WorksheetsBahasa Melayu Tahun 1 (PANTUN)
Total questions: 8
Worksheet time: 12mins
Aktiviti ( Rujuk Buku Teks )
Membina pantun dua kerat dan melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
Ikan gelama si ikan haruan,
Pupuk kerjasama erat ______________
kasih sayang
perpaduan.
keluarga
hubungan
Tangkap kelah dengan joran,
Rajin-rajinlah membantu ______________ .
orang
adik
jiran
ibu
Mengutip batu di Gunung Daik,
Bantu-membantu amalan yang ___________.
baik
ikhlas
jujur
rajin
Belikan Pak Long rambutan seikat,
Tolong-menolong membawa _______________ .
banyak
tuah
baik
berkat
Aktiviti ( Rujuk Buku Teks )
Membina pantun empat kerat dan melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
Pak Tahir membawa timba,
Timba lama berisi paku;
Hari lahir menjelang tiba,
Ai Lin terima hadiah ___________ .
basikal
duit
buku
beg
Buah bidara buah duku,
Bawa ke kota sebakul cuma;
Ai Lin gembira mendapat buku,
Buku cerita dibaca ______________ .
seorang
bersama
kawan
sendiri
Anak Pak Dollah menanam ciku,
Menanam ciku dan juga kuini;
Rajin-rajinlah membaca buku,
Membaca buku amalan _____________ .
murni
baik
ikhlas
rajin
Terbang kenari nun di sana,
Mencari makan tiada berteman;
Buku memberi ilmu berguna,
Menjadi rujukan sepanjang _____________ .
hari
minggu
masa
zaman
