NEW
Font size
WorksheetsKATA SENDI
Total questions: 20
Worksheet time: 3mins
Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.
dari
sejak
hingga
daripada
Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam
di
pada
hingga
daripada
Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah dan Sarawak.
daripada
hingga
di
dari
Mak Cik Siti termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang menuntut di Mesir.
oleh
dengan
akan
kepada
Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan ___________ dalam peti yang berwarna hitam.
di
pada
ke
hingga
Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ____________ daya usaha kita sendiri.
pada
kepada
dengan
dari
Paras air sungai Rajang sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa
pada
dari
hingga
daripada
Skim pinjaman buku teks disediakan ____________ pelajar yang kurang mampu.
demi
bagi
akan
pada
Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, adalah _____________ Kuala Kangsar ___________ Kedah.
di ... ke
dari ... ke
di ... kepada
daripada ... kepada
________________ hari raya yang mulia ini, kita haruslah bermaaf-maafan antara satu ________ yang lain.
Di ... terhadap
Pada ... terhadap
Di ... dengan
Pada ... dengan
Perompak itu menikam Pak Sharif __________ belakang semasa cubaan merompaknya.
daripada
ke
pada
dari
Lagu 'Si Baju Hijau' ini ditujukan khas __________ para perajurit.
ke
pada
kepada
demi
Aduan __________ para pekerja kilang Tanako itu harus diberi perhatian.
kepada
dengan
daripada
dari
"Ayah amat bangga __________ kejayaan kamu mendapat 5A ___________UPSR, " kata ayah kepada Farhan. A di ...dengan B bagi ... pada C oleh ... di D akan ... dalam
akan ... dalam
atas ... pada
dengan ... di
dengan ... dalam
Hafis Hashim mempamerkan permainan yang menarik __________ awal hingga akhir permainan.
dari
di
pada
daripada
Perbicaraan kes samun itu akan disambung __________ minggu hadapan.
pada
hingga
sejak
untuk
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang- undang negara.
dengan
kepada
akan
terhadap
Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.
di
kepada
ke
dengan
Badrul sangat sayang __________ Nenek Miah yang menjaganya selama ini.
dengan
akan
kepada
terhadap
Tempoh perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan ___________ 14 April 2020.
pada
sejak
sehingga
untuk
