wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERAKAUNAN

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan berikut menerangkan suatu bidang sub perakaunan.


Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan

yang digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk membuat keputusan


Berpandukan pernyataan di atas, apakah sub bidang perakaunan yang dimaksudkan?

a)

Perakaunan Pengurusan

b)

Perakaunan Kewangan

c)

Pengauditan

d)

Percukaian

2.

Sebuah lori yang dibeli dengan harga RM65 000 pada tahun 2013 masih lagi direkodkan sebagai RM65 000 dalam penyata kewangan pada 31 Disember 2018 walaupun harga pasaran lori tersebut telah susut kepada RM30 000.


Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi?

a)

Ketekalan.

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

3.

Keuntungan diagihkan kepada para anggota dalam bentuk dividen.


Apakah entiti perniagaan yang bersesuaian dengan pernyataan di atas?

a)

Milikan tunggal

b)

Syarikat Berhad

c)

Perkongsian

d)

Koperasi

4.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan liabiliti bukan semasa sebuah perniagaan?

a)

Pinjaman

b)

Overdraf bank

c)

Faedah atas overdraf

d)

Gaji pekerja belum bayar

5.

Perniagaan Perabot Jata menjual perabot bernilai RM2000 dengan harga RM2450 secara kredit kepada pelanggan. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?

a)

Inventori berkurang, ABT bertambah, Modal bertambah

b)

Inventori berkurang, ABT bertambah, Modal berkurang

c)

Inventori bertambah, ABT berkurang, Modal berkurang

d)

Inventori bertambah, ABT bertambah, Modal berkurang

6.

Apakah catatan kontra yang mengurangkan nilai Akaun Modal?

a)

Akaun ambilan

b)

Akaun Pulangan keluar

c)

Akaun peruntukan hutang ragu

d)

Akaun susut nilai terkumpul aset

7.

Urusniaga manakah yang tidak dicatatkan dalam Jurnal Am?

a)

Membeli van secara kredit

b)

Memasukkan van keluarga ke dalam perniagaan

c)

Mengeluarkan wang tunai untuk kegunaan pejabat

d)

Memindahkan akaun hasil dan belanja ke akaun penamat

8.

Apakah maklumat yang dicatatkan pada lajur butir dalam Jurnal Jualan?

a)

Nama pemilik

b)

Nama barang niaga

c)

Nama Akaun Belum Bayar

d)

Nama Akaun Belum Terima

9.

Apakah kegunaan Buku Tunai Runcit?

a)

Merekod belanja kecil

b)

Mengawal wang keluar dan masuk

c)

Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup

d)

Mencatat sebahagian penerimaan dan pembayaran tunai

10.

Akaun manakah yang mempunyai baki debit?

a)

Akaun Modal

b)

Akaun Inventori

c)

Akaun Komisen Diterima

d)

Akaun Faedah atas Simpanan Tetap

11.

Menerima pinjaman bank sebanyak RM 35 000


Catatan manakah yang digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?

a)

debit Akaun Pinjaman bank, kredit Akaun Bank

b)

debit Akaun Bank, kredit Akaun Modal

c)

debit Akaun Modal, kredit Akaun Pinjaman Bank

d)

debit Akaun Bank, kredit Akaun Pinjaman Bank

12.

Butiran manakah yang terdapat dalam akaun kawalan belum bayar.

a)

Jualan

b)

Hutang lapuk

c)

Diskaun diterima

d)

Pulangan masuk

13.

Antara yang berikut, yang manakah yang direkodkan di sebelah debit Akaun Untung Rugi?


Pilih dua yang terbaik.

a)

Gaji

b)

Sewa diterima

c)

Kadar bayaran

d)

Faedah atas simpanan tetap

14.

Maklumat yang berikut diambil daripada buku seorang peniaga pada 31 Disember


Komisen belum terperoleh pada 1 Januari = 420

Komisen belum terperoleh pada 31 disember = 660

komisen yang diterima sepanjang tahun = 3280


Hitung komisen yang diterima yang akan dipindahkan ke akaun untung rugi.

a)

4360

b)

3040

c)

2200

d)

3280

15.

Hutang lapuk terpulih ialah


*pilih dua jawapan yang terbaik

a)

hutang lapuk yang dihapus kira

b)

hutang lapuk yang dapat dikutip semula

c)

belanja bagi perniagaan

d)

hasil bagi perniagaan

16.

Pada 1 Januari 2014, Najwa membeli sebuah lori untuk dijadikan ‘Food Truck’ berharga RM55000. Kegunaan kenderaan ini dijangka selama 5 tahun dengan nilai skrap sebanyak RM5000. Berapakah jumlah susut nilai pada tahun 2019 jika tempoh perakaunan 31 Disember setiap tahun?

a)

10000

b)

11000

c)

12000

d)

13000

17.

Antara berikut, yang manakah bukan kesilapan tidak ketara?

a)

Kesilapan prinsip

b)

Kesilapan komisen

c)

Kesilapan songsang

d)

Kesilapan pada lejar

18.

Jualan kredit sebanyak RM650 telah direkodkan sebagai RM560 dalam kedua-dua akaun. Apakah kesan kesilapan tersebut terhadap untung bersih?

a)

tiada kesan

b)

untung bersih berkurang 90

c)

untung bersih bertambah 90

d)

untung bersih berkurang 180

19.

Situasi rekod tak lengkap dalam sesebuah perniagaan akan berlaku jika perniagaan tersebut berada dalam keadaan?

a)

Tiada kawalan tunai dilakukan dalam perniagaan

b)

Imbangan duga yang disediakan tidak seimbang

c)

Perbelanjaan dalam sesebuah perniagaan tidak dirancang dengan betul

d)

Rekod-rekod akaun telah hilang atau musnah

20.

Apakah tujuan Penyata Penyesuaian Bank disediakan?

a)

Merekodkan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank

b)

Menyelaraskan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank

c)

Mengawal penerimaan dan pembayaran wang dengan cek

d)

Menentukan keupayaan bank mengawal aliran keluar masuk wang