wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ANEKA PILIHAN SPM 2016 PNDIDIKAN ISLAM

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang benar akibat nifak terhadap individu

a)

melemahkan perpaduan

b)

menghilangkan kepercayaan

c)

mengganggu ketenteraman

d)

menghalang pembangunan

2.

Antara yang berikut yang manakah bukan rukun taubat

a)

Menginsafi balasan Allah SWT

b)

Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan

c)

berhenti melakukan maksiat dengan serta merta

d)

berazam tidak akan mengulagi kesalahan

3.

Semua yang berikut ialah golongan yang imannya boleh bertambah dan berkurang kecuali

a)

mukmin

b)

ahlul bait

c)

nabi dan rasul

d)

al Salafus soleh

4.

Pilih pernyataan yang benar mengenai syirik

a)

menolak hukum Allah SWT

b)

mempercayai perkara-perkara karut

c)

berpura-pura beriman kepada Allah SWT

d)

Menyekutukan Allah SWT dengan makhluk

5.

Riba

Menipu

Menyorok barang


Pernyataan di atas merujuk kepada perkara yang dilarang dalam urusan ____________

a)

hutang piutang

b)

gadaian

c)

jual beli

d)

sewa

6.

Memberi perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

saham

b)

gadaian

c)

insurans am

d)

insurans nyawa

7.

Memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu

Menyatukan semula keluarga


Pernyataan di atas adalah hikmah _______________

a)

talak

b)

rujuk

c)

fasakh

d)

idah

8.

Perceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu ialah pengertian _______________

a)

lian

b)

talak

c)

khuluk

d)

zihar

9.

Tawaf rukun juga dikenali sebagai tawaf__________________

a)

wadak

b)

ifadah

c)

sunat

d)

rukun

10.

Pak Abu menjual buah langsatnya yang masih putik di pokok

Apakah hukum jual beli tersebut dalam Islam

a)

Sah

b)

Tidak sah

c)

Dilarang tetapi sah

d)

Dilarang dan tidak sah

11.

Bebas dari unsur riba

Bebas dari unsur spekulasi

Bebas dari perkara haram

Bebas dari unsur perjudian


Pernyataan di atas adalah berkaitan

a)

insurans

b)

saham

c)

hutang

d)

syarikat

12.

Pilih TIGA langkah yang mesti dilakukan oleh suami mengikut ketentuan syarak dalam mendidik isteri yang nusyuz

a)

Memberi nasihat dengan hikmah

b)

Memisahkan diri dari tempat tidur

c)

Memukul dengan tujuan mendidik

d)

Merujuk pakar kaunseling

13.

Pilih pernyataan yang benar mengenai sebab HAMKA tersohor di nusantara

a)

Menentang gerakan islah

b)

Semua karyanya difilemkan

c)

Membangkitkan semangat menentang British di Indonesia

d)

Sumbangan dalam bidang agama, falsafah dan kesusasteraan

14.

Kepincangan dalam pentadbiran kerajaan bani Umayyah telah menyebabkan rakyat ______

a)

murtad

b)

memberontak

c)

ditawan musuh

d)

lari ke negara lain

15.

As Syeikh Muhammad Abduh

As Syeikh Tahir Jalaludin

As Sayyid Jamaludin Al Afghani


Tokoh—tokoh di atas lebih terkenal dalam bidang

a)

sejarah

b)

hadis

c)

islah

d)

falak

16.

Pilih TIGA pernyataan yang menunjukkan dasar pentadbiran Khulafak Al Rashidin

a)

Rakyat wajib menjadi tentera

b)

Khalifah merupakan ketua negara

c)

Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang

d)

Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan

17.

Kitab al Afiah at Tibbiyah ialah karya

a)

Ibnu Sina

b)

Ibnu Rushd

c)

Imam Ghazali rahmahullah

d)

Imam Bukhari rahimahullah

18.

Dilahirkan di Asad Abad

Meninggal dunia pada tahun 1314H

Keturunannya bersambung dengan Imam At Tarmizi

Pernah dilantik sebagai anggota Majlis Maarif di Istanbul


Pernyataan di atas merujuk kepada ______________________

a)

al Sayyid Jamaludin al Afghani

b)

al Sheikh Muhammad Abduh

c)

al Sheikh Tahir Jalaludin

d)

HAMKA

19.

Puan Safiah memakai rambut palsu supaya tidak kelihatan uban rambut di kepalanya.

Hukum perbuatan tersebut adalah

a)

sunat

b)

harus

c)

makruh

d)

haram

20.

Perkara berikut adalah dilarang ketika menziarahi jenazah kecuali

a)

makan dan minum di rumah si mati

b)

tidak reda dengan takdir

c)

meraung dan meratap

d)

berbual-bual kosong