wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Perakaunan Bab 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Dialog berikut berlaku di antara Cik Judy dengan Puan Azura mengenai dokumen perniagaan.

Judy : Puan Azura, invois yang syarikat kami hantar semalam telah tertinggal caj angkutan.

Azura: Ya ke? Cik Judy nak betulkan dalam invois itu ke? Judy : Tak perlu. Kami akan hantar satu dokumen untuk menambahkan jumlah bayaran yang terkurang caj dalam invois itu.

Apakah dokumen yang akan dihantar oleh Cik Judy?

a)

Makluman kredit

b)

Makluman debit

c)

Nota kredit

d)

Nota debit

2.

Kedai Perabot Boon Hwa menjual van terpakai secara kredit kepada Makmur Catering. Buku Catatan Pertama yang manakah digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?

a)

Jurnal Am

b)

Buku Tunai

c)

Jurnal Jualan

d)

Jurnal Pulangan Jualan

3.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu urus niaga.

Separuh daripada insurans yang dibayar iaitu RM 1 600 dengan cek merupakan insurans untuk rumah kediaman pemilik.

Apakah catatan dalam Jurnal Am ?

a)

Debit : Insurans

Kredit : Bank

b)

Debit : Insurans

Kredit : Modal

c)

Debit : Ambilan

Kredit : Insurans

d)

Debit : Ambilan

Kredit : Bank

4.

Antara yang berikut, manakah fungsi Jurnal Am? (Pilih dua jawapan)

a)

Merekodkan belian dan jualan aset bukan semasa

b)

Merekodkan catatan pembukaan

c)

Merekodkan ambilan tunai untuk kegunaan peribadi

d)

Merekodkan jualan aset dengan cek

5.

Dokumen ini diterima oleh Kedai Komputer Rubin.

Catatan dalam Jurnal Am manakah yang betul?

a)
b)
c)
d)
6.

Apakah catatan bergu dalam Jurnal Am untuk merekodkan diskaun dibatalkan akibat cek daripada Aishah tidak dilayan?

a)

Debit : Akaun Diskaun Diberi

Kredit : Aishah

b)

Debit : Aishah

Kredit : Akaun Diskaun Diberi

c)

Debit : Akaun Diskaun Dibatalkan

Kredit : Aishah

d)

Debit : Aishah

Kredit : Akaun Diskaun Dibatalkan

7.

Pada 5 Januari 20X4, Kedai Runcit Dali membeli van secara kredit bernilai RM52 800 daripada Zain Motors.

Bagaimanakah urus niaga ini dicatatkan dalam buku akaun Kedai Runcit Naim?

a)
b)
c)
d)
8.

Padanan manakah yang salah?

a)

Buku catatan pertama : Jurnal Jualan

Dokumen Sumber : Invois (salinan)

b)

Buku catatan pertama : Jurnal Am

Dokumen Sumber : Memo

c)

Buku catatan pertama : Jurnal Belian

Dokumen Sumber : Nota debit (asal)

d)

Buku catatan pertama : Jurnal Pulangan Jualan

Dokumen Sumber : Nota kredit (asal)

9.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan Kedai Buku dan Alat Tulis Wah.


Kedai Buku dan Alat Tulis Wah mengeluarkan alat tulis dan buku untuk kegunaan pejabat.


Manakah catatan yang betul dalam Jurnal Am?

a)

Debit : Akaun Ambilan

Kredit : Akaun Bank

b)

Debit : Akaun Alat Tulis

Kredit : Akaun Modal

c)

Debit : Akaun Alat Tulis

Kredit : Akaun Belian

d)

Debit : Akaun Alatan Pejabat

Kredit : Akaun Inventori

10.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang akan direkodkan ke dalam Jurnal Khas? (Pilih dua jawapan)

a)

Jual barang niaga secara kredit

b)

Pelanggan memulangkan barang niaga yang rosak

c)

Mengambil inventori barang niaga untuk kegunaan perniagaan

d)

Membeli barang niaga dengan cek

11.

Maklumat apakah yang dicatatkan di lajur butir dalam Jurnal Jualan?

a)

Nama pemilik

b)

Nama akaun belum bayar

c)

Nama akaun belum terima

d)

Nama barang niaga

12.

Maklumat yang berikut diperoleh daripada Jurnal Pulangan Jualan bagi sebuah perniagaan.


