wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU PT3

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya

_________________________________ kerana semua nasihatnya tidak

mereka endahkan.

a)

bagai haruan makan anak

b)

bagai kambing dihalau ke air

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

2.

Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti

semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti lembu dicucuk hidung

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

seperti murai tercabut ekor

3.

Hana tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya

kerana dia yakin _________________________________ .

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

indah khabar daripada rupa

d)

belakang parang diasah lagikan tajam

4.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong

bagai ____________________________________ .

a)

cincin dengan permata

b)

isi dengan kuku

c)

aur dengan tebing

d)

kucing dengan anjing

5.

Kedua-dua orang sahabat itu sentiasa bersama walau ke mana-mana sahaja mereka pergi. Hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan _______.

a)

bagai duri dalam daging

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai dihiris dengan sembilu

d)

bagai aur dengan tebing

6.

Hati Hartina __________ apabila mendengar tunangnya curang.

a)

seperti ikan kena tuba

b)

seperti hujan jatuh ke pasir

c)

seperti emas baru disepuh

d)

seperti kaca terhempas ke batu

7.

Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kecurian itu. Padahal dia langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan

a)

rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan

b)

sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

c)

orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya

d)

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

8.

Bertahun-tahun Wong berusaha untuk membesarkan bengkelnya. Walau bagaimanapun, perniagaannya jatuh dalam sekelip mata kerana hasad dengki orang lain. Keadaan perniagaan Wong ini bertepatan dengan peribahasa

a)

sekali air bah, sekali tepian berganjak

b)

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

c)

naik seperti semut, turun seperti ribut

d)

pahit dulu, manis kemudian

9.

Pilih jawaban yang betul.

a)

Serkap jarang -menuduh orang lain melalui bukti-bukti yang sahih

b)

Telinga nipis - orang yang penyabar

c)

Paku belanda - harga yang tidak boleh diubah-ubah

d)

Makan angkat - orang yang tidak suka akan pujian

10.

Zahrul telah biasa dengan kehidupan yang miskin dan dihina oleh orang. Keadaan ini dikatakan ________.

a)

takut akan bayang-bayang sendiri

b)

alah bisa tegal biasa

c)

sudah terhantuk baru tengadah

d)

menanti kucing bertanduk

11.

Kesalahan orang lain walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. Pernyataan ini ibarat _______.

a)

lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya

b)

rambut sama hitam tetapi hati lain-lain

c)

kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak

d)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

12.

Tiada gunanya kamu menjerit-jerit kepadanya kerana dia itu _______.

a)

berat mulut

b)

ringan tulang

c)

kepala angin

d)

pekak badak

13.

Idris berasa gembira kerana dapat balik semula ke kampung setelah 15 tahun merantau di luar negara. Keadaan ini diibaratkan

a)

sirih pulang ke gagang

b)

isi dengan kuku

c)

hujan jatuh ke pasir

d)

tikus jatuh ke beras

14.

Hidup di perantauan tidak menentu kerana jika kita bernasib baik, kita akan mendapat kejayaan. Sebaliknya, jika kita bernasib malang, kita akan mendapat kerugian. Keadaan ini dikatakan

a)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

b)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

c)

sesekali tersengat, selalu beringat

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

15.

“Saya akan melupakan segala perbalahan yang lalu demi semangat kejiranan,” kata Amin kepada Mustafa. Amalan ini dikatakan

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

c)

buang yang keruh dan ambil yang jernih

d)

di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung