Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Tatabahasa (Tahun 456)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Majlis __________ kejohanan sukan tahunan Sekolah Chong Teik disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

a)

perkahwinan

b)

perasmian

c)

perjumpaan

d)

pertemuan

2.

Banyak _______ sedang menjual hasil tangkapan mereka kepada pelanggan-pelanggan di pasar pagi.

a)

petani

b)

petani-petani

c)

nelayan

d)

nelayan-nelayan

3.

"Keluarga Encik Mikail sudah lama tinggal di ______ , " kata Adam sambil menunjukkan rumah itu.

a)

itu

b)

ini

c)

sini

d)

situ

4.

Encik Eric _______ tali lehernya kemas-kemas sebelum pergi ke pejabat.

a)

memintal

b)

menggulung

c)

mengikat

d)

membelit

5.

Jarak rumah Avinassh tidak _________ dari rumah saya.

a)

hampir

b)

besar

c)

dekat

d)

jauh

6.

________ keadaan wabak Coronavirus yang telah tersebar di negara Malaysia?

a)

Apakah

b)

Bagaimanakah

c)

Bilakah

d)

Manakah

7.

Anjing itu berlari sambil _______ tulang yang dijumpainya di dalam tong sampah.

a)

menggonggong

b)

mengunyah

c)

menggigit

d)

menjilat

8.

Oleh sebab terlalu leka melihat layang-layangnya terbang tinggi, kaki Dan Hun _______ ke dalam lubang.

a)

terjulur

b)

terperosok

c)

terjatuh

d)

tertanam

9.

Kerja ukir-mengukir itu perlu dilakukan dengan _______ supaya hasilnya cantik.

a)

berani

b)

licin

c)

cermat

d)

lembut

10.

Para pelancong asing kagum akan pembangunan nagara Malaysia yang semakin _____ .

a)

ligat

b)

besar

c)

pesat

d)

mantap

11.

Mak Cik Sally mencuci tangannya dengan sabun untuk menghilangkan bau ______ setelah menyiang ikan patin.

a)

hamis

b)

hanyir

c)

hapak

d)

hancing

12.

Pada waktu malam, abang saya _______ di pasar malam. Dia seorang penjual aiskrim.

a)

perniagaan

b)

diniagakan

c)

peniaga

d)

berniaga

13.

Murid-murid diminta ________ kerja sekolah itu selewat-lewatnya pada hari Isnin ini.

a)

hantaran

b)

menghantar

c)

dihantarkan

d)

penghantar

14.

"Saya ingin ____________ abang saya yang belajar di luar negara, " kata Colin.

a)

mencari jalan

b)

mengikut jejak

c)

membuka jalan

d)

membuka langkah

15.

Kejayaan cemerlang anak petani itu itu menjadi __________ penduduk kampung.

a)

buah tangan

b)

buah mulut

c)

buah fikiran

d)

buah hati

16.

Pengemis itu hidup susah dan melarat. Kehidupannya itu ___________ .

a)

bagai pungguk rindu akan bulan

b)

seperti embun di atas daun

c)

seperti rumput di tepi jalan

d)

laksana burung diam di dalam sangkar

17.

__________ Ivy mempunyai suara yang sungguh merdu.

a)

Biduanita

b)

Seniman

c)

Karyawati

d)

Olahragawati

18.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Yi Wen terpijak kayu yang telah luput itu.

b)

Yu Xuan termakan roti yang luput.

c)

Tarikh luput jem itu adalah pada bulan Mei 2020.

d)

Bekalan elektrik di taman perumahan itu luput sejak semalam.

19.

Rama-rama yang cantik itu hinggap pada kelopak bunga ros.

a)

Kelopak bunga ros dihinggapi oleh rama-rama yang cantik itu.

b)

Kelopak bunga ros yang cantik itu dihinggapi oleh rama-rama.

c)

Kelopak bunga ros yang dihinggapi rama-rama itu sangat cantik.

d)

Kelopak bunga ros itu sangat cantik setelah dihinggapi rama-rama itu.

20.

Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi kerana ______________________ .

a)

membujur lalu melintang patah

b)

melentur buluh biar dari rebung

c)

sekali air bah, sekali pantai berubah

d)

tiada rotan , akar pun berguna