wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK PT3 LATIHAN PKP 01

Total questions: 50

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.
Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan dalam fasa analisis masalah?
a)
Leraian
b)
Peniskalaan
c)
Pengecaman corak
d)
Pengitlakan
2.
Murid-murid kelas 3 Delima dikehendaki menghasilkan atur cara bagi mengira purata ketinggian bagi 20 orang murid. Berdasarkan teknik pengecaman corak dalam fasa pengekodan, apakah perbezaan nilai pemboleh ubah?
a)
Nilai ketinggian
b)
Nilai purata ketinggian
c)
Nilai tambah ketinggian
d)
Nilai bahagi ketinggian
3.
Ahmad membina sebuah kolam renang berbentuk segi empat tepat. Apakah input yang diperlukan bagi mengira isipadu air kolam renang tersebut?
a)
Tinggi dan Tapak
b)
Lebar dan panjang
c)
Tinggi, Tapak dan Lebar
d)
Tinggi, Lebar dan Panjang
4.
Antara yang berikut, dokumentasi yang manakah merupakan dokumentasi luaran?
a)
Dokumen Dalaman
b)
Dokumen Pengguna
c)
Dokumen Panduan
d)
Dokumen Pustaka
5.
Dalam fasa analisis masalah, pengatur cara akan mengenal pasti input, proses dan ____________.
a)
output
b)
storan
c)
perisian
d)
perkakasan
6.
Dalam fasa reka bentuk atur cara, pengatur cara akan ___________, melukis carta alir dan mereka bentuk antara muka pengguna.
a)
melukis papan cerita
b)
menulis kod arahan
c)
melakar reka bentuk
d)
menulis pseudokod
7.
Seorang pengatur cara telah mengalami masalah apabila paparan output yang terhasil adalah salah. Apakah jenis ralat yang boleh dikaitkan dengan situasi berikut?
a)
Ralat sintaks
b)
Ralat masa larian
c)
Ralat logik
d)
Ralat pelaksanaan
8.
Pasangan algoritma yang digunakan untuk melakukan penyulitan dan nyahsulit dikenali sebagai
a)
kunci
b)
sifer
c)
teks sifer
d)
kriptografi
9.
Ralat selalunya boleh dikenal pasti dalam fasa _________________ .
a)
algoritma
b)
menulis pseudokod
c)
pengujian
d)
pengekodan
10.
Apakah kunci bagi Caesar Cipher jika abjad pertama bermula dengan abjad E ?
a)
7
b)
6
c)
5
d)
4
11.
Apakah simbol grafik bagi abjad C dalam Pigpen Cipher?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
12.
SELAMAT BERJAYA Apakah teks sifer yang terhasil apabila teks biasa ini disulitkan menggunakan Caesar Cipher dengan kunci 3?
a)
PBIXJAP YBOGXVX
b)
PBIXJAQ YBOGXVY
c)
PBIXJAQ YBOGXVX
d)
PBIXJAQ YBOGXUX
13.
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kepentingan perkhidmatan keselamatan data kriptografi ?
a)
Kesahihan
b)
Kerahsian
c)
Pengesahan
d)
Integriti
14.
Antara yang berikut, yang manakah kaedah sifer yang tidak menggunakan kunci ?
a)
Pigpen cipher
b)
Reverse cipher
c)
Caesar cipher
d)
Columnar cipher
15.
Antara yang berikut, yang manakah kaedah sifer yang menggunakan kunci abjad ?
a)
Pigpen cipher
b)
Reverse cipher
c)
Caesar cipher
d)
Columnar cipher
16.
Kod arahan  ialah ......................
a)
satu aturcara yang mengarahkan program melakukan sesuatu tindakan berulang-ulang.
b)
satu arahan yang mengarahkan komputer melakukan tugas.
c)
storan ingatan yang digunakan oleh program komputer.
d)
simbol-simbol yang digunakan dalam menjalan operasi matematik.
17.
Rajah diatas menunjukkan sebuah carta alir bagi proses...
a)
ulangan
b)
berturutan
c)
pilihan
d)
gabungan pilihan dan ulangan
18.
Rajah diatas adalah satu contoh 
a)
carta alir
b)
algoritma
c)
pseudokod
d)
ralat
19.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemboleh ubah?
a)
storan ingatan yang digunakan oleh program komputer untuk menyimpan data yang perlu diolah kemudian.
b)
tatacara yang menyatakan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dan urutan tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
c)
memerihalkan langkah-langkah algoritma dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat.
d)
satu proses aturcara yang mengarahkan program melakukan sesuatu tindakan berulang-ulang.
20.
Simbol yang digunakan dalam carta alir seperti rajah di atas mewakili 
a)
mula/tamat
b)
pilihan
c)
proses
d)
input/output
21.
Dalam kod arahan terdapat tiga jenis ralat yang perlu anda tahu. Antaranya ialah ___________
a)
Ralat sintaks
b)
Ralat virus
c)
Ralat pepijat
d)
Ralat berlari
22.
Pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang kecil bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian. 
Penerangan di atas adalah salah satu teknik dalam asas pemikiran komputasional iaitu ...
a)
Pengecaman corak
b)
Peniskalaan
c)
Pengitlakan
d)
Leraian
23.
Hasil bagi operasi tambah bagi nombor perduaan berikut ialah :
0 + 1 =
a)
0
b)
1
c)
01
d)
10
24.
Hasil tambah bagi operasi tambah nombor perduaan berikut ialah :
10 + 1 =
a)
1
b)
10
c)
101
d)
11
25.

