wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TB6

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Oleh sebab ayahnya bertugas sebagai anggota tentera, mereka sekeluarga sering ________ .

a)

ulang-alik

b)

pindah-randah

c)

bolak-balik

d)

bongkar-bangkir

2.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Ramli terpaksa menjual tanah pusakanya di kampung kerana ________ wang untuk membiayai pembedahan jantung anaknya.

a)

kesempitan

b)

kesuntukan

c)

kemuflisan

d)

kesusahan

3.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Ke bawah Duli Tuanku sedang ________ bintang kebesaran ke dada Datuk Khairul Adil, sempena hari keputeraan baginda.

a)

menyematkan

b)

memadamkan

c)

menampalkan

d)

memasangkan

4.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


“ _______ sedia melaksanakan tugas yang dititah oleh tuanku itu,” kata Laksamana kepada Bendahara.

a)

Hamba

b)

Patik

c)

Saya

d)

Beta

5.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Ikram amat dikagumi oleh rakan-rakannya kerana dia bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran ________ cemerlang juga dalam kegiatan kokurikulum.

a)

mahupun

b)

apalagi

c)

bahkan

d)

serta

6.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Imran dan rakan-rakannya ________ anak sungai sebelum pulang ke tapak perkhemahan mereka.

a)

melintasi

b)

merentangi

c)

mengharungi

d)

menyeberangi

7.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Anak-anak muda sanggup ________ mata untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak pada awal pagi.

a)

bersengkang

b)

bertegang

c)

berkedip

d)

berkelip

8.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Pak Leman terpaksa ________ tanah kebunnya kepada pihak bank demi membesarkan perniagaannya.

a)

mencagarkan

b)

menyewakan

c)

memawahkan

d)

meminjamkan

9.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah

ditandakan dengan D.


Pilih jawapan yang paling sesuai.


Mereka berada di muzium itu dari pagi ke tengah hari. Tiada kesalahan.

a)

di

b)

dari

c)

ke

d)

Tiada kesalahan

10.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah

ditandakan dengan D.


Pilih jawapan yang paling sesuai.


Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan sempena Hari Kemerdekaan.

a)

bendera-bendera

b)

berwarna-warni

c)

berkibaran

d)

Tiada kesalahan

11.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah

ditandakan dengan D.


Pilih jawapan yang paling sesuai.


“Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?” tanya Arif kepada kawannya.

a)

Awak

b)

memulangkan

c)

bila

d)

Tiada ksesalahan

12.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.


Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D

jika tiada kesalahan.


Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia dianggap tugas yang mulia.

a)

di dalam mana masyarakat

b)

dalam mana-mana masyarakat

c)

di dalam mana-mana masyarakat

d)

dalam mana masyarakat

13.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.


Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D

jika tiada kesalahan.


Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung

itu.

a)

bergotong-royong untuk melebar

b)

bergotong-royong untuk perlebarkan

c)

bergotong-royong untuk memperlebar

d)

bergotong-royong untuk memperlebarkan

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Janganlah kita merajuk bila dimarahi ibu kita.

II Tidak terangkat oleh saya meja yang berat itu.

III Latihan bola sepak akan tetap diteruskan walaupun

hujan lebat.

IV Buatlah kerja sambilan dahulu sementara mendapat

pekerjaan tetap.

a)

I, II dan III sahaja

b)

I, II dan IV sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

15.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh, kecuali

a)

seperti itik pulang petang

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

tak sungguh seluang meluat, akhirnya pulang ke tepi jua

d)

berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga

16.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Ketika pulang dari sekolah, Samira berjalan lambat-lambat dengan langkah yang perlahan kerana terlalu penat.

a)

Ada udang disebalik batu.

b)

Bagai itik pulang petang.

c)

A. Bagai kaduk naik junjung.

d)

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

17.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Peribahasa-peribahasa yang berikut jelas menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya perlulah berusaha kecuali

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

c)

ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

d)

baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

18.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Prestasi kerja Amran dianggap buruk kerana dia hanya akan melakukan tugasnya apabila disuruh.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan sikap Amran ialah

a)

Seperti tikus membaiki labu

b)

Seperti melepaskan batuk di tangga

c)

Seperti hangat-hangat tahi ayam

d)

Seperti pahat dengan penukul

19.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Gadis itu berjanji kepada ibunya __________ dia tidak akan mengabaikan pelajarannya.

a)

yang

b)

agar

c)

bahawa

d)

sementara

20.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Kita hendaklah sentiasa menjaga ___________ dan menunjukkan budi pekerti yang mulia.

a)

tatacara

b)

tatasusila

c)

tatatertib

d)

tatanegara

21.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Air sungai itu _________ ke kawasan perumahan selepas hujan lebat sejak tiga hari yang lalu.

a)

membuakj

b)

melonjak

c)

melimpah

d)

membedal

22.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Encik Shafiq tidak pernah ___________ cita-cita anaknya untuk menjadi seorang juruterbang.

a)

menghalang

b)

melarang

c)

menekan

d)

menahan

23.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Kenderaan pacuan empat roda keluaran baharu itu akan __________ terlebih dahulu sebelum dilancarkan.

