wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GURINDAM DUA BELAS FASA YANG KETIGA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh”?

a)

Apabila kenyang, mudah untuk melakukan kemungkaran.

b)

Ketika lapar semua makanan yang dilihat sangat menyelerakan.

c)

Apabila kenyang,mengeluarkan angin yang berlebihan dari badan tanpa kawalan.

d)

Ketika lapar perut akan berbunyi minta untuk diisi.

2.

Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga pendengaran. Mengapakah kita perlu memelihara pendengaran?

a)

Agar kotoran tidak terkumpul terlalu banyak dalam telinga.

b)

Supaya diri terhindar daripada mempercayai sesuatu yang belum pasti.

c)

Agar virus yang sukar dilihat dapat dihindari dari badan.

d)

Supaya diri menjadi tumpuan individu yang suka menyampaikan khabar angin

3.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas.

a)

Disamping menjaga kebersihan mulut,kita juga perlu menjaga kebersihan lidah supaya sentiasa bersih.

b)

Lidah dikurniakan untuk merasa makanan dan membolehkan tutur kata dilafazkan dengan lancar.

c)

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat

d)

Semua agama mengajar penganutnya menghormati orang yang lebih tua.

4.

Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar

menjaga tutur kata. Apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar

menuturkan kata-kata negatif?

a)

Tidak digemari rakan yang rosak akhlak

b)

Tidak memutuskan rangkaian sosial

c)

Tidak berlaku kehilangan sahabat

d)

Tidak akan dipercayai

5.

Kemunculan media sosial seperti whatsapp, instagram, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh mempengaruhi minda pembacanya terutamanya ketika penularan virus COVID-19 yang menular di serata dunia .Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya menerima sesuatu berita yang diragui kebenarannya?

a)

Mengabaikan berita tersebut.

b)

Berkongsi berita tersebut dengan masyarakat.

c)

Menulis berita yang sebenar kepada semua rakan.

d)

Melaporkan berita tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

6.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas.

a)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang kotor mengelakkan penyakit berjangkit.

b)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat aktiviti keagamaan.

c)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang mendorong kepada maksiat.

d)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang sunyi dan gelap takut diragut dan dirompak.

7.

Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.Bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan negatif?

a)

Melancong ke luar negara

b)

Mendalami ilmu agama

c)

Berkumpul dengan rakan sebaya

d)

Mengemaskini media sosial setiap masa

8.

"Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tiada senonoh"

Kenapakah perlu mengambil berat tentang penjagaan pemakanan?

a)

Mengelakkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya.

b)

Menjadikan tumbesaran badan terbantut

c)

Memutuskan rangkaian jangkitan

d)

Minda lebih cergas

9.

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Apakah maksud "Anggota tengah"?

a)

Alat kelamin

b)

Jantung

c)

Pusat

d)

Perut

10.

Apakah tema yang terungkap dalam gurindam ini?

a)

Nasihat menghormati kedua ibu bapa.

b)

Nasihat memelihara anggota diri.

c)

Nasihat menjaga keamanan.

d)

Nasihat menjaga maruah.