WorksheetsImbuhan
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Encik Ahmad melarang anaknya ________ dengan budak-budak yang nakal itu.
bergaul
bersalam
bertanya
berdebat
Datuk Usman masih boleh membaca perkataan-perkataan yang _______ kecil itu.
berbaca
berwarna
berhuruf
berbuku
Pelajar-pelajar Tingkatan Satu Melati _________ tegak apabila Cikgu Sarip masuk ke dalam kelas.
berjalan
berbaris
bersusun
berdiri
Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya ________ cermat dan tidak boros berbelanja untuk mengelakkan berlakunya inflasi.
bersikap
berjimat
berwang
berbuat
Surat yang dikirim oleh sahabat penanya dari New Zealand belum _________ lagi.
berbalas
bersoal
berbuka
bersusun
Mawar ________ dengan nasib yang menimpa penghuni asrama perempuan itu apabila asrama mereka hangus terbakar.
berangan
bersimpati
bergaduh
bermewah
Kebanyakan penduduk di kampung saya buta huruf dan tidak _________ tinggi.
berkulit
bermata
berpelajaran
berhidung
Lelaki yang bertongkat dan _________ tebal itu ialah bekas pegawai polis yang dihormati ramai.
bergigi
berjanggut
bersikat
bermisai
Azlan sering membawa isteri dan anak-anaknya _________ di tepi pantai pada hari minggu.
berlari
berjalan
bermain
bersiar-siar
Encik Halim _________ hendak menghantar beberapa orang kakitangannya berkursus di luar negara untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikatnya.
berlatih
bercadang
berdiam
berlanggar
