wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kelas Makanan

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Makanan boleh dikelaskan kepada kumpulan

a)

Karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, air dan pelawas sahaja.

b)

Karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, minyak dan pelawas sahaja.

c)

Protein, karbohodrat, pelawas, vitamin, garam, air dan pelawas sahaja.

d)

Protein, lemak, vitamin, mineral, pelarut dan air sahaja.

2.

Apakah kumpulan makanan bagi ikan bilis, keju, garam, ikan dan sawi ?

a)

Karbohidrat

b)

Protein

c)

Mineral

d)

Vitamin

3.

Apakah kepentingan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran?

a)

Untuk tumbesaran.

b)

Membekalkan tenaga.

c)

Menjaga kesihatan.

d)

Mengawal suhu badan.

4.

Apakah definisi makanan seimbang?

a)

Makanan yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.

b)

Makanan yang mengandungi pelbagai kelas makanan.

c)

Makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam jumlah mencukupi.

d)

Makanan yang menjadi kegemaran dalam jumlah yang diperlukan oleh badan.

5.

Tabiat makan makanan tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Apakah masalah kesihatan kesan tabiat tersebut?

a)

Sembelit dan obesiti.

b)

Badan sentiasa berasa sejuk dan mudah demam.

c)

Tumbesaran terbantut dan rambut sering gugur.

d)

Kulit menjadi kering dan wajah tidak berseri.

6.

Apakah kelas makanan paling atas dalam Piramid Makanan Malaysia?

a)

Ikan, ayam, udang dan susu.

b)

Lemak, minyak, garam dan gula.

c)

Buah-buahan dan sayuran-sayuran.

d)

Nasi, mi, produk bijirin dan ubi-ubian.

7.

Bagaimanakah kita boleh memastikan makanan yang kita makan seimbang?

a)

Mengikut selera sendiri.

b)

Berdasarkan keperluan tubuh badan ahli keluarga.

c)

Mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

d)

Berdasarkan nasihat doktor dan jururawat kesihatan.

8.

Apakah kepentingan kelas makanan lemak dan pelawas ?

a)

Menjaga kesihatan dan tumbesaran.

b)

Menjaga kesihatan dan mencegah sembelit.

c)

Memanaskan badan dan mengawal suhu badan.

d)

Memberi tenaga dan mengawal suhu badan.

9.

Manakah antara berikut faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan yang seimbang?

a)

Jantina dan usia.

b)

Persekitaran dan suhu badan.

c)

Tahap kesihatan dan pengaruh kawan.

d)

Aktiviti fizikal dan kebolehan melakukan aktiviti cergas.

10.

Bagaimanakah kuantiti ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan produk tenusu perlu diambil?

a)

Makan sedikit.

b)

Makan sederhana.

c)

Makan banyak.

d)

Makan secukupnya.

11.

Dalam Piramid Makanan Malaysia, apakah kelas makanan yang perlu dimakan secukupnya ?

a)

Protein.

b)

Karbohidrat.

c)

Vitamin.

d)

Lemak, air dan pelawas.

12.

Apakah kesan tabiat makan makanan bergula berlebihan ?

a)

Obesiti.

b)

Kerosakan gigi.

c)

Sembelit.

d)

Sakit perut.