wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAI T4 - Sembelihan, Korban dan Akikah

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marik dengan niat kerana Allah.

a)

Korban

b)

Akikah

c)

Sembelihan

2.

Tiga rukun sembelihan ialah ............

a)

Penyembelih

b)

Binatang yang halal

c)

Alat yang tajam

d)

Membaca basmalah

3.

Dua perkara sunat semasa menyembelih ialah ...........

a)

Membaca basmalah

b)

Sembelihan oleh orang lelaki

c)

Menghadap kiblat

d)

Menyembelih pada waktu malam

4.

Dua perkara makruh semasa sembelihan ialah ........

a)

menghadap ke arah kib;at

b)

menggunakan alat yang tajam

c)

menunjukkan alat sembelihan kepada binatang

d)

menyembelih pada waktu malam

5.

Hikmah sembelihan terhadap individu ialah ........

a)

memupuk rasa kasih sayang

b)

memupuk semangat bekerjasama

c)

memupuk amalan pemakanan halal

d)

memupuk sikap tolak ansur

6.

Waktu melakukan ibadat korban ialah pada ...........

a)

hari raya Aidil Adha

b)

hari-hari Tasyrik

c)

hari raya Aidil Fitri dan hari-hari Tasyrik

d)

hari raya Aidil Adha dan hari-hari Tasyrik

7.

Binatang yang boleh dijadikan korban ialah ..........

a)

ayam, itik dan kambing

b)

lembu, kambing dan kibasy

c)

itik, ayam dan kerbau

d)

kambing, lembu dan ayam

8.

Manakah antara berikut merupakan ibadat korban yang tidak sah?

a)

Korban yang dilakukan pada 10 Zulhijjah

b)

Korban yang dilakukan selepas solat sunat Aidil Adha

c)

Korban yang dilakukan pada 12, 13 dan 14 Zulhijjah

d)

Korban yang dilakukan pada 11 Zulhijjah

9.

Manakah antara berikut merupakan hikmah ibadat korban terhadap masyarakat?

a)

Meningkatkan rasa bersyukur terhadap nikmat Allah

b)

Meningkatkan rasa keimanan kepada Allah

c)

Memperingat kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s

d)

Meningkatkan rasa kasih sayang sesama umat

10.

Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai binatang al-An'am?

a)

Binatang ternakan

b)

Binatang seperti rusa dan kijang

c)

Binatang berkaki empat

d)

Binatang yang halal di makan

11.

Dua perkara sunat korban ialah ......

a)

membaringkan binatang pada rusuk kiri

b)

menggunakan parang yang panjang

c)

memilih binatang yang gemuk

d)

membaca al-Quran sebelum menyembelih

12.

Manakah yang BETUL antara berikut mengenai syarat umur binatang korban?

a)

Kambing : 2 tahun atau lebih

b)

Biri-biri : 2 tahun atau lebih

c)

Lembu : 3 tahun atau lebih

d)

Unta : 6 tahun atau lebih

13.

Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai pengagihan daging korban?

a)

1/3 untuk fakir miskin

b)

1/3 untuk orang ramai

c)

1/3 untuk tukang sembelih

d)

1/3 untuk orang yang berkorban

14.

Manakah antara berikut merupakan syarat sah binatang korban?

a)

cukup timbangan

b)

cukup umur

c)

tidak cacat

d)

halal

15.

Waktu afdal melakukan ibadat akikah ialah .........

a)

pada hari ketujuh kelahiran bayi

b)

sebelum usia baligh

c)

sebaik sahaja bayi lahir

d)

apabila anak telah dewasa

16.

Kadar binatang yang BETUL untuk ibadat akikah adalah ..........

a)

dua ekor lembu bagi bayi lelaki

b)

dua ekor lembu bagi bayi lelaki

c)

dua ekor kambing bagi bayi lelaki

d)

seekor kambing bagi bayi perempuan

17.

Dua perkara sunat akikah ialah ....

a)

daging dimasak manis

b)

disedekahkan kepada fakir miskin

c)

mematah-matahkan tulang

d)

mencukur rambut bayi

18.

Hikmah ibadat akikah terhadap individu ialah ....

a)

memupuk rasa kasih sayang

b)

mengeratkan silaturrahim

c)

saling bantu membantu semasa akikah

d)

melahirkan rasa syukur atas kelahiran bayi

19.

Encik Aslam ingin melaksanakan akikah bagi dua orang anak lelaki kembarnya. Bantu beliau memilih binatang yang sesuai untuk dijadikan akikah.

a)

2 ekor kambing

b)

2 ekor lembu

c)

4 ekor kambing

d)

4 ekor lembu

20.

En. Zaidi ingin mengadakan akikah untuk anak perempuannya yang baru lahir dengan menyembelih sepuluh ekor ayam.

a)

Sah akikah

b)

Tidak sah akikah