wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOMSAS-NOVEL TINGKATAN 1- DESTINASI IMPIAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Yang manakah antara berikut merupakan tema novel Destinasi Impian?
a)
Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan
b)
Pertelingkahan antara abang dengan adu=ik
c)
Cabaran yang dihadapi oleh remaja untuk menuju destinasi
d)
Sikap suka merendahkan kebolehan orang lain
2.
Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :
a)
Persoalan tentang kesanggupan menyahut cabaran
b)
Persoalan tentang sikap tidak bertanggungjawab seorang abang
c)
Persoalan tentang kasih sayang antara ibu dan anak
d)
Persoalan tantang semangat perjuangan yang tinggi
3.
Antara berikut, yang manakah merupakan permulaan cerita Destinasi Impian?
a)
Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan Firdaus, Azlina dan Johari
b)
Johari, Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib
c)
Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakan-rakannya
d)
Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya
4.
Siapakah watak utama novel Destinasi Impian?
a)
Azlina
b)
Firdaus
c)
Johari
d)
Mazlinda
5.
Nyatakan teknik plot bagi kenyataan berikut :
"Pergilah, tapi jangan marah kalau kupanggil pengecut, penakut.."
a)
Teknik Pemerian
b)
Teknik Monolog
c)
Teknik Dialog
d)
Teknik Imbas Kembali
6.
Pada jam berapakah Johari, Azlina dan Firdaus bertolak dari rumah untuk memulakan kayuhan mereka ke Morib?
a)
Pukul 2.30 petang
b)
Pukul 7.00 pagi
c)
Pukul 3.00 petang
d)
Pukul 10.00 pagi
7.
Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :
a)
Masyarakat yang gemar membaca
b)
Masyarakat yang tegas
c)
Masyarakat yang membela haiwan perliharaan
d)
Masyarakat yang prihatin
8.
Nyatakan latar tempat dimana Azlina dan Johari memerhatikan Firdaus yang bersama-sama kawan-kawannya?
a)
Tepi Jalan
b)
Di bawah pokok Ru
c)
Tapak Perkhemahan
d)
Gerai Air Tebu
9.
Nyatakan gaya bahasa bagi penyataan berikut:
Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.
a)
Hiperbola
b)
Simile
c)
Metafora
d)
Sinkope
10.
Yang manakah antara berikut bukan nilai yang terdapat dalam novel Destinasi Impian?
a)
Nilai cinta akan bahasa kebangsaan
b)
Nilai cintakan haiwan peliharaan
c)
Nilai keberanian
d)
Nilai semangat setia kawan
11.
Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :
a)
Kita hendaklah bersaing untuk terus maju
b)
Bercakap bohong memudaratkan diri
c)
Kita hendaklah bersaing secara normal
d)
Kita janganlah berdendam terutamanya antara adik-beradik
12.
Siapakah watak yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar?
a)
Mazlinda
b)
Azlinda
c)
Firdaus
d)
Azlina
13.
Berapakah jauh jarak Datuk  mengayuh basikal dulu?
a)
50 km
b)
30 km
c)
70 km
d)
35 km
14.
Mengapakah tayar basikal Firdaus kempis di pertengahan jalan?
a)
Firdaus terlanggar lubang di tengah jalan
b)
Terdapat sebatang paku menembusi tayar itu
c)
Tayar basikal Firdaus telah disabotaj oleh Azlina
d)
Firdaus tercampak ke atas tanah merah
15.
Berikut merupakan perwatakan bagi watak Firdaus kecuali?
a)
Seorang yang Suka berdendam
b)
Seorang yang Selalu dimanjakan
c)
Seorang yang tegas
d)
Seorang yang cepat marah apabila kepenatan
16.
Berikut merupakan watak sampingan dalam novel Destinasi Impian kecuali?
a)
Sazali
b)
Moksin
c)
Suhaizi
d)
Mokhtar
17.
Nyatakan gaya bahasa bagi kenyataan berikut :
Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi.
a)
Metafora
b)
Sinkope
c)
Simile
d)
Hiperbola
18.
Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam novel Destinasi Impian kecuali?
a)
Nilai Keberanian
b)
Nilai Keprihatinan
c)
Nilai Bertanggungjawab
d)
Nilai Cinta Akan Negara
19.
Nyatakan teknik plot bagi penyataan dibawah :
"Menyesal! Aku menyesal!"Ingin aku jeritkan kata-kata itu sekuat-kuat hati supaya Abang Johari dan Azlina mendengarnya tetapi suaraku tersangkut di rengkung.
a)
Teknik Imbas Muka
b)
Teknik Monolog
c)
Teknik Monolog Dalaman
d)
Teknik Pemerian
20.
Yang manakah antara berikut merupakan klimaks / puncak novel Destinasi Impian?
a)
Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakan-rakan
b)
Johari, Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib
c)
Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan termasuklah sikap Firdaus yang mudah berputus asa
d)
Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya terhadap adik dan rakan-rakannya.