benar tentang laras bahasa?
I Laras bahasa ialah variasi bahasa yang digunakan mengikut situasi.
II Laras bahasa ialah penggunaan sesuatu bahasa yang menarik dan berkesan.
III Laras bahasa ialah ciri ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangnya.
IV Laras bahasa ialah pengucapan atau penulisan yang mementingkan kesinambungan dan tautan idea.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Apakah faktor penentu bentuk laras dan jenis- jenis laras bahasa, berdasarkah ciri keperihalan?
i) Tajuk wacana
ii) Cara penyampaian
iii) Perbendaharaan kata
iv) Tujuan sesuatu perlakuan bahasa
i dan ii
i, ii dan iii
i, ii, dan iv
i, ii, iii, dan iv
Yang manakah maksud laras bahasa yang betul?
Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa atau cara penggunaan sesuatu bahasa
Gaya penulisan akademik yang sistematik dan teratur
Gaya penghafalan sesuatu bahasa dengan lebih tersusun
Gaya penyebutan bunyi huruf dalam bahasa Melayu
Antara ayat yang berikut, yang manakah menepati ciri laras bahasa iklan...
Cepat! Cepat! Sementara stok masih ada.
Dia pergi ke Tokyo untuk membeli dorayaki.
Beliau merupakan seorang juru jual yang profesional.
Pak Mat menjual putu halba pada harga yang murah.
Laras bahasa kreatif selalunya wujud di dalam ...................... kecuali
Cerpen
Penulisan karangan
Novel
Puisi
Berikut merupakan ciri-ciri laras bahasa kanak-kanak, kecuali...
Penggunaan imbuhan yang terhad
Penggunaan kosa kata yang tinggi
Struktur bentuk ayat tunggal
Maksud laras bahasa panggilan hormat...
Digunakan untuk menunjukkan jawatan atau pangkat dalam masyarakat
Digunakan untuk memanggil orang
Digunakan untuk mewakili perwatakan
Digunakan untuk perbahasan
Antara berikut benar dalam pemilihan iklan kecuali?
Persembahan
Bandingan
Pertanyaan
Penyataan
Laras Bahasa Kreatif bersifat ...... dan .......
Figuratif
Imaginatif
Puitis
Fiksi
Contoh gambar Laras Bahasa Iklan bagi pemilihan penyataan
