NEW
Font size
WorksheetsKata Kerja Bahasa Melayu
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Mereka sedang ____________ kegembiraan apabila mendapati kumpulan mereka mendapat johan dalam sukaneka itu.
menghentak
melonjak
terjunam
menyeberang
Ayah Ali sedang _________ adik Ali yang duduk di atas buaian.
bergayut
bermain
mengayunkan
menyorong
Pelayan restoran itu _____________ makanan dan minuman kepada keluarga Siti.
mengangkat
meletakkan
menatang
menghidangkan
Adik membantu ibu untuk ____________ pakaian yang baru dicuci.
menyidai
menyiang
menyanyi
menyiram
Abang Ali __________ seorang nenek tua yang berjalan terbongkok-bongkok di taman.
menuntun
membawa
memapah
mengheret
Kita harus membersihkan longkang di halaman rumah setiap hari agar dapat menghalang nyamuk Aedes ____________ di sana.
membawa
membiak
mengandung
mengundang
Datuk __________ durian yang baru dikutip dari dusunnya.
membuka
memotong
menetak
membelah
Kakak membantu ibu __________ nasi yang siap ditanak ke dalam mangkuk kecil.
mencedok
mengambil
memasukkan
meletakkan
Kita tidak digalakkan _____________ pokok-pokok secara berleluasa kerana kegiatan ini akan menjejaskan habitat flora dan fauna.
memotong
menetak
menebang
menebas
Beberapa orang murid ___________ beg sekolah mereka ke sekolah setiap pagi.
memikul
menggalas
menuntun
menjinjing
