wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN BAB 7 T5

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah itu rancangan perniagaan?

a)

Dokumen bertulis berkaitan perancangan operasi perniagaan

b)

Dokumen bertulis yang menerangkan kedudukan tapak projek perniagaan

c)

Dokumen bertulis yang menerangkan latar belakang perniagaan secara terperinci

d)

Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh

2.

Manakah yang bukan tujuan rancangan perniagaan?

a)

Memohon pinjaman

b)

Merancang pelaksanaan perniagaan

c)

Memudahkan perancangan operasi perniagaan

d)

Memberi keyakinan kepada bank untuk membiayai kos perlaksanaan perniagaan

3.

Apakah maklumat yang tidak terkandung dalam latar belakang perniagaan?

a)

Bentuk perniagaan

b)

Sumber pembiayaan

c)

Pengalaman pemilik

d)

Kegiatan utama perniagaan

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan elemen rancangan perniagaan


Menyediakan carta organisasi perniagaan

Menyediakan senarai keperluan pejabat

Menyediakan spesifikasi tugas mengikut jawatan


Apakah elemen tersebut?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan kewangan

c)

Rancangan pemasaran

d)

Rancangan pentadbiran

5.

Pernyataan yang berikut berkaitan dengan satu elemen rancangan perniagaan.


Merangkumi keperluan operasi perniagaan seperti carta aliran proses operasi, keperluan bahan mentah, dan perbelanjaan operasi perniagaan.


Apakah elemen tersebut?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan kewangan

c)

Rancangan pemasaran

d)

Rancangan pentadbiran

6.

Apakah fungsi rancangan operasi?

a)

Merangka strategi pemasaran

b)

Menghuraikan aktiviti berkaitan pengeluaran

c)

Menerangkan kerja berkaitan aktiviti pengeluaran

d)

Menganggarkan penerimaan dan pembayaran tunai bagi projek yang dijalankan

7.

Apakah fungsi rancangan operasi?

a)

Merangka strategi pemasaran

b)

Menghuraikan aktiviti berkaitan pengeluaran

c)

Menerangkan kerja berkaitan aktiviti pengeluaran

d)

Menganggarkan penerimaan dan pembayaran tunai bagi projek yang dijalankan

8.

Apakah elemen penting dalam rancangan perniagaan yang menjadi rujukan utama pihak luar dalam memberikan pinjaman?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan kewangan

c)

Rancangan pemasaran

d)

Rancangan pentadbiran

9.

Apakah yang ditunjukkan dalam proforma Penyata Aliran Tunai?

a)

Carta aliran proses

b)

Jumlah keperluan tunai

c)

Jangkaan kedudukan tunai pada tempoh masa tertentu

d)

Perbelanjaan operasi perniagaan yang perlu dikurangkan

10.

Elemen manakah dalam rancangan perniagaan yang memberi gambaran ringkas yang spesifik berkaitan dengan projek yang dijalankan?

a)

Objektif projek

b)

Rancangan operasi

c)

Ringkasan eksekutif

d)

Kedudukan tapak projek

11.

Maklumat yang berikut terkandung dalam salah satu elemen yang terdapat dalam rancangan perniagaan


Keperluan bahan mentah

Senarai mesin dan peralatan


Apakah elemen tersebut?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan pemasaran

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pentadbiran

12.

Elemen X dalam rancangan perniagaan melampirkan Penyata Aliran Tunai perniagaan. Apakah elemen X?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan pemasaran

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pentadbiran

13.

Elemen manakah dalam rancangan perniagaan yang mengandungi malumat senarai keperluan pejabat?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan pemasaran

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pentadbiran

14.

Rancangan perniagaan juga dikenal sebagai


I Kertas kerja

II Kertas cadangan

III Pelan induk perniagaan

IV Pelan hala tuju perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Antara yang berikut, manakah kepentungan rancangan perniagaan? Beri dua jawapan

a)

Merancang sumber pembiayaan

b)

Membolehkan perniagaan mengaut keuntungan

c)

Memberi panduan kepada pihak pengurusan tentang cara mengatasi kerugian

d)

Meyakinkan pihak pelabur atau bank

16.

Pihak manakah yang berkepentingan terhadap rancangan perniagaan? Beri dua jawapan

a)

Pelabur

b)

Kerajaan

c)

Pihak bank

d)

Para pesaing