wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Novel Pantai Kasih

Total questions: 47

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Tema bagi novel Pantai Kasih ialah

a)

Ketabahan seorang wanita dalam menghadapi godaan hidup.

b)

Ketabahan seorang wanita menghadapi kegagalan hidup.

c)

Ketabahan seorang wanita dalam menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidupnya.

d)

Ketabahan seorang wanita dalam menghadapi keruntuhan rumah tangga.

2.

Nilai-nilai berikut terdapat pada Doktor Raiha kecuali

a)

Nilai cinta akan negara

b)

Nilai kasih sayang

c)

Nilai kerjasama

d)

Nilai ketabahan

3.

Persoalan tentang sikap suka berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga dapat dibuktikan menerusi watak

a)

Sister Felicia

b)

Doktor Mohamad

c)

Doktor Uwang

d)

Doktor Sadiz

4.

Sebagai watak antagonis, Doktor Uwang menonjolkan persoalan berikut

a)

Persoalan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya

b)

Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat

c)

Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga

d)

Persoalan tentang ketabahan menghadapi rintangan

5.

Di manakah Sister Felicia menjamah aiskrim milik Doktor Raiha?

a)

Di Pusat Rawatan Pantai Kasih

b)

Di pantri

c)

Di pejabat Doktor Raiha

d)

Di pantri Pusat Rawatan Pantai Kasih

6.

Kebakaran kereta Porsche milik Doktor Sadiz berlaku di:

a)

Di hadapan rumahnya

b)

Di kawasan tempat letak kereta Pusat Rawatan Pantai Kasih

c)

Di hadapan apartmen Doktor Raiha

d)

Di hadapan rumah tumpangan

7.

Peristiwa menarik yang berlaku di Pusat Rawatan Pantai Kasih melibatkan tiga watak perempuan ialah:

a)

Peristiwa Ibu Unong Siron membantu Doktor Raiha menyelamatkan Sister Felicia

b)

Peristiwa Sister Felicia memanggil ibu Unong Siron sebagai sapi tua

c)

Peristiwa Sister Felicia yang kelihatan tidak sihat ditegur oleh pesakit yang merupakan seorang datin

d)

Peristiwa Doktor Raiha meneliti laporan sinar-X Unong Siron.

8.

Hospital tempat Doktor Raiha bekerja sebelum berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih ialah:

a)

Di Hospital Tuaran

b)

Di Hospital Sandakan

c)

Di Hospital Kota Kinabalu

d)

Di hospital Tawau

9.

Sister Felicia dan Doktor Raiha merupakan rakan sekolah dan mereka tinggal :

a)

Di Kota Kinabalu

b)

Di Tuaran

c)

Di Inanam

d)

Di Kota Belud

10.

Latar masa pada waktu malam memaparkan peristiwa berikut:

a)

Peristiwa Pembedahan Unong Siron

b)

Peristiwa Felicia Landosi meminum ubat batuk

c)

Peristiwa PRPK diceroboh dan Sister Felicia ditahan, peristiwa kematian Rohayu dan peristiwa kemalangan Doktor Uwang

d)

Peristiwa Doktor Sadiz mendesak Raiha menggugurkan kandungannya

11.

Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan dapat dilihat pada watak:

a)

Sister Felicia

b)

Doktor Mohamad

c)

Arianna Abdullah

d)

Doktor Uwang

12.

Latar masyarakat yang mengamalkan gaya hidup bebas dapat dilihat pada watak:

a)

Doktor Sadiz

b)

Doktor Uwang

c)

Doktor Uwang dan Ibu Unong Siron

d)

Doktor Uwang dan Ibu Sister Felicia

13.

Peristiwa menarik yang berlaku pada bahagian peleraian novel Pantai Kasih ialah

a)

Peristiwa Doktor Raiha membedah Doktor Uwang

b)

Peristiwa Doktor Uwang mengalami kemalangan

c)

Peristiwa Felicia Landoai memohon maaf kepada Doktor Raiha

d)

Peristiwa Doktor Raiha membedah Doktor Uwang dan peristiwa Sister Felicia meminta maaf kepada Doktor Raiha.

