NEW
Font size
WorksheetsRukun Iman, Islam dan Ihsan
Total questions: 23
Worksheet time: 15mins
Apakah pengertian Iman?
Pengakuan dengan lidah, membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.
"engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu" (al-Hadis)
Menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Peraturan bersifat integral, dasar akhlak, pedoman hidup, petunjuk dan ubat mujarab untuk membahagiakan masyarakat
Manakah antara berikut BUKAN terkandung dalam Rukun Iman?
Percaya kepada Allah
Percaya kepada ketentuan baik dan buruk
Percaya kepada benda-benda ghaib
Percaya kepada kitab
Percaya kepada Rasul
Apakah maksud Islam dari segi bahasa?
Mentauhidkan allah
Tunduk dan berserah
Aman tenteram
Berbuat kebaikan
Apakah contoh konsep Ihsan?
Menolong orang dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan
Bersolat di masjid untuk menarik perhatian
Memukul kucing yang mencuri makanan
Mencuri jika hidup dalam kesusahan
Senaraikan sifat wajib bagi rasul.
Ikhlas, Taat, Penyayang dan Bijaksana
Benar, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana
Jujur, Amanah, Menyampaikan dan Taat
Lelaki, Islam, Taat perintah Allah dan Amanah
Pilih kenyataan yang benar berkaitan penurunan kitab?
Muhammad S.A.W - Zabur
Isa A.S - Taurat
Daud A.S - Zabur
Adam A.S - Al-Quran
Malaikat apakah yang mencabut nyawa?
Israfil
Ridhwan
Izrail
Munkar
Jibril
Manakah antara berikut BUKAN rasul yang wajib diketahui?
Isa
Musa
Muhammad
Mikail
Manakah antara berikut BUKAN sifat Muhsinin?
Rajin mendirikan solat sunat malam
Jihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta
Memaafkan kesalahan rakan
Ikhlas menolong guru untuk mendapat balasan
Apakah maksud iman dari segi bahasa?
Tingkatkan amalan fardhu
Aman tenteram
Melakukan amar makruf dan nahi mungkar
Kasih sayang
Berikut perkara membatalkan iman kecuali :
Iktikad
Perkataan
Perbuatan
Ihsan
Sujud menyembah berhala terbatal iman melalui :
Perkataan
Perbuatan
Iktikad
Pegangan
Mengapakah syahadah menjadi rukun Islam yang pertama berbanding rukun Islam yang lain?
Syarat penerimaan amalan.
Tanda pengenalan sebagai Islam.
Syahadah merangkumi dua ikrar ketaatan yang utama.
Rukun Islam pertama yang wajib diketahui
Apakah pengertian Rasul dari segi istilah?
Lelaki yang diberi wahyu untuk amalan sendiri
Hamba yang taat sepenuhnya kepada perintah Allah
Lelaki yang dikurniakan mukjizat sebagai tanda kenabian
Lelaki yang diberi wahyu untuk diamalkan dan disampaikan kepada orang lain.
Apakah pengertian ihsan dari sudut istilah?
Mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah dan mengelokkan perbuatan batin dengan ikhlas
Mengelokkan perbuatan zahir dengan amalan dan taqwa.
menyempurnakan dan mengelokkan perbuatan batin dengan taqwa
Berbuat kebaikan kepada orang lain atau mengerjakan sesuatu perbuatan dengan baik dan tekun.
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan beriman kepada hari kiamat?
Mentaati semua ajaran Islam.
Melakukan ibadah di masjid semata-mata.
Menyerahkan segalanya pada takdir sahaja.
Memperbanyakkan amal soleh.
Para Rasul bersifat maksum. Manakah antara berikut benar tentang maksum?
Menerima wahyu
Terpelihara daripada dosa
Bersifat seperti manusia biasa
Mempunyai keistimewaan yang luar biasa
Pengertian Islam daris egi syarak ialah mentauhidkan Allah SWT. Pilih pernyataan yang sama dengan maksud "mentauhidkan".
Meyakini
MengEsakan
Mendaulatkan
Mengagungkan
Ø Suatu ketentuan dan ketetapan Allah SWT yang menjadi dasar alam ini.
Ø Terdapat undang-undang atau hubungan antara sebab dan akibat.
Pernyataan di atas berkaitan dengan
qadar.
qadha’.
sunnatullah.
hukum karma
Apakah amalan yang memerlukan kita mengabdikan seluruh tubuh badan untuk menyembah Allah SWT meliputi lidah, tangan, mata, telinga dan fikiran?
Mengerjakan ibadah haji
Solat wajib sehari semalam
Berpuasa di bulan Ramadhan
Mengeluarkan zakat setelah cukup haul
Apakah nilai bagi perbuatan seseorang hamba yang memusatkan penyembahan hanya kepada Allah SWT semata-mata dalam setiap urusan kerjanya?
Mendapat pujian dan sanjungan dalam masyarakat
Dapat menyempurnakan urusan dengan mudah dan cepat
Hanya sesetengah perbuatan khusus sahaja dianggap ibadah
Mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT dan dianggap sebagai ibadah.
