wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Kata nama am terbahagi kepada dua iaitu ?

a)

Manusia dan bukan manusia

b)

Hidup dan tak hidup

c)

Institusi dan bukan institusi

d)

Konkrit dan abstrak

2.

Di bawah merupakan contoh bagi kata nama am tak hidup institusi kecuali ?

a)

sekolah

b)

mahkamah

c)

gerai

d)

universiti

3.

Yang manakah kata nama khas tak hidup bukan institusi ?

a)

Kuala Lumpur

b)

Bunga Raya Putih

c)

Sang Bedal

d)

Jabatan Keselamatan Jalan Raya

4.

Apakah maksud pepatah ' berat mata memandang, berat lagi bahu memikul '

a)

Adat resam tidak boleh dilanggar

b)

Jika melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai mendapat hasilnya

c)

Budi seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat sentiasa

d)

Betapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.

5.

Terdapat kesalahan pada ayat di bawah :


Semua guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.


Manakah ayat yang paling tepat ?

a)

Semua orang guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

b)

Semua guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

c)

Semua orang guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

d)

Semua orang-orang diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat guru.

6.

Antara yang berikut, manakah ayat perintah yang mempunyai kesalahan tatabahasa ?

a)

Jangan pijak rumput di kawasan itu

b)

Jangan merokok di kawasan ini

c)

Jangan berlari di kawasan ini

d)

Jangan usah menangis lagi

7.

Yang manakah penggunaan bahasa yang betul ?

a)

Beberapa langkah-langkah keselamatan

b)

Berapa langkah-langkah keselamatan

c)

Beberapa langkah keselamatan

d)

Berberapa langkah keselamatan

8.

Kita dinasihati __________ menekup mulut dengan sapu tangan ketika bersin dan batuk.


i. agar

ii. untuk

iii. supaya

iv. bagi

a)

i dan iii

b)

i, ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

i sahaja

9.

Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran __________ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

akan

b)

boleh

c)

mesti

d)

pernah

10.

Terdapat ____________ masyarakat yang masih berkeliaran di luar ____________ perintah kawalan pergerakan telah diumumkan oleh kerajaan.


(Digalakkan merujuk kamus bagi istilah-istilah di bawah)

a)

seluruh . . . . meskipun

b)

segenap . . . . kendatipun

c)

segelintir . . . . waima

d)

beberapa . . . . sungguhpun

11.

Pembelian panik di pasar raya _________ negara telah mendapat _________ luas daripada media massa.


(Digalakkan merujuk kamus bagi istilah-istilah di bawah)

a)

seantero . . . . litupan

b)

seluruh . . . . liputan

c)

semua. . . . liputan

d)

segala . . . . litupan

12.

Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk _____________ pemikiran serta mengasah minda kita.

a)

memperkuat

b)

memperjelas

c)

memperlebar

d)

mempertajam

13.

"Minuman kotak yang berperisa strawberi itu tidak boleh diminum kerana __________ tamat tarikh luputnya," kata ibu kepada adik.

a)

akan

b)

telah

c)

belum

d)

pernah

14.

Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah _____________________ untuk Zaki melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

membuka jalan

b)

membuka mata

c)

membuka langkah

d)

membuka tembelang

15.

Ibu menumbuk cili itu sehingga ____________ hanya dengan menggunakan lesung batu.

a)

lumat

b)

pecah

c)

hancur

d)

lembut

16.

Sarah membantu ibunya ______________ bawang putih untuk ditumis ke dalam periuk.

a)

membelah

b)

menghiris

c)

menyiang

d)

mencantas

17.

Pada setiap hari, Razi akan duduk di atas sejadah ___________ berzikir sementara menunggu azan subuh ____________.

a)

malahan . . . . dialunkan

b)

maka. . . . didendangkan

c)

sambil. . . . berkumandang

d)

tetapi . . . . dibacakan

18.

____________, kamu terpilih untuk menyertai pertandingan hafazan kali ini !

a)

Syabas

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Aduhai

19.

Pilih ayat yang betul.


i. Rezza ialah adik kandung saya.

ii. Minum arak ialah salah di sisi agama.

iii. Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam.

iv. Masjid adalah rumah ibadah bagi umat Islam.

a)

ii dan iii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, dan iv

20.

Dua orang pencuri diberkas oleh polis kerana _____________ telah meragut beg tangan seorang wanita.

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

baginda