NEW
Font size
WorksheetsKBSM SEJARAH TING 5 BAB 4
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?
Menyekat pengaruh dan campur tangan luar
Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
Mengurangkan kemasukan orang dagang
Menghapuskan negara dan bangsa Melayu
Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan
Union?
Menumpukan taat setia
Menguatkan pasukan tentera
Membantu dalam pentadbiran
Membanteras ancaman komunis
Utusan Melayu : Singapura
Majlis : Kuala Lumpur
Warta Negara : Pulau Pinang
Apakah peranan akhbar di atas semasa Malayan Union diperkenalkan ?
Menyeru orang Melayu bersatu
Menganjurkan pertubuhan politik
Menyebarkan ideologi demokrasi
Memulau upacara perlantikan Gabenor
Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli.
Mengapakah orang Melayu menentang prinsip kerakyatan tersebut?
Menggugat kedudukan raja
Memusnahkan status quo
Pembentukan pelbagai budaya
Penghapusan ekonomi tradisional
Maklumat di bawah berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.
Asas Kerakyatan Malayan Union:
a) Kewarganegaraan sama rata
b) Prinsip jus soli
Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut?
Perkembangan ekonomi luar bandar
Pengukuhan kuasa pembesar tempatan
Pengurangan jumlah penduduk peribumi
Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas
Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.
· Angkatan Wanita Sedar (AWAS )
· Angkatan Pemuda Insaf (API )
· Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian ?
Mengekalkan sistem beraja
Melicinkan sistem pentadbiran
Mempertahankan hak penduduk tempatan
Mengukuhkan pemerintahan tradisional
Senarai berikut menerangkan pertubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
· Angkatan Pemuda Insaf (API )
· Angkatan Wanita Sedar (AWAS )
· Barisan Tani Malaya (BATAS)
Apakah persamaan pendirian ahli pertubuhan tersebut?
Menentang kemasukan kaum imigran
Menentang pembentukan Sistem Ahli
Menyokong pendidikan sekular
Menyokong Malayan Union
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan Union?
Mempertahankan tamadun bangsa
Melemahkan golongan radikal
Meningkatkan kos pentadbiran
Kesukaran mendapatkan kerakyatan
Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.
Dari Bentan ke Kuala Sedidi
Singgah Berjaja di Batu Pahat
Syarat kerakyatan secara jus soli
Kuasa raja turut tergugat
Apakah tindakan orang Melayu ?
Memohon bantuan luar
Mengukuhkan pertahanan negeri
Menggubal perlembagaan alternatif
Mengadakan demonstrasi secara aman
Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Semua rakyat British daripada tanah jajahannya boleh menjadi rakyat Malayan Union.
Apakah kesan pernyataan tersebut?
Komposisi penduduk seimbang
Sistem pertahanan negara mantap
Kedudukan kaum peribumi terancam
Pengaruh golongan radikal berkurangan
Mengapakah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946?
Mengeratkan perpaduan antara kaum
Menentang pelaksanaan Malayan Union
Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
Mengimbangi kemajuan ekonomi antara rakyat
Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam piagam Atlantik 1945?
Dasar liberalisasi
Amalan realpolitik
Dasar dekolonisasi
Amalan monarki
Piagam Atlantik 1945
Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan Piagam Atlantik 1945?
Mengadakan rundingan dengan AMCJA-PUTERA
Membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum
Menerima cadangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Mengekalkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh 50 buah negara pada 24 Jun 1945 telah menjadi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Apakah manfaat piagam tersebut terhadap negara-negara di Asia Tenggara?
Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri
Pembentukan masyarakat berbilang kaum
Menyeragamkan sistem pentadbiran
Meningkatkan kerjasama ekonomi
Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa– Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu.
Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut?
Menamatkan Malayan Union
Memperkukuh sistem pertahanan
Mengawal kedatangan kaum imigran
Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Kebebasan berpolitik
Menguasai pentadbiran
Menentukan kerakyatan
Kedudukan istimewa dilindungi
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
Pelaksanaan sistem penasihat
Penubuhan Majlis Raja-Raja
Penyelarasan sistem pewarisan takhta
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Duncan Stewart telah dibunuh.
Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut?
Pengaruh golongan radikal meningkat
Pentadbiran kerajaan menjadi lemah
Rosli Dhobi dihukum gantung
Vyner Brooke melepaskan kuasa pemerintahan
8 Februari 1946: Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British
Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak?
Penentangan Majlis Negeri
Penipuan terhadap pembesar
Penghapusan hak istimewa peribumi
Percanggahan dengan Perlembagaan 1941
Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke talah menyerahkan Sarawak kepada British.
Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan?
Kemasukan kaum imigran akan berterusan
Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan
Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri dilaksanakan
Hak istimewa penduduk peribumi terjejas
Berdasarkan Perlembagaan 1941. Vyner Brooke berjanji akan memberikan taraf kerajaan sendiri kepada Sarawak.
Mengapakah janji tersebut tidak dapat dilaksanakan?
Tentangan pembesar tempatan
Kekurangan bilangan pegawai
British mengambil alih pentadbiran
Bantahan daripada Kesultanan Brunei
Maklumat berikut berkaitan demonstrasi rakyat Sarawak kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946.
Mengapakah terdapat sepanduk yang tertulis “WE DO NOT WANT TO BE COLONISED” (KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH)?
Taraf kerajaan sendiri terjejas
Sempadan negeri akan diubah
Majlis Tertinggi Negeri dibubar
Mahkamah Anak Negeri dimansuhkan
Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940an.
a) Pengenalan Malayan Union
b) Penyerahan Sarawak kepada British
Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?
Mencampuri adat istiadat tempatan
Menjejaskan hak kaum peribumi
Menghalang perpaduan kaum
Mengubah sempadan negeri
Malayan Union:
a) Negeri-negeri Melayu
b) Negeri-negeri Selat kecuali Singapura
Mengapakah Singapura dikecualikan?
Sumber kewangan kerajaan terhad
Majlis Raja-Raja membuat bantahan
Kaum imigran melancarkan penentangan
Bimbang taraf pelabuhan bebas akan terjejas
Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada tahun 1948?
- Pegawai kanan British
- Pemimpin UMNO
- Wakil Raja-raja Melayu
Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk?
Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran
Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan
Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union
Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu
Berikut adalah faktor pembentukan Malayan Union kecuali..
Mengawal kuasa politik orang Melayu
Menjimatkan kos pentadbiran
Mengeskploitasi ekonomi
Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
Pembentukan Malayan Union menyebabkan Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai...
Pusat pentadbiran
pelabuhan bebas
banyak imigran
kemudahan insfrastruktur
Malayan Union menggunakan prinsip jus soli yang menjadin asas kerakyatan terbuka.
Berikut adalah kerakyatan terbuka Malayan Union kecuali
sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura
Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10-15 tahun
Mereka yang berumur 18 tahun dan merupakan anak warganegara imigran
memberi banyak sumbangan kepada British
Mengapakah British ingin membentuk bangsa Malayan Union?
menjamin penguasaan yang berterusan terhadap ekonomi
mudah mentadbir
supaya tiada penentangan dari orang melayu
mendapat kerjasama erat dari pemimpin tempatan
Siapakah gabenor pertama Malayanj Union?
Sir Harold Mac Michael
Sir Henry Gurney
Sir Gerald Templer
Sir Edward Gent
Berikut adalah tidakan Sir Harold MacMichael yang mendapat bantahan daripada penduduk tanah Melelayu kecuali...
mengugut Sultan untuk menurunkan takhta
tidak memberi masa untuk Sultan berunding dengan Majlis mesyuarat negeri
memberi sogokan kewangan kepada raja-raja Melayu
Berikut adalah sebab-sebab penentangan Malayan Union kecuali...
membantah tindakan Sir Harold MacMichael
mengiktiraf golongan radikal
raja kehilangan kuasa
status quo terjejas
Apakah tugas Raja-raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?
Menjadi Sultan dinegeri masing-masing
Menerima penasihat British
Diberikan pencen
Berkuasa dalam hal agama Islam dan adat istiadat
Berikut tindakan orang Melayu menentang Malayan Union kecuali...
rapat umum
demonstrasi
bekerjasama dengan kumpulan radikal
mengadakan kongres
Walaupun Malayan Union ditentang, namun ada sesetengah yang menentang Malayan Union.
Berikut adalah pihak yang menyokong Malayan Union , kecuali...
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Angkatan wanita sedar
Barisan Tani Malaya
UMNO
Berapakah ciri-ciri perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
1
2
3
5
Berikut ialah faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kecuali
sokongan pegawai British
Gesaan piagam atlantik
Melicinkan pentadbiran
sokongan bekas pegawai British
Siapakah yang menentang pembentukan jawatankuasa Eksekutif
PKMM
AWAS
orang radikal melayu
AMCJA
Siapakah yang mengetuai Persekutuan Tanah Melayu?
Pesuruhjaya Tinggi British
Gabenor
Residen
Penasihat
Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di
Kuala Lumpur
London
UK
Singapura
