wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu ( Sinomin ) Bahagia 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Puan Amna membalut kotak hadiah itu dengan kemas.

Pilih perkataan seerti bagi membalut.

a)

membungkus

b)

menyarung

c)

mengurung

d)

melipat

2.

Jason berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

Pilih perkataan seerti bagi berazam.

a)

bersatu

b)

berpadu

c)

bertekad

d)

bersepakat

3.

Rumah usang itu akan dirobohkan tidak lama lagi.

Pilih perkataan seerti bagi usang.

a)

uzur

b)

lusuh

c)

lama

d)

reput

4.

Ibu menyajikan kuih-muih kepada tetamu yang datang ke rumah.

Pilih perkataan seerti bagi menyajikan.

a)

menyiapkan

b)

menghulurkan

c)

menyediakan

d)

menghidangkan

5.

Tsnami telah memusnahkan banyak bangunan dan harta benda.

Pilih perkataan seerti bagi memusnahkan.

a)

menghancurkan

b)

membinasakan

c)

menjatuhkan

d)

meleburkan

6.

Sara menghantar e-mel kepada sahabatnya yang berada di Kedah.

Pilih perkataan seerti bagi menghantar.

a)

mengirim

b)

memberi

c)

membalas

d)

menerima

7.

Pokok kelapa di tepi rumah datuk sudah condong.

Pilih perkataan seerti bagi condong.

a)

singkat

b)

senget

c)

bengkok

d)

tumbang

8.

Cuaca di Cameron Highlands sungguh dingin.

Pilih perkataan seerti bagi dingin.

a)

panas

b)

angin

c)

sejuk

d)

beku

9.

Puan Aisyah menggilap dulang tembaga itu hingga berkilat.

Pilih perkataan seerti bagi menggilap.

a)

menggosok

b)

mengusap

c)

menyental

d)

memberus

10.

Nenek memakai cermin mata kerana pandangannya sudah kabur.

Pilih perkataan seerti bagi kabur.

a)

muram

b)

suram

c)

kelam

d)

pudar

11.

Sejak kebelakangan ini kes ragut kerap berlaku.

Pilih perkataan seerti bagi kerap.

a)

tetap

b)

sering

c)

jarang

d)

hampir

12.

Buku yang ditulis oleh penulis terkenal itu laris di pasaran.

Pilih perkataan seerti bagi laris.

a)

laku

b)

licin

c)

lama

d)

lancar

13.

Joyce mengelap air yang tetumpah pada bajunya.

Pilih perkataan seerti bagi mengelap.

a)

membuang

b)

menggosok

c)

mengesat

d)

menekap

14.

Banglo yang baru siap dibina itu dimiliki oleh Datuk Kamil.

Pilih perkataan seerti bagi dimiliki.

a)

dipunyai

b)

didirikan

c)

didiami

d)

dibeli

15.

Swee Chin berasa kekok memakai kain batik itu.

Pilih perkataan seerti bagi kekok.

a)

janggal

b)

hairan

c)

ganjil

d)

pelik

16.

Program itu dilaksanakan bagi membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Pilih perkataan seerti bagi membasmi.

a)

melenyapkan

b)

menamatkan

c)

menghilangkan

d)

menghapuskan

17.

Hubungan Eric dengan Hafiz memang rapat sejak mereka kecil lagi.

Pilih perkataan seerti bagi rapat.

a)

erat

b)

kuat

c)

ketat

d)

dekat

18.

Setiap rakyat harus bertanggungjawab menjaga alam sekitar.

Pilih perkataan seerti bagi menjaga.

a)

membela

b)

menyimpan

c)

memelihara

d)

membersihkan

19.

Keadaan bilik pejabat itu sentiasa kemas dan bersih.

Pilih perkataan seerti bagi kemas.

a)

rapi

b)

wangi

c)

cantik

d)

molek

20.

Perasaan Yuna sayu apabila melihat mangsa-mangsa peperangan itu.

Pilih perkataan seerti bagi sayu.

a)

geram

b)

pedih

c)

sedih

d)

perit