NEW
Font size
WorksheetsKuiz 01_Penjodoh Bilangan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Beberapa __________________ gigi Yan Ling telah rosak kerana suka makan gula-gula setiap hari.
cucuk
batang
buah
utas
Ayah Kumalan bercucuk tanam di atas __________________ tanah.
sejambak
sekeping
sebuah
sebidang
Puan Melinda menyarung _________________ cincin ke jarinya sebelum keluar rumah.
sekeping
sebentuk
seutas
sebatang
___________________ keris tersemat kemas pada pinggang Hang Jebat.
sebuku
segumpal
sesikat
sebilah
Jamal membelikan anaknya _________________ kasut baru sempena hari jadi yang ke 5 tahun.
sehelai
sepasang
selaras
sekaki
Victor menembak burung merpati itu dengan menggunakan _________________ senapang.
sepucuk
selaras
seekor
sebaris
Firas membeli ___________ anggur di pasar raya itu.
segugus
sehelai
sebilah
sekaki
Beberapa _________________ darah menitis daripada jari tangannya yang luka.
biji
titik
bilah
batang
Pelancong dari Mexico sedang membaca _______________ surat khabar di kafe Coffee Bistro Night.
sekawan
sebuku
sehelai
senaskhah
Kelvin Chua mengirim ______________ surat kepada keluarganya di kampung.
sepucuk
sebentuk
sebuah
sebilah
Terdapat beberapa _________________ cat kuning terkena di atas baju Murali.
tompok
biji
pucuk
das
___________________ bunga mawar terselit pada sanggul Adelia.
Sejambak
Sekuntum
Sehelai
Sebiji
Ayah Farez membeli dua _____________________ durian di pasar.
keping
ulas
biji
buku
"Masukkan ________________ garam ke dalam lauk itu," kata Mama Kepada Jemymah
secuit
secubit
genggam
segenggam
Beliau memulakan ucapannya dengan __________________ pantun.
sebaris
serangkap
sehelai
sekeping
Pihak polis melepaskan lima ________________ tembakan ke arah perompak itu.
laras
pucuk
butir
das
Pak Man membeli beberapa _________________ petai di pasar tani itu.
batang
keping
gelung
papan
Laila menggubah dua _________________ bunga mawar. Kemudian, dia meletakkannya di atas ______________ almari.
jambangan ... sebuah
jambak ... sekeping
jambak ... sederet
jambangan ... sebentuk
_______________ senapang dan beberapa _______________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu.
Sebatang ..... biji
Sedas ..... buah
Selaras ..... butir
Sekaki ..... butir
Pui Voon menghadiahi gurunya _________________ bunga dan ___________________ pena.
sekuntum ..... sebilah
sejambangan ..... seberkas
setangkai ..... sepucuk
sejambak ..... sebatang
