wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu UPSR (2) - MKG

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Suara penyanyi itu agak _____ ketika menyampaikan lagu rentak asli dalam persembahannya.

a)

hambar

b)

kering

c)

keras

d)

kejur

2.

Hafiz diberi tanggungjawab sebagai _____ dalam pasukan bola sepak di sekolahnya.

a)

menyerang

b)

penyerang

c)

serangan

d)

diserang

3.

Mereka diminta membaca _____ terlebih dahulu sebelum mengisi borang itu dengan lengkap.

a)

buku cerita

b)

buku rujukan

c)

buku panduan

d)

buku ensiklopedia

4.

Cikgu Lee: _____ berlari di atas tangga itu. _____ patuhi peraturan sekolah.


Murid-murid: Baiklah, cikgu.

a)

Sila ... Harap

b)

Jangan ... Sila

c)

Usah ... Minta

d)

Tolong ... Minta

5.

"Sila hantar kerja rumah _____ itu kepada saya sebelum waktu rehat," kata Cikgu Khuzaimah kepada Chee Keong.

a)

dia

b)

kita

c)

anda

d)

kamu

6.

Mesyuarat pada hari itu tidak dapat diteruskan kerana menemukan _____.

a)

bulat kata

b)

hilang akal

c)

jalan buntu

d)

langkah kiri

7.

Keadaan jalan yang _____ itu menyebabkan ibu pening-pening dan berasa hendak muntah.

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti cacing kepanasan

c)

seperti telur di hujung tanduk

d)

seperti menghitung bulu kambing

8.

Zuraida menghadiahi sahabat baiknya _____ anting-anting dari Sarawak.

a)

seketul

b)

seberkas

c)

sekeping

d)

sepasang

9.

Sebahagian penduduk di kampung melakukan demonstrasi aman membantah projek kuari batu kapur di Gunung Pulai.


Pilih perkataan antonim bagi membantah.

a)

menggalakkan

b)

menyokong

c)

memasang

d)

melenting

10.

Tukang rumah menyiapkan bumbung itu dengan gigih di bawah panas matahari.


Pilih perkataan sinonim bagi gigih.

a)

tegap

b)

tekun

c)

tegas

d)

tegar

11.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Tayar motosikal ayah hancur kerana terkena paku.

b)

Gelas dan pinggan itu hancur apabila terhempas ke lantai.

c)

Harga beras hancur lebih murah daripada harga beras biasa.

d)

Puan Ella hancur isi ikan dahulu sebelum disuap kepaa bayinya.

12.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Pada minggu hadapan kamu tidak perlu membawa buku teks ke sekolah," kata Cikgu Karim kepada murid-muridnya.

a)

Murid-murid diterangkan oleh CIkgu Karim tentang keperluan membawa buku teks pada minggu hadapan.

b)

Cikgu Karim menerangkan sebab murid-muridnya tidak perlu membawa buku teks ke sekolah pada minggu hadapan.

c)

Pada minggu hadapan CIkgu Karim menjelaskan kepada murid-muridnya bahawa mereka tidak perlu membawa buku teks ke sekolah.

d)

Murid-murid diberitahu oleh Cikgu Karim bahawa pada minggu hadapan mereka tidak perlu membawa buku teks ke sekolah.

13.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Menagapakah kanak-kanak tidak dibenarkan bermain di tepi jalan raya?

a)

Banyak kenderaan dan boleh menyebabkan kemalangan.

b)

Terdapat papan tanda didirikan di tepi jalan raya.

c)

Luas jalan raya itu tidak sesuai untuk bermain.

d)

Jalan raya itu bengkang-bengkok.

14.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Kerani di pejabat pos sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggannya.

a)

Bilakah pelanggan di pejabat pos diberikan layanan mesra?

b)

Bagaimanakah kerani di pejabat pos menjaga hati pelanggannya?

c)

Siapakah yang mendapat layanan mesra daripada kerani pejabat pos?

d)

Mengapakah kerani di pejabat pos memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya?

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pramugari itu kelihatan anggun ketika bertugas.

b)

Abang membeli tiga setengah kilogram gula pasir.

c)

Koleksi lagu P. Ramlee ayah simpan di dalam almari kaca.

d)

Setiap hari, dia bersarapan tiga keping roti canai dan segelas susu.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pelari itu bertubuh kecil tetapi berlari lebih pantas dari peserta lain.

b)

Halim akan menunggu Andrew di bas perhentian di hadapan sekolah.

c)

Mak Munah mempelawa kami makan goreng pisang yang masih panas itu.

d)

Meskipun berada di perantauan, Rajagopal tidak pernah melupakan nasihat ibu bapanya.