NEW
Font size
WorksheetsSistem Bahasa-5 SRSDSF Thn4-6
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.
wawasan
gagasan
cita-cita
hobi
________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.
Cadangan
Pendapat
Suruhan
Gesaan
Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.
gambaran
bayangan
kenangan
lukisan
Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.
pendapat
dorongan
hebahan
arahan
Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu.
pandangan
senyuman
jelingan
pujian
Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan amal ini akan diserahkan kepada penyelia rumah kebajikan itu.
huluran
kutipan
hantaran
sumbangan
Petang ini, kami hendak pergi ke Arkib Negara untuk mencari _______ yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia.
khabar
taklimat
maklumat
makluman
_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Sokongan
Imbuhan
Tawaran
Huluran
Beberapa orang peniaga disaman kerana mengubahsuaikan alat ________.
sukatan
tapisan
sulingan
timbangan
Mata saya silau apabila terkena ________ cahaya matahari pada cermin tingkap.
letupan
imbasan
pantulan
panahan
Kakak menceritakan ______ pahit manis semasa mengikuti kursus jururawat.
lukisan
harapan
gambaran
kenangan
Pelamin dan bilik pengantin memang cantik dan indah dengan _______ yang menarik.
ukiran
hiasan
tenunan
anyaman
Ayah dan ibu turut memberikan _______ berupa barangan makanan kepada Encik Jasbir sekeluarga.
huluran
kutipan
hantaran
sumbangan
Nazli menemani kakaknya ke Muzium Negara untuk mencari ______ tentang sejarah kemerdekaan negara.
berita
kajian
siasatan
maklumat
Amir segera memberitahu ayahnya apabila ternampak akan ________ orang terhendap - hendap di belakang rumah jirannya.
biasan
lakaran
imbauan
bayangan
