wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ekonomi 2

Total questions: 10

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Situasi manakah yang berkaitan dengan sumber ekonomi?

a)

Keindahan pantai pulau tioman menjadi tumpuan pelancong

b)

Puan Siti membeli bahan mentah untuk perniagaan nasi lemaknya

c)

Encik Rosman melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan

d)

Penggunaan teknologi moden meningkatkan kecekapan pengeluaran

2.

Pernyataan manakah yang betul berkaitan konsep kekurangan?

a)

Cuaca panas menyebabkan bekalan ikan dan sayur-sayuran terjejas

b)

Petani beralih ke tanaman jagung yang harganya lebih tinggi di pasaran

c)

Kerajaan bercadang untuk membina sebuah hospital di Nilai, Negeri Sembilan

d)

Tiada bonus bagi pekerja syarikat yang tidak mencapai petunjuk prestasi utama

3.

"Kerajaan mengawal kebebasan individu dalam membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan. "


Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara tersebut?

a)

Perancangan Pusat

b)

Pasaran Bebas

c)

Campuran

d)

Kapitalis

4.

Kerajaan memberi Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) bersasar kepada golongan B40.


Apakah kesan pelaksanaan dasar kerajaan di atas?

a)

Taraf hidup menurun

b)

Kos sara hidup meningkat

c)

Perbelanjaan mengurus menurun

d)

Permintaan barang dan perkhidmatan meningkat

5.

Apakah kesan inflasi terhadap masyarakat?

a)

Tabungan bertambah

b)

Kuasa beli meningkat

c)

Pendapatan benar menurun

d)

Kadar pengangguran berkurang

6.

Pernyataan manakah yang betul tentang bentuk cukai yang dikenakan?

a)

Kadar cukai pendapatan individu berkadar malar

b)

Cukai yang dikenakan kepada syarikat berbentuk progresif

c)

Levi yang dikenakan kepada majikan adalah bersifat regresif

d)

Kesan pengenaan GST adalah rendah bagi individu berpendapatan tinggi

7.

Yang manakah antara berikut merupakan sektor kedua?

a)

Perlombongan

b)

Pertanian

c)

Pembinaan

d)

Pembalakan

8.

Yang manakah antara berikut merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan?

a)

Bayaran balik pinjaman KWSP

b)

Pembinaan Infrastruktur ICT

c)

Perbelanjaan pembaikan harta kerajaan

d)

Gaji ahli bomba dan penyelamat

9.

Alat dasar fiskal terdiri daripada....

a)

nisbah rizab tunai

b)

surat jaminan kerajaan

c)

perbelanjaan pengguna

d)

cukai pendapatan individu

10.

Situasi manakah yang menerangkan fungsi bank perdagangan dalam menerima dan membuat bayaran?

a)

Puan Sanggetha mewasiatkan asetnya kepada keluarga

b)

Encik Fauzi membuat pinjaman untuk membeli rumah teres

c)

Cik Zainah mendepositkan cek yang diterima di Bank Islam

d)

Cik Nicole menyimpan wang sebanyak RM1 000 untuk tempoh setahun