wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN TOPIKAL JANUARI - MAC TINGKATAN 5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Keimanan seseorang biasanya berkait rapat dengan

a)

niat di hati

b)

rukun iman

c)

ilham yang diterima

d)

amalan yang dilakukan

2.

Yang berikut adalah cara meningkatkan iman kepada Allah

a)

memperbanyakkan amalan sunat

b)

memutuskan semua saluran hiburan

c)

bekerja bersungguh-sungguh

d)

menggalakkan bantu membantu sesama manusia

3.

Yang berikut adalah rukun nikah kecuali

a)

sighah

b)

mahar

c)

saksi

d)

suami

4.

Siapakah wali mujbir?

a)

Bapa kandung dan bapa saudara

b)

Bapa kandung dan adik beradik

c)

Bapa kandung dan datuk kandung

d)

Bapa saudara dan adik beradik

5.

Berikut merupakan hikmah perkahwinan kecuali

a)

memupuk kasih sayang

b)

menjalinkan silaturrahim

c)

menjadikan kehidupan mewah dan bahagia

d)

memenuhi tuntutan rohani dan jasmani bagi pasangan pengantin

6.

Melakukan upacara tepung tawar semasa walimatul urus mengandungi unsur

a)

maksiat

b)

khurafat

c)

bida'ah

d)

membazir

7.
  • Seorang wanita haram dikahwini disebabkan penyusuan


Antara syarat pengharaman hubungan tersebut ialah

a)

menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang

b)

wanita yang menyusukan itu telah berkahwin

c)

umur kanak-kanak melebihi dua tahun

d)

mempunyai hubungan kekeluargaan

8.

· Ibu mertua

· Menantu

· Ibu tiri


Golongan wanita di atas tergolong dalam kategori wanita yang haram dikahwini

a)

dalam tempoh iddah

b)

selepas tamat iddah

c)

sementara waktu

d)

selama-lamanya

9.
  • Menjadi khalifah selama 22 tahun
  • Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

a)

Abu Abbas as-Saffah

b)

Abu Jaafar al-Mansur

c)

Harun ar-Rasyid

d)

Al-Makmun

10.

Siapakah yang menubuhkan Baitul Hikmah?

a)

Abu Abbas as-Saffah

b)

Abu Jaafar al-Mansur

c)

Harun ar-Rasyid

d)

Al-Makmun

11.

Nama kitab karangan Ibnu Sina ialah

a)

al- Kulliyyah Fit Tib

b)

al- Ulfiyah Fit Tib

c)

al-Qanun Fit Tib

d)

al-Kitab Fit Tib

12.

Hukum bermusafir tanpa tujuan ialah

a)

Haram

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Sunat

13.

Berikut merupakan kepentingan menjaga adab bermusafir kecuali

a)

mengelak daripada terjerumus ke kancah maksiat

b)

dapat menjalin hubungan silaturrahim

c)

sentiasa mendapat perlindungan Allah

d)

supaya perjalanan tidak sesat

14.

Tempoh pemerintahan Kerajaan Abbasiyah bermula

a)

132H – 650H

b)

132H – 750H

c)

136 H – 650H

d)

136H - 750H

15.
  • Kumpulan ini belot daripada menyokong Saidina Ali kerana memprotes kesediaan Saidina Ali menerima keputusan Majlis Tahkim.

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada kumpulan

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

As-Salafus Soleh

d)

Ahli sunnah Wal Jamaah

16.

Manakah antara berikut bukan syarat-syarat saksi perkahwinan

a)

beragama Islam

b)

cukup umur dan berakal

c)

memahami lafaz ijab dan kabul

d)

memiliki kelulusan tinggi dan berjawatan

17.

Orang yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuan dengan syarat bakal suaminya adalah sekufu ialah

a)

wali nasab.

b)

wali hakim

c)

wali mujbir

d)

wali bukan mujbir

18.

Pengasas kerajaan Bani Abbasiyyah ialah

a)

Khalifah Harun Al-Rasyid

b)

Khalifah Abu Abbas al-Saffah.

c)

Khalifah Abu Jaafar Al-Mansor

d)

Khalifah Muawiyah Abi Sufian

19.

Antara berikut yang manakah bukan faktor-faktor penyebaran Islam pada Zaman Abbasiyah?

a)

Kedudukan Basrah sebagai pusat ilmu.

b)

Pembukaan wilayah-wilayah baru

c)

Hubungan diplomatik dengan negara luar.

d)

Usaha pedagang berdakwah menerusi perdagangan.

20.

Pilih jawapan yang tepat mengenai prinsip pegangan akidah Ahli Sunnah Waljamaah

a)

Mengharuskan perkahwinan mut’ah

b)

Berpegang teguh dengan hadis dhaif

c)

Berpegang dengan prinsip salafussoleh

d)

Menghukum walaupun tiada bukti yang sahih

21.

