WorksheetsBahasa melayu kata ganda
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Adila _______ siapakah pemilik kereta mewah yang ada di tempat letak kenderaan itu.
terangguk-angguk
terbatuk-batuk
tertanya-tanya
tertidur-tidur
Puan Ratna tidak pernah ______ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.
menggerak-gerakkan
membeza-bezakan
mencerai-ceraikan
mengharu-birukan
Murid-murid itu ______ semasa menari tarian tradisional di dewan sekolah.
berpasang-pasangan
berpanjang-panjangan
berpasuk-pasukan
berpecah-pecah
“Buat baik biarlah ______ supaya tidak memakan diri sendiri,” nasihat ayah kepada saya.
berlonggok-longgok
berlalai-lalai
berpada-pada
berlumba-lumba
Irdina marah kerana Jason ______ memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali.
memandai-mandai
melambai-lambai
meleret-leret
melaung-laung
Pandangan saya _______ apabila keluar dari gua yang gelap itu.
berpusing-pusing
terapung-apung
berpinar-pinar
berkaca-kaca
Abang cuba mengambil bola adik yang _____ di permukaan air itu
tergolek-golek
terumbang-ambing
terapung-apung
tergolek-golek
Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal
menjerit-jerit
mendayu-dayu
mengilai-ngilai
membelai-belai
Datuk ______ setelah mengangkat sebakul durian dari dusunnya.
terpinga-pinga
terlayang-layang
terumbang-ambing
termengah-mengah
Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.
berganda-ganda
berkaca-kaca
berkelip-kelip
berkilat-kilat
Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
bertalu-talu
berdekah-dekah
melampau-lampau
berdozen-dozen
Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
tersengguk-sengguk
tersekat-sekat
terjerit-jerit
teresak-esak
Ihsan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
mengangguk-angguk
mengungkit-ungkit
menggeleng-geleng
menggapai-gapai
Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.
berlari-lari
bersiul-siul
berhenti-henti
berjalan-jalan
Puncak gunung itu kelihatan _____ kerana diselaputi kabus.
bertingkat-tingkat
berbalam-balam
berwarna-warni
berlapis-lapis
