WorksheetsUnit 5 Maqasid Syariah
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Maqasid Syariah dibahagikan kepada tiga kepentingan iaitu :
A. al-dharuriyyat, al-haqqiyat dan al-hasaniyyat
B. al-dharuriyyat, al-hajiyyat dan al-tahsiniyyat
C. al-Zinniyat, al-hajiyyat dan al-wasatiyyat
Apakah maksud al-hajiyyat?
A. Akhlak yang mulia yang bersifat pelengkap.
B. kemudahan yang membantu ke arah pencapaian tahap kehidupan yang lebih baik.
C. Kepentingan yang diperlukan oleh manusia untuk mendapatkan kelapangan dan mengelakkan kesempitan
Apakah yang akan berlaku sekiranya aspek penjagaan akal diabaikan dalam diri setiap manusia?
A. Kemusnahan sistem keturunan.
B. Kehidupan manusia akan sentiasa selamat.
C. Hilangnya keistimewaan manusia berbanding makhluk lain.
Berikut adalah prinsip-prinsip dharuriyyatul khams kecuali:
A. Menjaga harta dan pangkat.
B. Menjaga agama dan akal.
C. Menjaga nyawa dan keturunan.
Apakah balasan bagi orang yang mati disebabkan mempertahankan agamanya?
A. mati katak
B. mati syahid
C. tiada keturunan
Bagaimanakah cara anda menjaga keturunan anda?
A. Menjaga batas-batas pergaulan dengan yang bukan mahram.
B. Menjaga persahabatan dan silaturrahim.
C. Berdua-duaan bersama pasangan yang bukan mahram.
Maksud Maqasid Syariah dari sudut istilah ialah:
A. Bidang kuasa Mahkamah Syariah
B. merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW
C. ketaatan dan kepatuhan kepada undang-undang
Manakah contoh yang tepat mengenai perkara ad-Dharuriyyat dalam Maqasid Syariah?
rumah memerlukan bilik tidur
rumah dikelilingi pagar dan jalan.
rumah sebagai tempat perlindungan.
rumah dihiasi dengan kelengkapan perabot.
Perkara yang boleh dilakukan bagi menjaga akal ialah:
menutup aurat.
mencari rezeki.
menuntut ilmu pengetahuan
mengelakkan minuman yang memabukkan
Merupakan keperluan hidup manusia yang perlu dipenuhi dan tanpanya berlakulah kepincangan hidup dan manusia akan disiksa di akhirat.
Pengertian di atas merujuk kepada:
al-Hajiyyat
at-Tahsiniyyat
ad- Dharuriyyat
Maqasid Syariah
Penagihan dadah merupakan salah satu gejala tidak sihat yang perlu diberi perhatian. Gejala ini boleh memberi kesan negatif kepada:
akal.
harta.
agama.
keturunan.
