wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut , yang manakah ciri negara Bangsa Alam Melayu?

a)

Rakyat

b)

Ekonomi

c)

Kemakmuran

d)

Pelbagai kaum

2.

Apakah kerajaan yang mengamalkan undang-undang Kutara Manawa dalam proses pembentukan negara bangsa bagi kerajaannya

a)

Funan

b)

Champa

c)

Srivijaya

d)

Majapahit

3.

Ciri-ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh kerajaan Alam Melayu. Kerajaan yang manakah mewarisi ciri-ciri negara bangsa daripada kerajaan Srivijaya?

a)

Funan

b)

Champa

c)

Kesultanan Johor Riau

d)

Kesultanan Melayu Melaka

4.

Antara berikut, yang manakah wilayah pengaruh kerajaan Funan?

a)

Riau

b)

Palembang

c)

Temasek

d)

Segenting Kra

5.

Antara berikut, yang manakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem pentadbiran giliran

b)

Sistem Pembesar 4 Lipatan

c)

Sistem pentadbiran jemaah menteri

d)

Sistem Pembesar 16 Lipatan

6.

Dalam Undang-undang Laut Melaka, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada di dalam senarai persinggahan. Mengapakah nakhoda perlu berbuat demikian?

a)

Menyelesaikan masalah

b)

Mendapatkan persetujuan

c)

Mewujudkan keharmonian

d)

Mematuhi arahan dan perintah

7.

Apakah peranan Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menasihati sultan

b)

Menjaga keamanan

c)

Mengutip cukai di pelabuhan

d)

Menguruskan perbendaharaan

8.

Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan memperkenalkan sistem birokrasi?

a)

Menyaingi kuasa besar

b)

Mengukuhkan kuasa rakyat

c)

Mengekalkan kedaulatan negara

d)

Memantapkan kedudukan parlimen

9.

Slogan “Tiada cukai tanpa perwakilan” dilaungkan oleh penduduk Amerika. Mengapakah slogan tersebut dilaungkan?

a)

British menyekat penguasaan Amerika

b)

British tidak melindungi hak penduduk

c)

British monopoli ekonomi Amerika

d)

British mencampuri pentadbiran

10.

Apakah kesan daripada penubuhan Jelutong Press?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengebangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan nasionalisme

11.

Senarai dibawah merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua

*Cerita Awang Putat

*Rumah Besar Tiang Sebatang

*Di Sini Kita Bukannnya Orang Dagang

Apakah tema cerpen tersebut?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan golongan radikal

12.

Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas dalam membina nasionalisme di Jepun. Apakah kesan nasionalisme kepada Jepun?

a)

Perisytiharaan kemerdekaan Jepun

b)

Jepun kuasa Imperialisme Asia

c)

Pemerintahan republik di Jepun

d)

Kebangkitan penentangan Jepun

13.

Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel Anak Mat Lela Gila yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu?

a)

Mencintai tanah air

b)

Perpaduan antara kaum

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Memelihara warisan tradisi

14.

Apakah tujuan penubuhan Liga Filipina oleh Jose Rizal dalam perkembangan nasionalisme di Filipina?

a)

Tuntut kemerdekaan Filipina

b)

Singkir pemerintahan Sepanyol

c)

Tuntut Filipina sebahagian Sepanyol

d)

Desak perubahan di Filipina

15.

Maklumat berikut merujuk gerakan kesedaran semasa imperialisme Barat

* Memperbaik kehidupan masyarakat

* Menyeru umat Islam berpegang pada al-

Quran dan Hadis


Apakah gerakan yang dapat dikaitkan dengan maklumat diatas?

a)

Gerakan Islah

b)

Gerakan Propaganda

c)

Gerakan Pan-Islamisme

d)

Gerakan Revolusi China

16.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

a)

Tan Jiak Kim

b)

San Min Chu-i

c)

Dr. Sun Yat Sen

d)

Tan Cheng Lock

17.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat. Pernyataan ini berkaitan dengan:

I Hukum Kanun Melaka

II Undang-undang Laut Melaka

III Undang-undang Adat Melaka

IV Undang-undang Pelabuhan Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Senarai dibawah berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan

Bendahara

Penghulu Bendahari , Temenggung, Laksamana

Apakah peranan Temenggung dalam sistem pentadbiran tersebut?Rajah dibawah berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Ketua Pentadbir

b)

Menjaga Keamanan di laut

c)

Menjaga Keamanan di darat

d)

Menguruskan perbendaharaan

19.

Petikan berikut merupakan perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba


Titah Sang Sapurba, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan Perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan ke bawah kaki ke atas.”

Maka sembah Demang Lebar Daun, “ Jikalau raja Melayu itu mengubahkan Perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya. “

Mengapakah perjanjian tersebut dibuat?

a)

Mengukuhkan kerajaan

b)

Menjamin kesejahteraan

c)

Meluaskan pengaruh kekuasaan

d)

Meningkatkan pendapatan negara

20.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pad abad ke-17 dan abad ke-18


Tahun 1688 - Revolusi Keagungan di England

Tahun 1789 - Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kuasa raja mutlak berakhir