wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa SPM

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud berikut ;


Orang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

a)

Bagai kera mendapat bunga

b)

Bagai bulan dipagar bintang

c)

Bagai gergaji dua mata

d)

Bagai menatang minyak yang penuh

2.

Kita sedia maklum bahawa tenaga fizikal kaum wanita tidak sekuat kaum lelaki. Namun begitu wanita juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka berupaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ..........................

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

c)

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia

d)

Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi

3.

Berikan dua peribahasa yang sinonim dengan peribahasa di bawah ;


Bagai belut pulang ke lumpur

a)

Bagai sirih pulang ke gagang

b)

Bagai anak pulang ke kampung

c)

Bagai ikan pulang ke lubuk

d)

Bagai itik pulang petang

4.

Nyatakan peribahasa yang tepat menunjukkan maksud kerja atau usaha yang dibuat perlu penuh kesungguhan.

a)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

b)

Ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni

c)

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

d)

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

5.

Sebagai pekerja baharu di sebuah syarikat korporat, Hakim tidak malu bertanya kepada ketuanya tentang apa-apa perkara yang tidak diketahuinya untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan dalam menjalankan tugas. Hakim berpegang kepada konsep peribahasa ........................

a)

Menyelam sambil minum air

b)

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

c)

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

d)

Alah bisa tegal biasa

6.

Berikan maksud peribahasa


alah bisa tegal biasa

a)

Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya.

b)

Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.

c)

Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.

d)

Keadaan yang memudahkan sesorang menyiapkan kerja walaupun seorang diri.

7.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai _____________________

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Usaha tangga kejayaan

d)

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

8.

Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu _______________


Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

a)

Jauh perjalanan luas pemandangan

b)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

c)

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

d)

Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

9.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut.


Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

a)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

b)

Ukur baju di badan sendiri

c)

Rambang mata

d)

Menyelam sambil minum air

10.

Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah __________________________

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

b)

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

11.

Kita sedia maklum bahawa tenaga fizikal kaum wanita tidak sekuat kaum lelaki. Namun begitu wanita juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka berupaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ..........................

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

c)

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia

d)

Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi