wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ANEKA PILIHAN SPM 2018 PENDIDIKAN ISLAM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang betul akibat perbuatan riddah

a)

Membazir harta, tenaga dan masa

b)

hubungan suami isteri terfasakh

c)

Menghilangkan sikap percaya mempercayai

d)

Menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman

2.

Umat Islam akan ditindas

Akan menerima balasan neraka di akhirat kelak

Memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat Islam


Pernyataan di atas merujuk kepada akibat _______________

a)

lari dari medan perang

b)

lari dari medan perang

c)

makan harta anak yatim

d)

mengumpat dan memfitnah

3.

Antara yang berikut yang manakah ciri kesesatan ajaran Taslim

a)

Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah

b)

Mengubah bentuk-bentuk ibadah seperti puasa 19 hari

c)

Mendakwa malaikat adalah pancaindera Allah

d)

Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi’li

4.

Pilih pernyataan yang benar mengenai kufur

a)

Berpaling dari agama Islam

b)

Berpura-pura melahirkan keimanan

c)

Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW

d)

Menyamakan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alNya

5.

Ciri-ciri berikut berkaitan kesesatan ajaran Qadyani kecuali

a)

menghapuskan jihad

b)

mengharuskan perzinaan

c)

mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah

d)

mengubah ayat al Quran seperti ayat 6 surah Al Saf

6.

Menutup aurat

Suci daripada hadas


Pernyataan di atas merupakan syarat-syarat sah bagi ibadat

a)

sai

b)

tawaf

c)

wukuf

d)

melontar jumrah

7.

Pilih susunan yang betul ketika mengerjakan ibadat umrah

a)

niat ----- tawaf ----- sai ---- bercukur

b)

niat ---- tawaf ---- bercukur ---- sai

c)

niat ---- sai ---- bercukur ---- tawaf

d)

niat ---- sai ---- tawaf ---- bercukur

8.

Suami menceraikan isterinya ketika haid


Pernyataan di atas merujuk kepada talak

a)

bain

b)

bid’i

c)

sunni

d)

taklik

9.

Melahirkan sikap kerjasama dan rasa kasih sayang sesama insan

Memberi jaminan kepada pemberi hutang


Pernyataan di atas merujuk kepada ___________ gadaian

a)

kesan

b)

proses

c)

hikmah

d)

syarat sah

10.

Menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak ekoran daripada suami yang murtad


Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas

a)

Li’an

b)

Zihar

c)

Khuluk

d)

Fasakh

11.

Pilih DUA pernyataan yang menunjukkan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram khusus untuk lelaki

a)

Menutup kepala

b)

Memakai pakaian berjahit

c)

menikahkah atau bernikah

d)

Memotong rambut atau bulu di badan

12.

Dilahirkan di Tunisia

Pengarang kitab al Muqaddimah

Bapanya seorang sarjana

Meninggaldunia pada 808 H


Pernyataan di atas merujuk kepada tokoh

a)

Ibnu Sina

b)

Ibnu Khaldun

c)

Imam al Ghazali rahimahullah

d)

Imam al Bukhari rahimahullah

13.

Semua jabatan berikut diuruskan oleh Baitulmal pada zaman Bani Abasiah kecuali

a)

Diwan an Nafaqah

b)

Diwan an Nafaqah

c)

Diwan al Usul

d)

Diwan al Jund

14.

Penasihat Agung Perdana Menteri Nizam al Mulk

Digelar Hujjatul Islam

Menghasilkan Ihya Ulumuddin


Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan ________________

a)

Imam Malik rahimahullah

b)

Imam Ahmad rahimahullah

c)

Imam al Bukhari rahimahullah

d)

Imam al Ghazali rahimahullah

15.

Ilmu berikut adalah berteraskan akal kecuali

a)

astronomi

b)

falsafah

c)

fiqah

d)

falak

16.

Imam al Bukhari rahimahullah lebih terkenal dengan ilmu ___________

a)

fiqah

b)

fiqah

c)

hadis

d)

tauhid

17.

Apakah hukum musafir ke Masjid Nabawi, Masjid al Aqsa dan Masjidilharam?

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Harus

d)

Makruh

18.

Maruah umat Islam terpelihara

Kemungkaran dan gejala sosial dapat diatasi


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah amar makruf nahi mungkar terhadap

a)

negara

b)

keluarga

c)

diri sendiri

d)

masyarakat

19.

Antara yang berikut, yang manakah bukan adab bernegara

a)

Menyediakan keperluan asas kepada rakyat

b)

Memajukan negara dalam setiap bidang

c)

Mempertahankan negara daripada musuh

d)

Mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa

20.

Jihad dituntut dalam Islam kerana dapat _______________

a)

meningkatkan ekonomi negara

b)

menjauhi diri daripada sifat mazmumah

c)

mendidik sifat jati diri yang tinggi

d)

melahirkan masyarakat yang aman dan berkasih sayang