WorksheetsKuiz 11_Kata Nama Am
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Ah Seng berada di dalam ________________ untuk membaiki kereta Kartini yang rosak.
bengkel
anjung
rumah
teratak
Fahmi membaca __________________ yang baru diterimanya dengan perasaan yang berdebar-debar.
akhbar
majalah
surat
buku
Pelancong asing itu tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar __________________ tertinggi di negara kita.
bangunan
menara
rumah
dewan
Khushairi singgah sebentar di perkampungan _________________ itu untuk membeli keropok ikan.
belia
petani
nelayan
peladang
Wendy sedang menyediakan kuih __________________ berintikan kentang untuk hidangan minum petang.
karipap
roti
kek
dodol
_________________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
Pemuda
Pemudi
Wanita
Belia
Orang ramai berkumpul di ___________________ untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh pakar motivasi itu.
kantin
dewan
kedai
rumah
Encik Fairuz merupakan seorang __________________ di Universiti Kebangsaan Malaysia.
guru
pensyarah
angkasawan
pencuri
Murid-murid tahun 5 sedang bersenam di _________________.
perpustakaan
bilik darjah
padang
pawagam
________________ yang dijual di kedai Uncle Mutthu itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
Sayur
ikan
Kuih
Makanan
___________________ baju Jayden Chin tertanggal pada pagi tadi.
Suis
Kocek
Butang
Skru
Beberapa ekor _________________ bergayut pada sebatang pokok.
lipas
kera
beruang
tenggiling
Zi Qi menunggang _________________ di tepi jalan raya dengan berhati-hati.
kereta api
basikal
kereta
kapal
___________________ itu telah mengadili perbicaraan tersebut tanpa berat sebelah.
Pengawal
Kerani
Peguam
Hakim
Bahrum menggunakan ___________________ yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
cangkul
gunting
gergaji
pisau
Mak Nah menggunakan __________________ untuk mencedok sup ayam yang dimasak tadi.
senduk
gelas
garpu
pisau
Pada zaman dahulu, raja dan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah _________________ yang bertakhtakan permata.
rumah
mahligai
balai
dewan utama
Pada musim tengkujuh, para nelayan akan menghabiskan masa dengan membubul __________________.
bubu
pukat
joran
perangkap
Kimmy dan Joe belajar di ___________________ yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.
tadika
sekolah
kolej
universiti
Jeffry sedang memasang sebuah ___________________ di ruang tamu rumahnya.
hawa pendingin
hawa dingin
pendingin hawa
penghawa dingin