14.

Peristiwa berikut merupakan peristiwa yang memaparkan teknik kejutan:

a)

Peristiwa kematian Rohayu

b)

Peristiwa Doktor Sadiz membakar kereta Porsche miliknya

c)

Peristiwa Doktor Uwang mengamanahkan Doktor Raiha membedah Unong Siron

d)

Peristiwa Sister Felicia meminum ubat batuk di farmasi PRPK

15.

Peristiwa berikut membangkitkan semangat pembaca:

a)

Peristiwa Sister Felicia memanggil ibu Unong Siron sebagai sapi tua

b)

Peristiwa Doktor Raiha menyambung pelajarannya menjadi seorang pakar bedah

c)

Peristiwa Sistee Felicia mengakui kesalahannya kepada Doktor Raiha

d)

Peristiwa Doktor Raiha menyambung pelajarannya menjadi seorang doktor dan Peristiwa Doktor Raiha meneri tugas membedah Unong Siron

16.

Peristiwa yang menimbulkan unsur saspen atau tanda tanya kepada pembaca ialah:

a)

Peristiwa Sister Felicia menjamah aiskrim Doktor Raiha

b)

Peristiwa kematian Rohayu dan peristiwa Sister Felicia diculik oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor.

c)

Peristiwa Doktor Raiha membedah Unong Siron

d)

Peristiwa Doktor Sadiz membakar kereta mewahnya

17.

Peristiwa Doktor Uwang merawat pesakitnya menggunakan alatan palsu ialah peristiwa yang menjengkelkan pembaca. Berikan alasan anda yang paling tepat.

a)

Peristiwa ini menjengkelkan kerana perbuatan itu perbuatan jahat.

b)

Peristiwa ini menjengkelkan kerana doktor sedang mementingkan keuntungan.

c)

Peristiwa ini menjengkelkan kerana tidak seharusnya seorang doktor menganiaya pesakitnya dan lebih mementingkan keuntungan. Seorang doktor juga seharusnya mengutamakan kepentingan masyarakat berbanding diri.

d)

Peristiwa ini menjengkelkan kerana pesakit itu berkorban wang ringgit untuk sembuh.

18.

Siapakah watak utama dalam novel Pantai Kasih?

a)

Raiha

b)

Uwang

c)

Dr. Raiha

d)

Dr. Uwang

19.

Siapakah nama pesakit yang perlu menjalani sehingga enam kali pembedahan?

a)

Unong Sirung

b)

Unung Sirong

c)

Unung Sirun

d)

Unong Siron

20.

Apakah nama penuh pusat perubatan dalam novel tersebut?

a)

Pusat Rawatan Pantai Kasih

b)

Pusat Perubatan Pantai Kasih

c)

Pusat Perubatan Rawatan Kasih

21.

Siapakah nama anak Dr Raiha

a)

Rohaya

b)

Rohani

c)

Rosnah

d)

Rohayu

22.

Siapakah nama doktor yang diminati oleh Dr. Raiha semasa dia masih menjadi seorang siswi perubatan?

a)

Dr Sadiz

b)

Dr Uwang

c)

Dr Mohamad

d)

Dr Awang

23.

Mengapakah ayah Dr. Raiha menentang keputusan Dr. Raiha ingin menjadi pakar bedah?

a)

Dr Raiha seorang perempuan dan masih muda

b)

Tugas seorang doktor amat sukar untu seorang wanita

c)

Tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang

d)

Perempuan lebih sesuai sebagi seorang suri rumah sahaja dan menguruskan hal ehwal rumah tangga

24.

