wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis 2 (T4: TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN)

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang merupakan kelebihan koperasi?

a)

Syer boleh dipindah milik kepada orang lain

b)

Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja

c)

Setiap anggota diberikan hak untuk mengundi ahli lembaga koperasi

d)

Dividen yang diterima daripada pelaburan dalam koperasi adalah tinggi

2.

Apakah bentuk keuntungan koperasi yang diagihkan kepada pemegang saham?

a)

Bonus

b)

Untung

c)

Komisen

d)

Dividen

3.

"KOPERASI ANGKATAN TENTERA"


Maklumat di atas ialah berkaitan dengan jenis pemilikan perniagaan. Berdasarkan maklumat tersebut, yang manakah adalah benar mengenai kekurangan jenis milikan ini?

a)

Pemilikan syer setiap individu terhad tidak melebihi 20 peratus

b)

Kadar pulangan pelaburan yang rendah berbanding dengan pelaburan dalam syarikat

c)

Setiap anggota mempunyai tidak dibenarkan untuk menyuarakan pendapat masing-masing

d)

Keputusan yang dibuat oleh pemegang syer terbesar

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan mengadakan Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi?

a)

Meluluskan undang-undang kecil

b)

Memilih ahli Lembaga Koperasi

c)

Menubuhkan Jawatankuasa Penaja

d)

Mendapat Sijil Perakuan Pendaftaran

5.

Gambar di atas ialah sejenis milikan perniagaan.


Antara berikut, apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan jenis ini?

a)

Anggota hanya rugi setakat modal yang dilaburkan

b)

Mengamalkan pentadbiran jenis autokratik

c)

Insentif diberikan kepada pelanggan koperasi

d)

Keuntungan perniagaan dikecualikan daripada cukai keuntungan syarikat

6.

"Setiap ahli bebas untuk bersuara."


Pernyataan di atas ialah berkaitan prinsip koperasi. Apakah prinsip tersebut?

a)

Kebebasan autonomi

b)

Keanggotaan sukarela dan terbuka

c)

kawalan secara demokratik oleh anggota

d)

Prihatin terhadap komuniti

7.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bentuk milikan perniagaan.


"Kebenaran diberikan kepada peniaga untuk menjual barang di bawah jenama syarikat induk"


Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Syarikat Sdn. Bhd

d)

Syarikat Awam Berhad

8.

Antara berikut, yang manakah peranan francaisi?

a)

Membayar royalti kepada francaisor

b)

Pemilik jenama dan tanda dagang

c)

Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan

d)

Mengenakan kawalan terhadap francaisor

9.

Apakah bayaran yang perlu dibayar oleh francasi sebagai balasan menggunakan jenama francaisor?

a)

Sewa

b)

Komisen

c)

Royalti

d)

Faedah

10.

Siapakah pihak yang terlibat dalam perniagaan jenis francais?

a)

Francis

b)

Fancisor

c)

Francaisor

d)

Francaisi

11.

Manakah yang benar tentang francaisor?

a)

Syarikat induk yang memiliki hak asal terhadap sesuatu jenama produk

b)

Bertanggungjawab untuk menyediakan modal dan sumber manusia

c)

Syarikat yang mempunyai hak untuk menggunakan jenama

d)

Tidak mampu mengembangkan perniagaan ke serata dunia

12.

Antara yang berikut, manakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat meluaskan pasaran jenama ke seluruh dunia

b)

Dapat menembusi pasaran baharu dengan modal yang rendah

c)

Dapat menggunakan jenama yang sudah terkenal dengan jaringan perniagaan yang luas

d)

Dapat membekalkan tenaga kerja kepada francaisi

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.


  • Perkongsian strategik antara dua atau lebih individu
  • Membentuk sebuah entiti perniagaan yang baharu


Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Perkongsian

c)

Usaha sama

d)

Syarikat Awam Berhad

14.

Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan usaha sama?

a)

Dapat meningkatkan pengeluaran

b)

Dapat mengelakkan berlakunya konflik

c)

Mudah untuk mendapatkan bahan mentah

d)

Tiada masalah dalam pengurusan perniagaan

15.

Antara yang berikut, manakah kekurangan usaha sama?

a)

Risiko kerugian semakin tinggi

b)

Mewujudkan percanggahan pendapat

c)

Sukar untuk mendapat bahan mentah

d)

Tidak dapat membuat keputusan secara bebas

16.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang tepat menerangkan maksud usaha sama?

a)

Merupakan satu perkongsian strategik antara dua atau lebih syarikat

b)

Perkongsian strategik untuk mengeluarkan atau memasarkan barang dan perkhidmatan dalam pasaran

c)

Merupakn satu perkongsian ilmiah dan pengalaman di antara dua atau lebih syarikat

d)

Perkongsian pengalaman untuk memastikan barang dapat dipasarkan

17.

Apakah tujuan menjalankan bentuk perniagaan usaha sama?

a)

Menjaga kebajikan masyarakat

b)

Meningkatkan keuntungan syarikat

c)

Kepakaran dan pengalaman dapat dikongsi bersama

d)

Saham syarikat dapat diurusniagakan di Bursa Malaysia

18.

Apakah kekurangan perniagaan bentuk usaha sama?

a)

Cara pengurusan yang berbeza

b)

Risiko perniagaan disebarkan

c)

Membantu meluaskan pasaran

d)

Konflik berlaku kerana matlamat berbeza

19.

Apakah kekurangan pemilikan perniagaan ini?

a)

Reputasi terjejas sekiranya francaisi tidak mematuhi kualiti produk

b)

Menanggung peningkatan kos sokongan operasi untuk francaisi

c)

Reputasi terjejas sekiranya francisi menggunakan jenama perniagaan

d)

Menanggung penigkatan kos operasi francaisi kerana ramai pelanggan

20.

Antara berikut, yang manakah benar tentang prinsip koperasi?

a)

Menjalinkan hubungan kerjasama dengan koperasi lain

b)

Membuka keahlian kepada mana-mana pihak tanpa paksaan

c)

Memberi hak kepada semua ahli untuk terlibat dengan aktiviti ekonomi atau perniagaan

d)

Menghadkan keahlian terbuka kepada individu tertentu sahaja