Apakah hukum mengadakan jamuan walimatulurus?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat

d)

Sunat muakkad

22.

Berikut adalah tiga buah masjid utama yang sunat diziarahi kecuali

a)

Masjid Al-Aqsa

b)

Masjid Al-Ansar

c)

Masjid Al-Haram

d)

Masjid An-Nabawi

23.

Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.

Pernyataan di atas merujuk pengertian

a)

merisik

b)

peminangan

c)

perkahwinan

d)

walimatul urus

24.

Pilih jawapan yang tepat mengenai pegangan kumpulan khawarij

a)

Mengharuskan perkahwinan mut’ah

b)

Berpegang teguh dengan hadis dhaif

c)

membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja

d)

beriktikad bahawa saidina Ali dan imam mereka sebagai tuhan

25.

Di antara berikut yang manakah langkah-langkah yang digariskan oleh Ahli Sunnah Waljamaah untuk memelihara akidah?

I Membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja

II Mempelajari asas akidah berdasarkan kitab yang muktabar

III Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat

IV Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

26.

-Khalifah ketiga kerajaan bani Abbasiah

- Mewujudkan jawatan Ketua Hakim

Pernyataan di atas merujuk kepada khalifah

a)

Abu Jaffar al-Mansur

b)

Al-Mutawakkil

c)

Al-Makmun

d)

Harun al-Rashid

27.

Antara berikut yang manakah karya Ibnu Khaldun?

a)

Al-Umm

b)

Al-Faraid

c)

Al-Muwata’

d)

Al-Muqaddimah

28.

Antara yang berikut yang manakah bukan adab rakyat terhadap pemimpin?

a)

Membantu pemimpin memajukan negara

b)

Mentaati pemimpin dalam semua perkara

c)

Menasihati pemimpin dengan cara yang baik

d)

Memberi sokongan padu untuk kepentingan negara

29.

Mengapakah Islam mengharuskan seseorang lelaki melihat bakal isterinya

I Supaya berpuas hati dengan pilihan yang dibuat

II Dapat membuat keputusan yang cepat

III Dapat menilai dengan calon yang lain

IV Dapat mengelak berlaku penipuan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

30.

" Ialah Perdana Menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir yang dibantu menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan "


Pernyataan di atas merujuk kepada jawatan pada zaman kerajaan Abbasiah iaitu

a)

Khalifah

b)

Gabenor

c)

Ad- dawawin

d)

Al-Wazir

31.

Pilih pernyataan yang benar mengenai Syiah Imamiyah.

I Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.

II Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti arak.

III Jawatan imam adalah dianugerahkan oleh Allah SWT.

IV Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

32.

Antara berikut yang manakah adab bermusafir

I Merosakkan alam sekitar

II Solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan

III Mengucapkan selamat tinggal kepada orang lain

IV Mengelakkan solat secara jamak dan qasar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

33.

Antara yang berikut yang manakah bukan adab bernegara?

a)

Menyediakan keperluan asas kepada rakyat

b)

Memajukan negara dalam setiap bidang

c)

Mempertahankan negara daripada musuh

d)

Mengharumkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa

34.

Jihad dituntut dalam Islam kerana dapat

a)

meningkatkan ekonomi negara

b)

menjauhi diri daripada sifat mazmumah

c)

mendidik sifat jati diri yang tinggi

d)

melahirkan masyarakat yang aman dan berkasih sayang

35.

Kesan kemanisan iman yang dicapai oleh seseorang dapat dinikmati apabila

a)

gemar ke masjid

b)

suka menolong orang lain

c)

sentiasa membaca al-Quran

d)

rasa lazat beribadah kepada Allah SWT

36.
  • Menjauhi maksiat
  • Menjamin kesucian keturunan
  • Merapatkan silaturrahim

Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah

a)

merisik

b)

pertunangan

c)

perkahwinan

d)

walimatulurus

37.

Antara berikut yang manakah hikmah diwajibkan mahar ?

I Tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga

II Persiapan sumai untuk memikul tanggungjawab

III Tanda kasihan suami kepada isteri

IV Bukti kesetiaan suami

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

38.

Antara yang berikut yang manakah bukan pengertian kemanisan iman?

a)

Mengasihi sesama manusia kerana Allah.

b)

Berasa gembira apabila melakukan ibadah

c)

Mengutamakan Allah dan Rasulnya lebih daripada harta benda

d)

Sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan RasulNya

39.

Khalifah al-Makmun telah menjadikan ____________________ sebagai pusat penterjemahan negara

a)

Baitulmal

b)

al-Kuttab

c)

Baitulhikmah

d)

Madrasah Nizamiah

40.

Semua yang berikut ialah sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan kecuali

a)

terciptanya benang khusus untuk menjahit luka pembedahan

b)

menemukan penyakit rubella dan alahan

c)

penciptaan X-ray dan Ultrasound

d)

menghasilkan ubat bius