wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SAINS PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah orang yang pertama mendarat di Bulan?

a)

Neil Armstrong

b)

Yuri Gagarin

c)

Michael Collins

d)

Isaac Newton

2.

Apakah warna bintang yang paling sejuk?

a)

Biru

b)

Putih

c)

Kuning

d)

Merah

3.

Antara yang berikut yang manakah dikenali sebagai planet kecil?

a)

Asteroid

b)

Meteor

c)

Komet

d)

Meteoroid

4.

Antara pernyataan yang berikut, manakah boleh meningkatkan kualiti udara?

a)

Membakar sampah yang tidak boleh di sekitar semula atau diguna semula.

b)

Menggunakan kenderaan bermotor untuk sampai ke destinasi yang jaraknya pendek.

c)

Merokok di kawasan terdedah.

d)

Menggunakan minyak tanpa plumbum dalam kereta.

5.

Apakah nama lain bagi planet Marikh?

a)

Planet Sejuk

b)

Bintang bersinar

c)

Planet merah

d)

Planet besar

6.

Apakah fungsi bagi transformer?

a)

Meningkatkan atau mengurangkan voltan arus ulang alik.

b)

Meningkatkan atau mengurangkan arus bagi arus ulang alik.

c)

Meningkatkan atau mengurangkan rintangan bagi arus ulang alik.

d)

Mengekalkan voltan output arus ulang alik pada tahap yang tinggi.

7.

Bagaimanakah bunyi dihasilkan?

a)

Melalui cahaya

b)

Melalui getaran

c)

Melalui geseran antara objek

d)

Melalui resapan zarah-zarah udara

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan jenis pembiakan yang dilakukan oleh katak dan ikan?

a)

Belahan dedua

b)

Persenyawaan luar

c)

Persenyawaan dalam

d)

Penjanaan semula

9.

Sistem yang manakah terlibat dalam mengawal atur suhu badan?

a)

Sistem otot

b)

Sistem limfa

c)

Sistem endokrin

d)

Sistem rangka

10.

Antara fenomena berikut, yang manakah disebabkan oleh penyebaran cahaya?

a)

Kebiruan langit pada waktu tengah hari

b)

Pembentukan pelangi

c)

Dasar kolam kelihatan lebih cetek

d)

Kemerahan matahari terbenam

11.

Zarah-zarah bahan P sangat berjauhan antara satu sama lain.

Apakah bahan P?

a)

Ais

b)

Merkuri

c)

Karbon dioksida

d)

Minyak

12.

Rajah ini menunjukkan kitar karbon. Apakah yang akan berlaku pada kuantiti gas K dan gas L sekiranya semua tumbuhan hijau musnah?

a)

Gas K meningkat manakala Gas L berkurang

b)

Gas K meningkat manakala Gas L meningkat

c)

Gas K berkurang manakala Gas L meningkat

d)

Gas K berkurang manakala Gas L berkurang

13.

Penyakit berjangkit merebak kepada manusia melalui air, udara, sentuhan dan vektor. Antara penyakit berjangkit berikut, yang manakah boleh dipindahkan melalui sentuhan?

a)

Kurap

b)

Panau

c)

Leptospirosis

d)

Kolera

14.

Satu objek seberat 500 g digantung pada neraca spring. Apakah bacaan pada neraca spring?

a)

0.5 N

b)

5.0 N

c)

50 N

d)

500 N

15.

Apakah yang mempengaruhi tekanan udara?

a)

Suhu dan isipadu

b)

Isipadu dan kedalaman

c)

Suhu dan kedalaman

d)

Altitud dan kedalaman

16.

Daya geseran ialah daya yang menentang gerakan suatu objek. Antara berikut, yang manakah merupakan keburukan daya geseran?

a)

Memegang pensel

b)

Boleh menyalakan mancis

c)

Menghasilkan bunyi pada mesin

d)

Menyebabkan tapak kasut menjadi haus

17.

Apakah kegunaan asid nitrik?

a)

Menggumpalkan lateks

b)

Mencegah penggumpalan

c)

Untuk membuat baja

d)

Untuk membuat bahan letupan

18.

Kecacatan mata ini disebabkan oleh kanta mata terlalu tebal atau bebola mata terlalu panjang. Bagaimanakah cara membetulkan kecacatan ini?

a)

Menggunakan kanta silinder

b)

Menggunakan kanta cekung

c)

Menggunakan kanta cembung

d)

Menggunakan kanta pembesar

19.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai air?

a)

Air merupakan sesuatu sebatian

b)

Elektrolisis boleh menentukan komposisi unsur di dalam molekul air.

c)

Air wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.

d)

Satu molekul air terdiri daripada gabungan dua oksigen dan satu hidrogen

20.

Semasa menarik nafas, yang manakah akan berlaku?

a)

Sangkar rusuk bergerak ke atas manakala diafragma mengecut

b)

Sangkar rusuk bergerak ke atas manakala diafragma mengendur

c)

Sangkar rusuk bergerak ke bawah manakala diafragma melengkung ke atas

d)

Sangkar rusuk bergerak ke dalam manakala diafragma menjadi rata