Apakah P?

a)

Akaun Jualan

b)

Akaun Belum Terima

c)

Akaun Pulangan Jualan

d)

Jumlah Jurnal Pulangan Jualan

13.

Antara berikut, manakah merupakan kumpulan Jurnal Khas? (Pilih dua jawapan)

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Pulangan Jualan

d)

Jurnal Pembayaran Tunai

14.

Pasar Segar Sapiyah menghantar invois kepada Kedai Makan Mutiara bernilai RM2300 pada 8 Oktober 2016. Invois ini adalah untuk pembekalan barang masakan yang telah dipesan oleh Kedai Makan Mutiara seminggu sebelum tarikh berkenaan.

Buku catatan pertama yang manakah digunakan untuk merekodkan butiran invois tersebut dalam buku Pasar Segar Sapiyah?

a)

Jurnal Am

b)

Buku Tunai

c)

Jurnal Belian

d)

Jurnal Jualan

15.

Maklumat yang berikut merupakan petikan Buku Tunai perniagaan Lihua yang menjalankan perniagaan buku dan majalah.


Urus niaga manakah yang menerangkan catatan di atas?

a)

Beli buku secara kredit dari Kedai Buku Kyra

b)

Perniagaan Lihua menjelaskan hutang kepada Kedai Buku Kyra

c)

Beli barang niaga dengan cek daripada Kedai Buku Kyra

d)

Kedai Buku Kyra menjelaskan hutang kepada Perniagaan Lihua dengan cek

16.

Petikan Buku Tunai yang berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.


Dokumen manakah yang akan digunakan sebagai sumber catatan bagi urus niaga berikut?

(a)  

17.

Dokumen yang berikut berkaitan dengan Perniagaan Kashvi.


Apakah catatan dalam Buku Tunai Perniagaan Kashvi? (Pilih dua jawapan)

a)

Debit Akaun Tunai

b)

Debit Akaun Bank

c)

Kredit Akaun Tunai

d)

Kredit Akaun Bank

18.

Pernyataan manakah yang benar mengenai Buku Tunai?

a)

Merekodkan belian aset bukan semasa secara kredit

b)

Merekodkan penerimaan dan pembayaran tunai atau cek

c)

Merekodkan ambilan tunai perniagaan

d)

Merekodkan belian dan jualan secara kredit

19.

Manakah yang merupakan kegunaan Buku Tunai? (Pilih dua jawapan)

a)

Merekodkan belian aset secara kredit

b)

Merekodkan pembayaran secara tunai sahaja

c)

Memudahkan rujukan terhadap Akaun Bank dan Akaun Tunai

d)

Merekodkan penerimaan dan pembayaran melalui bank dan tunai

20.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang direkodkan di sebelah kredit dalam Buku Tunai? (Pilih dua jawapan)

a)

Menerima bayaran daripada pelanggan

b)

Melunaskan hutang kepada pembekal

c)

Mengambil wang tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi

d)

Membawa masuk wang peribadi ke dalam perniagaan

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kedai Hasni


20X7 Jan 15 Membeli barang niaga daripada Fang secara kredit RM 7500


20X7 Jan 31 Menjelaskan hutang kepada Fang dengan cek RM 7250

Menerima diskaun RM250


Bagaimanakah urus niaga pada 31 Januari 20X7 dicatatkan dalam Buku Tunai?

a)
b)
c)
d)
22.

Buku Tunai Runcit di atas diperoleh daripada Perniagaan Melor.


Kira jumlah bayaran balik yang diterima daripada juruwang mengikut Sistem Panjar?

(a)  

23.

Pernyataan manakah yang menerangkan kegunaan Buku Tunai Runcit?

a)

Merekodkan semua penerimaan tunai dan pembayaran tunai

b)

Menganggar semua penerimaan tunai dan pembayaran tunai

c)

Merekodkan segala belanja yang melibatkan wang yang kecil

d)

Merancang dan mengawal pembayaran tunai

24.

Antara butiran yang berikut, manakah yang akan dicatatkan dalam lajur belanja am Buku Tunai Runcit? (Pilih dua jawapan)

a)

Gaji pengurus

b)

Alatan pejabat

c)

Minuman pelanggan

d)

Sabun pencuci pinggan

25.

Maklumat yang berikut diambil daripada Buku Tunai Runcit sebuah perniagaan.


Berapakah jumlah wang yang perlu dituntut daripada juruwang mengikut Sistem Panjar?

a)

RM250

b)

RM25

c)

RM275

d)

RM225