Font size
WorksheetsBM Latihan 1 PKP
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
“Tunas ini diambil _________bahagian batangnya,” kata pegawai pertanian itu.
di
dari
pada
daripada
_________ Majlis Hari Kecemerlangan Murid telah melakukan beberapa kesilapan ketika menyebut nama-nama pemenang.
juruacara
juruulas
juruhebah
jurubahasa
Cikgu Zawiyah _______bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan ke Cameron Highlands setakat empat puluh orang sahaja.
mengira
mengehadkan
menghadkan
menganggar
Semenjak demam, bayi itu asyik _______dan tidak mahu berenggang dengan ibunya.
meratap
merungut
meracau
merengek
Jadual kegiatan yang ketat dan ______ telah menyebabkan pekerja kilang itu terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan mereka.
padat
santak
suntuk
sendat
Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam itu gaung itu menemui ________kerana jurang sangat dalam.
jalan mati
jalan buntu
jalan belakang
jalan pintas
Orang ramai yang tinggal di sekitar Bandar Segamat_______ke pejabat kami untuk mendapatkan borang membeli rumah murah.
berarak-arak
berpusu-pusu
berasak-asak
bertalu-talu
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di
kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia
pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran
Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
mengajar
mengajari
mengajarkan
menunjuk ajar
Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya.
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu
biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Tiada sesiapapun yang __________ rumah pusaka itu sejak datuknya meninggal dunia.
merapati
mendekati
mendiami
menghampiri
Kamal _________ di sebalik rimbunan buluh untuk mengintip kegiatan penyeludupan
beras itu.
tersengguk-sengguk
terhendap-hendap
terkocoh-kocoh
tergaruk-garuk
Murid-murid Tingkatan Tiga Cerdas menggunakan ___________ untuk menyelesaikan
soalan Matematik ketika peperiksaan dijalankan.
jejari
sesiku
kekunci
dedekak
Kami mengharungi Sungai Jelai yang _______ pada musim kemarau untuk pergi ke
perkampungan orang asli.
deras
dalam
lembap
cangkat
Pertandingan memancing ikan yang sepatutnya diadakan pada hujung minggu ini ___________ kerana pihak penganjur gagal mencari penaja.
dihapuskan
dibatalkan
dihentikan
dilewatkan
Farid bermati-matian menyatakan bahawa dia tidak ____________ langsung untuk menyakitkan hati ayah dan ibunya.
terasa
terkata
teringat
tergamak
Peserta ekspedisi itu bertungkus-lumus membina rakit ________ hari sudah senja.
kerana
lantaran
walaupun
sementara
