NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsUji Minda
Total questions: 21
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
Pak Salleh ___________ buah rambutan yang masak itu dengan sebatang galah.
a)
merentap
b)
memukul
c)
menolak
d)
menjolok
2.
Shahrizal sedang menaikkan bendera Jalur Gemilang di hadapan pejabat sekolah hingga _____________ tiang.
a)
penjuru
b)
hulu
c)
atas
d)
puncak
3.
Encik Daud bersetuju ______ harga buah epal dan cempedak yang ditawarkan oleh Pak Mail.
a)
dengan
b)
untuk
c)
kepada
d)
daripada
4.
Pihak polis marin telah ________ kawalan di perairan Selat Melaka.
a)
keketatan
b)
pengetat
c)
memperketat
d)
ketat
5.
Ah Seng mengumpul baki duit belanja sekolahnya setiap hari kerana dia tahu bahawa______________________________.
a)
sediakan payung sebelum
hujan
b)
ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi
c)
sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit
d)
bapa borek anak rintik
6.
Pelajar itu sedang ________ ayahnya menggunakan telefon awam.
a)
mendekati
b)
menghubungi
c)
memberitahu
d)
memaklumi
7.
Ah Seng mengumpul baki duit belanja sekolahnya setiap hari kerana dia tahu bahawa______________________________.
a)
sediakan payung sebelum
hujan
b)
ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi
c)
sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit
d)
bapa borek anak rintik
8.
Azmi ________ daripada tidur apabila terdengar kokokan ayam jantannya
a)
menjaga
b)
dijaga
c)
berjaga
d)
terjaga
9.
Apabila kakak senyum ________ barisan giginya yang putih dan bersih itu.
a)
serlah
b)
pameran
c)
terserlah
d)
mempamerkan
10.
Kanak-kanak itu terjatuh dari basikal, ________ mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
a)
hamba
b)
saya
c)
dia
d)
beliau
11.
Doktor sedang memeriksa ________ telinga adik yang berdarah.
a)
jejari
b)
gegendang
c)
lelangit
d)
sesiku
12.
Sze Pei segera ke dapur apabila terbau masakan yang sudah ________.
a)
hangit
b)
hapak
c)
tengik
d)
busuk
13.
Pokok labu yang ditanam datuk ________ ke luar pagar kebunnya.
a)
merangkak
b)
menyusur
c)
menjalar
d)
menjulur
14.
Puan Nancy ________ kari kepala ikan sementara menanti kepulangan suaminya.
a)
menumis
b)
memasak
c)
menanak
d)
merebus
15.
Encik Ranjit memandu keretanya dengan perlahan semasa menaiki bukit yang _______.
a)
curam
b)
tegak
c)
cerun
d)
senget
16.
Si Comel, kucing kesayangan Lina sedang ________ anaknya yang baru lahir.
a)
menggonggong
b)
membawa
c)
menggigit
d)
menghidu
17.
“ ________ tidak dibenarkan mengambil gambar di sini,” kata pegawai keselamatan itu kepada beberapa orang pengunjung.
a)
Kalian
b)
Saya
c)
Kita
d)
Mereka
18.
________ pegawai polis sedang menjalankan siasatan di sebuah bank yang telah dirompak.
a)
segerombolan
b)
Sepasukan
c)
seangkatan
d)
Sekawan
19.
Peserta-peserta Pertandingan Kayak itu terpaksa _________ arus sungai yang deras.
a)
melalui
b)
melayari
c)
mengalami
d)
mengharungi
20.
Mak Cik Ani sedang ________ air di dapur.
a)
menjerang
b)
memasak
c)
menanak
d)
menjinjing
21.
Kakak saya ________ apabila melihat cacing di dalam bekas itu.
a)
terhuyung-hayang
b)
sedu-sedan
c)
geli-geleman
d)
lintang-pukang
Reset