a)

dikawal selia

b)

dipandu uji

c)

diambil alih

d)

diusul periksa

24.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


____________ di negara ini disarankan supaya embudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

a)

Semua guru

b)

Semua guru-guru

c)

Semua-semua guru

d)

Kebanyakan guru-guru

25.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Ibu sedang ______ kain sebelum menyidai di ampaian di belakang rumah.

a)

membilas

b)

memutar

c)

menggalas

d)

memerah

26.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


______ insurans itu menawarkan pakej insurans yang menarik sehingga menyakinkan Namiee untuk membelinya.

a)

Ejen

b)

Ajen

c)

Egen

d)

Agen

27.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


______ insurans itu menawarkan pakej insurans yang menarik sehingga menyakinkan Namiee untuk membelinya.

a)

Wah

b)

Hah

c)

Nah

d)

Eh

28.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Ibu bapa perlu membatas pergaulan anak-anak bagi menghindarkan mereka daripada terbabit dalam gejala yang kurang sihat.

a)

membatas

b)

menghindar

c)

terbabit

d)

Tiada kesalahan

29.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Kejayaan Haris dalam pelajaran merupakan hadiah yang paling berharga kepada kedua ibu bapanya.

a)

merupakan

b)

paling

c)

kedua

d)

Tiada kesalahan

30.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Dalam sesi temu duga itu, hanya seorang pemohon yang menepati syarat dari sepuluh orang yang hadir.

a)

temu duga

b)

yang

c)

dari

d)

Tiada kesalahan

31.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.


Jangan tergopoh-gapah ketika menaiki tangga kerana kamu mungkin akan tergelincir.

a)

Jangan

b)

tergopoh-gapah

c)

kerana

d)

Tiada kesalahan

32.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.


I Sudah sepuluh tahun Sumayah tinggal di taman

perumahan Seri Kejora.

II Wang sakunya yang tinggal satu ringgit itu diberikan

kepada adiknya.

III Rumah lama ini sahaja tinggal ibu dan ayahnya.

IV Baginda telah menamakan tempat itu dan tinggallah

nama tersebut hingga sekarang.

a)

I dan III sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, II, dan IV sahaja

33.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.


I Pak Cik Ahmad dan isterinya kini hidup senang setelah

mendapat durian runtuh.

II Soalan teka teki yang dikemukakan oleh pengacara

majlis itu sangat senang.

III Sejak jatuh sakit, nenek tidak senang makan walaupun

ibu memasak makanan kegemarannya.

IV Walaupun karangan yang ditulisnya panjang, tetapi

sangat senang ceritanya.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

I, II, dan IV sahaja

34.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.


I. Kulit abang semakin gelap selepas beberapa bulan

menjalani latihan tentera.

II. Disebabkan hari semakin gelap mereka sukar mencari

jalan keluar dari hutan itu.

III. Dia menjadi semakin gelap apabila diberikan wang yang

banyak.

IV. Baju yang koyak itu digunakan oleh emak untuk

membuat gelap meja.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

35.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.


I. Ayah terkejut apabila enjin kereta berhenti secara tiba-

tiba.

II. Puan Dewi berhenti keretanya di tepi jalan kerana hendak

membeli buah.

III.Kenny berhenti kerja di syarikat itu kerana dia

menghadapi masalah kesihatan.

IV. Projek pembinaan itu berhenti kerana masalah yang

tidak dapat dielakkan.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

36.

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak .

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Jangan sekali meninggikan suara bila bercakap dengan ibu bapa.

a)

Jangan sekali meninggikan suara apabila

b)

Jangan sekali-kali meninggikan suara apabila

c)

Jangan sekali-sekali meninggikan suara bila

d)

Jangan sekali meninggikan suara bila

37.

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak .

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Kami telah berbincang tentang perkara ini dengan ketua kampung.

a)

telah berbincangkan perkara ini

b)

telah bincang perkara ini

c)

telah bincangkan perkara ini

d)

telah berbincang tentang perkara ini

38.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Banyak hadiah yang mereka terima selepas memenangi pertandingan itu.

a)

mereka diterima

b)

mereka menerima

c)

diterima oleh mereka

d)

mereka terima

39.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Mereka melakukan aktiviti pemanasan sebelum bersukan bagi mengelakkan kekejangan otot.

a)

Aktiviti pemanasan sebelum bersukan dilakukan supaya tidak berlaku kekejangan otot.

b)

Mereka mengalami kekejangan otot sebelum bersukan kerana melakukan aktiviti pemanasan.

c)

Kekejangan otot berlaku ketika bersukan selepas mereka melakukan aktiviti pemanasan.

d)

Aktiviti pemanasan dilakukan supaya tidak berlaku kekejangan otot selepas bersukan.

40.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I. “Sila jangan buat bising di sini,” tegur pengawas perpustakaan itu.

II. “Alahai, lambat betul bas datang!” rungut Anuar.

III. “Kenapakah awak tidak memberitahu saya hal itu?” keluh Encik Mustafa.

IV Apakah pandangan saudara tentang isu kenaikan harga petrol?” tanya pemberita itu.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I dan IV sahaja