Mengapakah Sister Felicia Landosi tidak menyenangi Dr. Raiha?

a)

Amaran yang diberikan oleh Dr. Raiha dirasakan tidak adil bagi dirinya

b)

Dr Raiha menegur perbuatan Sister Felicia yang berat sebelah semasa melayan pesakit

c)

Dr. Raiha mengetahui perbuatan Sister Felicia Landosi di Farmasi

d)

Dr. Raiha mengetahui sejarah hitam Sister Felicia Landosi

25.

Mengapakah tugas membedah Unung Siron pada kali ke-6 diamanahkan oleh Dr Uwang kepada Dr. Raiha

a)

Dr. Uwang terlibat dalam kemalangan kereta

b)

Dr. Uwang rasa bersalah terhadap Unung Siron

c)

Dr Uwang kurang sihat

d)

Dr Uwang ingin menguji Dr Raiha

26.

Mengapakah Dr Sadiz meminta Raiha menggugurkan kandungannya?

a)

Anak yang dikandung merupakan anak tidak sah taraf

b)

Kehadiran bayi tersebut tidak direstui kerana kekurangan kromosom

c)

Kehadiran bayi tersebut tidak direstui kerana kelebihan kromosom

d)

Rasa malu terhadap masyarakat kerana mendapat anak pada usia yang agak lanjut

27.

Siapakah Datu Untong

a)

Ayah Dr Raiha

b)

Ayah mentua Dr Sadiz

c)

Ayah Dr Uwang

d)

Ayah mentua Dr Uwang

28.

Apakah tujuan Dr Uwang mengunjungi kelab malam?

a)

Melarikan diri dari tugasan yang memenatkan

b)

Melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara sadis

c)

Mencari ketenangan jiwa kerana terlalu tertekan dengan bebanan tugas sebagai seorang suami dan doktor

d)

Mencari keseronokan bersama perempuan kupu-kupu malam

29.

Mengapakah Dr Sadiz membaka kereta Porsche miliknya

a)

Marah kerana keretanya dibiarkan di luar garaj

b)

Marah kerana isterinya menggunakan kereta tersebut tanpa kebenaran

c)

Marah kerana kereta tersebut telah rosak

d)

Marah kerena isterinya menggunakan kereta tersebut untuk melarikan diri bersama anak mereka sedangkan isterinya mempunyai kereta sendiri

30.

Mengapakah Sister Felicia Landosi memohon maaf kepada Dr Raiha?

a)

Penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz

b)

Kesalahannya yang telah melayan pesakit secara pilih kasih

c)

Menyebabkan kematian anak Dr Raiha

d)

Menjadi perempuan simpanan kepada suami Dr Raiha

31.

Apakah persoalan yang sesuai dengan contoh peristiwa berikut?


Doktor Uwang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya seperti Unong siron asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan serta sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya.

a)

Persoalan lelaki yang tidak bertanggungjawab

b)

Persoalan kepentingan diri melebihi kepentiungan masyarakat

c)

Persoalan lari daripada tanngungjawab sebagi seorang lelaki

d)

Persoalan sorang lelaki yang suka menentingkan diri sendiri

32.

Berapakah keseluruhan bab dalam novel ini?

a)

9

b)

10

c)

15

33.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel kecuali

a)

Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandung

b)

Kekayaan yang digunakan untuk tujuan kebaikan

c)

Kenangan pahit mengubah personaliti seseorang

34.

Apakah perwatakan watak utama dalam novel ini?

a)

Seorang yang pendiam

b)

Seorang yang penyayang dan bertanggungjawab

c)

Seorang yang mempunyai cita rasa hidup mewah

35.

Di dalam bab berapakah Doktor Raiha berjaya membuat pembedahan penggantian sendi pinggul Unong Siron?

a)

Bab 5

b)

Bab 9

c)

Bab 3

36.

Latar tempat ialah latar berlakunya peristiwa dalam cerita. Semua tempat di bawah merupakan latar tempat berkaitan dengan novel Pantai Kasih kecuali

a)

Pusat Rawatan Pantai Kasih

b)

Stesen kereta api

c)

Persimpangan lampu isyarat berhampiran dengan mahkamah keluarga

37.

