wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Interaksi Manusia dan Komputer (SK T4)

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Interaksi manusia dan komputer melibatkan kajian tentang cara teknologi komputer mempengaruhi kerja dan aktiviti manusia. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

2.

_______ merujuk kepada susun atur teks, gambar, butang dan menu dalam sesuatu produk.

a)

Rekaan

b)

Reka bentuk

c)

Lakaran

d)

Interaksi

3.

Reka bentuk interaksi membenarkan pengguna untuk _____ dan berinteraksi dengan produk atau aplikasi.

a)

berkomunikasi

b)

bersosial

c)

menguasai

d)

membina

4.

Terdapat ____ prinsip reka bentuk interaksi yang perlu dititikberatkan oleh pembangun aplikasi.

a)

5

b)

4

c)

3

d)

6

5.

Yang manakah antara berikut BUKAN prinsip reka bentuk interaksi?

a)

Konsistensi

b)

Kebolehan untuk berfikir

c)

Kebolehan untuk menjangka

d)

Maklum balas

6.

"Pengguna hanya menggunakan antara muka tersebut sekali, mereka mempelajarinya dan mengingati apa-apa yang dipelajari untuk selama-lamanya".

Ini merujuk kepada prinsip _________.

a)

Boleh dipelajari

b)

Kebolehan untuk menjangka

c)

Kebolehan membuat pemerhatian

d)

Konsistensi

7.

"Semua elemen perlu kekal pada kedudukan yang sama supaya pengguna akan berasa selesa semasa menggunakan aplikasi".

Ini merujuk kepada prinsip _________.

a)

Maklum balas

b)

Konsistensi

c)

Boleh dipelajari

d)

Kebolehan membuat pemerhatian

8.

Berikut merupakan sebab interaksi antara manusia dengan komputer diperlukan, kecuali _______.

a)

Meningkatkan produktiviti

b)

Mengurangkan kos pembangunan

c)

Pengkomputeran sosial

d)

Mengurangkan kadar jenayah

9.

Setiap produk yang dibangunkan perlu _____ supaya produk itu dapat memberi kepuasan kepada pengguna.

a)

diuji

b)

dinilai

c)

disulitkan

d)

dipromosi

10.

Proses reka bentuk interaksi terdiri daripada ______ aktiviti

asas.

a)

6

b)

5

c)

4

d)

3

11.

Lengkapkan aliran proses reka bentuk interaksi berikut:


  1. Kenal pasti Keperluan Interaksi.
  2. _________________________________
  3. _________________________________
  4. Membuat Penilaian Reka Bentuk
a)

3. Bina Prototaip Interaksi

4. Bangun Reka Bentuk Alternatif

b)

3. Bangun Reka Bentuk Alternatif

4. Bina Prototaip Interaksi

c)

3. Bina Prototaip Interaksi

4. Uji prototaip dan baiki ralat

12.

Reka bentuk alternatif ialah __________ beberapa idea reka bentuk yang berbeza.

a)

cadangan

b)

hasil

c)

prototaip

d)

lampiran

13.

Pereka bentuk perlu mengetahui _________ yang akan menggunakan produk yang akan dihasilkan dan _________ menggunakan produk tersebut.

a)

pengguna sasaran, tujuan

b)

pengguna, tujuan

c)

pelajar, matlamat

d)

pengguna, matlamat

14.

_______ merujuk gambaran awal kepada sesuatu produk yang akan dibangunkan yang mana akan melalui proses penilaian dan penambahbaikan secara berulang kali sehingga memperoleh hasil yang boleh diterima oleh pengguna yang disasarkan.

a)

Prototaip

b)

Instrumen

c)

Lakaran

d)

Rekaan

15.

Penilaian _________ ialah penilaian yang dilakukan untuk mengukur keberkesanan sesuatu produk secara statistik.

a)

kuantitatif

b)

kualitatif

c)

kualitas

d)

kuadratik

16.

Pilih kaedah penilaian produk yang boleh dijalankan di sekolah.

a)

Pemerhatian

b)

Temu ramah

c)

Soal selidik

d)

Soal siasat

17.

Berikut adalah contoh produk interaktif yang telah dibangunkan, kecuali _____.

a)

Ipad

b)

Mesin ATM

c)

Mesin Pembelian Tiket Tren

d)

Telefon awam