HTML ialah singkatan bagi

a)

HeightText Margin Language

b)

HyperText Medium Lingo

c)

HyperTight Myriad Language

d)

HyperText Markup Language

26.

Apakah tag pertama yang perlu ada untuk kod arahan html?

a)

<banner>

b)

<head>

c)

<title>

d)

<html>

27.

Apakah format yang perlu dipilih untuk SAVE file html supaya dapat dilihat menerusi web browser?

a)

.txt

b)

.jpg

c)

.html

d)

.exe

28.

Pilih turutan arahan yang betul untuk menghasilkan banner dengan logo KPM

a)
b)
c)
d)
29.

Tag html ditulis dalam kurungan

a)

< >

b)

( )

c)

{ }

d)

[ ]

30.

Apakah tag yang digunakan untuk menambah tajuk pada dokumen html?

a)

<head>

b)

<title>

c)

<body>

d)

<p>

31.

Apakah size heading yang paling besar?

a)

h1

b)

h2

c)

h4

d)

h6

32.

Pilih sintaks (kod arahan) yang betul untuk memasukkan imej ke dalam html

a)

<img insert="logoKPM.jpg">

b)

<img src="logoKPM.jpg">

c)

<img source="logoKPM.jpg">

d)

<src img="logoKPM.jpg">

33.

Apakah perisian yang boleh digunakan untuk menaip kod arahan html

a)

Notepad

b)

MS Paint

c)

Calculator

d)

Media Player

34.

Sistem asas 10 juga dikenali sebagai ................

a)

SISTEM PERLAPANAN

b)

SISTEM PERDUAAN

c)

SISTEM PERPULUHAN

35.

Nama lain bagi sistem perduaan ialah ......

a)

SISTEM ASAS 10

b)

SISTEM ASAS 8

c)

SISTEM ASAS 2

36.

Sistem asas 2 mengandungi ...... pilihan digit

a)

2

b)

3

c)

0

37.

Berapakah nilai 11 dalam sistem asas 2 ?

a)

1010

b)

1111

c)

1011

38.

1110 dalam sistem asas 10 ialah ...........

a)

10

b)

14

c)

4

39.

Sistem nombor penduaan dikenali sebagai?

a)

sistem nombor desimal

b)

sistem nombor oktal

c)

sistem nombor heksadesimal

d)

sistem nombor binary

40.

sistem nombor perenambelasan dikenali sebagai ?

a)

sistem nombor desimal

b)

sistem nombor oktal

c)

sistem nombor heksadesimal

d)

sistem nombor binari

41.

Struktur kawalan pilihan bersarang terdiri daripada :

a)

Satu set langkah atau arahan yang sentiasa berulang-ulang sehingga satu syarat dipenuhi,

b)

struktur kawalan yang terbenam dalam satu struktur kawalan yang lain

c)

struktur kawalan yang mempunyai dwi-pilihan

d)

struktur kawalan yang mempunyi satu pilihan

42.

Struktur kawalan ulangan terdiri daripada :

a)

Satu set langkah atau arahan yang sentiasa berulang-ulang sehingga satu syarat dipenuhi,

b)

struktur kawalan yang terbenam dalam satu struktur kawalan yang lain

c)

struktur kawalan yang mempunyai dwi-pilihan

d)

struktur kawalan yang mempunyi satu pilihan

43.

Rajah diatas menujukan ?

a)

Pseudokod

b)

Carta Alir

c)

Struktur kawalan

d)

Draf Perjalanan kerja

44.

INTEGAR merujuk kepada penyimpanan data jenis?

a)

npmbor perpuluhan

b)

nombor bulat

c)

Benar atau salah

d)

gabungan aksara

45.

FLOAT merujuk kepada penyimpanan data jenis?

a)

Nombor perpuluhan

b)

Nombor bulat

c)

Benar atau salah

d)

gabungan aksara

46.

#nama = "Siti Aisyah" merujuk kepada jenis data ?

a)

Nombor perpuluhan

b)

Nombor bulat

c)

Benar atau salah

d)

Gabungan Aksara

47.

Yang manakah menunjukkan nama pemboleh ubah yang benar?

a)

1pelajar

b)

pelajar1

c)

nama pelajar

d)

no+bilik

48.

Ralat Masa Larian merujuk kepada ?

a)

Mencari pembahagian dengan punca kuasa bagi kosong "0"

b)

Output yang dihasilkan tidak menyamai seperti yang dikehendaki

c)

Kesilapan tatabahasa @ ejaan

d)

Penggunaan objek yang tidak dikenal pasti

49.

Ralat Sintaks merujuk kepada ?

a)

Mencari pembahagian dengan punca kuasa bagi kosong "0"

b)

Output yang dihasilkan tidak menyamai seperti yang dikehendaki

c)

Kesilapan tatabahasa @ ejaan

d)

Pengiraan yang salah

50.

Ralat Logik merujuk kepada ?

a)

Mencari pembahagian dengan punca kuasa bagi kosong "0"

b)

Output yang dihasilkan tidak menyamai seperti yang dikehendaki

c)

Kesilapan tatabahasa @ ejaan

d)

Pengiraan bukan berangka