Unong Siron merupakan seorang

a)

pesakit sendi pinggul

b)

pesakit buah pinggang

c)

pesakit gastrik

d)

pesakit asma

38.

Pilih peristiwa yang berlaku di stor farmasi PRPK

a)

Felicia memberi ubat kepada ibu Unong Siron

b)

Doktor Muhammad menegur sikap Felicia yang biadap terhadap ibu Unong Siron

c)

Doktor Raiha dan Ibu Unong Siron menyelamatkan Felicia yang diculik oleh doktor palsu

d)

Berlaku pertengkaran mulut antara Doktor Raiha dan Felicia

39.

Dr Uwang membangunkan empayar PRPK yang bermula daripada pusat rawatan kecil hingga menjadi pusat rawatan terkemuka.


Persoalan yang tepat bagi pernyataan ini ialah

a)

Persoalan kegigihan dalam mencapai cita-cita

b)

Persoalan kasih sayang terhadap kerjaya yang dimiliki

c)

Persoalan tamak dalam memperoleh sesuatu

d)

Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan

40.

Konflik Doktor Raiha dan Doktor Sadiz tercetus apabila

a)

Doktor Sadiz tidak berjaya menjalankan pembedahan terhadap Unong Siron

b)

Doktor Sadiz terlalu tua berbanding Doktor Raiha

c)

Doktor Sadiz meminta Doktor Raiha menggugurkan kandungannya

d)

Doktor Sadiz cemburu dengan Doktor Raiha

41.

Mengapakah Doktor Sadiz meminta Doktor Raiha menggugurkan kandungannya?

a)

Tidak berminat dengan kanak-kanak

b)

Banyak komitmen terhadap kerjaya

c)

Belum bersedia untuk menjadi bapa

d)

Anak yang dikandung itu cacat

42.

Perbualan di antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup.


Teknik plot yang digunakan dalam contoh ini ialah

a)

dialog

b)

monolog

c)

pemerian

d)

suspens

43.

Pilih peristiwa yang tepat bagi teknik imbas kembali ialah

a)

Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini

b)

Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron. Gadis lincah itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pampasan daripada syarikat insurans diterima. Sister Felicia tidak sampai hati melihat gadis yang dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-henjut dan menawarkan pembedahan oleh doktor pakar di tempat dia bekerja.

c)

Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas yang diamalkan.

44.

Pembaca tertanya-tanya peristiwa seterusnya yang akan terjadi kepada watak.


Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

Teknik kejutan

b)

Teknik saspens

c)

Teknik imbas kembali

d)

Teknik pemerian

45.

Pembaca tertanya-tanya peristiwa yang akan berlaku apabila Felicia diculik oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor memandangkan ketika itu Felicia berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan

a)

Imbas kembali

b)

Dialog

c)

Kejutan

d)

Saspens

46.

Nilai kasih sayang dalam novel ini terlihat melalui peristiwa

a)

Ibu Unong Siron sentiasa berada di sini anaknya ketika menerima rawatan sendi pinggul

b)

Doktor Raiha tidak mahu menggugurkan kandungannya yang cacat walaupun didesak oleh Doktor Sadiz

c)

Doktor Raiha membesarkan Rahayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya, Rahayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down.

d)

Semua di atas

47.

Latar tempat berikut adalah tepat dengan peristiwa yang dinyatakan KECUALI

a)

Rumah Doktor Uwang Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehinnga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.

b)

Stor Farmasi - Tempatt Felicia dan Doktor Raiha berehat sambil makan bekalan makanan masing-masing

c)

Pusat Rawatan Pantai Kasih -

Tempat Doktor Raiha bertugas sebagai pakar bedah dan Unong Siron menerima rawatan pembedahan tulang pinggul

d)

Apartment Doktor Raiha -

Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih