NEW
Font size
WorksheetsLatihan Ulang Kaji
Total questions: 20
Worksheet time: 3600secs
Yang manakah kata terbitan?
I: Berkirim-kiriman
II: Menganaktirikan
III: Ternganga-nganga
IV: Bertanggungjawab
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah perkataan yang kata dasarnya terdiri daripada frasa sendi nama?
Pengetua
Keprihatinan
Berkemungkinan
Mengetengahkan
Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi sisipan?
Gelagat, belajar
Seruling, lelabi
Kemuning, lelangit
Gemilang, telunjuk
Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif berawalan teR- ?
Bapa terbeli mempelam muda
Abang terpaut gadis kampung itu
Adik tersepak batu semasa ke padang
Lelaki itu kerap termenung akhir-akhir ini
Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif berpelengkap?
I: Ahli kumpulan itu bertemu di dewan sekolah
II: Bas pelancong itu menuju ke selatan tanah air
III: Banyak kanak-kanak terkorban dalam peperangan
IV: Pendatang tanpa izin telah lama bermastautin di situ
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif gabungan dua deria?
Rumah tangga pasangan itu amat tenteram
Ibu menguli adunan itu hingga lembut
Papan itu masih kasar kerana belum diketam
Gulai itu kurang lemak kerana kurang santan
Yang manakah ayat yang mengandungi kata penegas?
I: Baju yang dipakainya kurang sesuai
II: Harga emas di pasaran semakin mahal
III: Adik saya memang suka akan gula-gula
IV: Hanya dia tempat gadis itu bergantung harap
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah ayat yang mengandungi kata bantu aspek dan kata bantu ragam?
Kanak-kanak itu masih enggan memakai baju
Abang saya mesti patut berada di pejabatnya
Bas pelancong itu baru mula bergerak ke Melaka
Budak lelaki itu mungkin hendak pergi ke sekolah
Yang manakah ayat yang mempunyai frasa adjektif yang berfungsi sebagai subjek?
Rajin sungguh lelaki itu berkerja
Boros boleh menyebabkan kesusahan
Warna merah muda baju perempuan itu
Hiruk-pikuk suasana di dalam dewan itu
Yang manakah ayat yang mengandungi kata berapian ke-...an sebagai kata adjektif?
I: Tingkah laku gadis itu penuh dengan budaya ketimuran
II: Penduduk kampung menghargai keikhlasan jutawan itu
III: Perasaan keibuan biasanya terdapat pada anak perempuan
IV: Kami kepanasan kerana duduk berdekatan dengan unggun api
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
" Sedangkan bah kapal tak hanyut inikan pula kemarau panjang "
Apakah bentuk ayat di atas?
Ayat tunggal
Ayat gabungan
Ayat campuran
Ayat keterangan
Yang manakah ayat yang mengandungi frasa eksosentrik?
Surat itu dihantar melalui pengetua
Dia mengemukakan soalan yang susah itu
Bulu kucing peliharaan adik sungguh putih
Tembakan polis itu mengenai dada perompak
Yang manakah ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya?
Siapakah lelaki yang berdiri di situ?
Sejak bilakah dia pulang dari Perlis?
Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?
Adakah benar apa yang dikatakannya?
Yang berikut merupakan ayat tunggal, kecuali
Dia enggan berbincang mengenai perkara itu
Petani itu mengambil cangkul lantas ke kebun
Kejelitaan gadis itu macam kakak sulungnya
Beberapa layang-layang terbang tinggi di awan
Yang manakah ayat yang frasa adjektifnya terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif yang makna berlawanan?
I: Kampung itu sunyi sepi sejak dahulu lagi
II: Permukaan jalan itu tinggi rendah selepas banjir
III: Persembahan tarian pada majlis itu lemah gemalai
IV: Pelbagai peristiwa pahit manis berlaku semasa di sana
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah ayat songsang?
Handalnya masih tiada tandingan
Tanpanya majlis itu masih berlangsung
Hijau daun menjadi warna kegemaran saya
Berakhlak mulia merupakan tuntutan agama
Yang manakah ayat aktif?
Budak itu tertekan butang kecemasan
Banyak cita-cita saya belum terlaksana lagi
Semoga ahli rombongan itu terpelihara daripada bencana
Bangunan pencakar langit itu terbina dalam masa tiga tahun
Yang manakah ayat komplemen frasa nama subjek?
I: Untuk dia berubah masih belum terlewat
II: Bahawa ibunya anak orang kaya memang benar
III: Bahawa peserta dikenakan bayaran kami bersetuju
IV: Untuk meningkatkan kesihatan penduduk dewan itu dibina
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Yang berikut merupakan ayat terbitan, kecuali
Yang berbaju kurung itu kakak saya
Kereta merah itu buatan luar negara
Kami diminta masuk oleh pengawas peperiksaan
Polis ke tempat itu untuk mengambil bahan bukti
Yang manakah ayat yang mengandungi ayat aktif dan ayat pasif?
Budak perempuan itu disukai ramai maka dia selalu kena usik
Wanita itu sering bersedih apabila mengenangkan suaminya
Saya pinjam buku itu daripada Kamal kerana buku saya hilang
Emak mengaji Quran sementara bapa membelek-belek kitab lama
