wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Guru kelas saya Puan Sofiah. ________ baik hati.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Kalian

d)

Mereka

2.

Senarai tugasan ditampal ________ dinding kelas.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada

3.

__________ seminar tentang pengambilan makanan seimbang akan diadakan?

a)

Apakah

b)

Bilakah

c)

Mengapakah

d)

Bagaimanakah

4.

Adik-adik sedang mengemas rumah_________ ibu sibuk di dapur.

a)

lalu

b)

serta

c)

tetapi

d)

manakala

5.

Pengunjung kampung menerima ___________ Perdana Menteri dengan gembira sekali,

a)

kunjung

b)

kunjungan

c)

berkunjung

d)

mengunjungi

6.

Mariana menghadiahkan _________ bunga kepada Cikgu Suzie.

a)

sejambak

b)

sebungkus

c)

sebatang

d)

seikat

7.

Orang dewasa perlu _________ tangan kanak-kanak semasa melintas jalan.

a)

memimpin

b)

mengendong

c)

membimbit

d)

menggalas

8.

"___________ nenek dapat bacakan buku ini untuk saya", kata suri kepada neneknya.

a)

Jangan

b)

Jemput

c)

Harap

d)

Sila

9.

Pihak polis______________ ketika menjalankan tugas.

a)

lambat

b)

cekap

c)

sempit

d)

laju

10.

____________ Nabila sungguh ceria apabila dilantik menjadi pengawas sekolah.

a)

Ada bakat

b)

Dalam tangan

c)

Air muka

d)

Hati waja

11.

Ada sebuah busut _______ di bawah pokok ketapang itu.

a)

jentik-jentik

b)

pijat-pijat

c)

kura-kura

d)

anai-anai

12.

Anak kucing peliharaan Pak Majid yang comel itu diberi nama _____________ .

a)

Si Jalak

b)

Si Tompok

c)

Sang Belang

d)

Sang Rangkak

13.

Pasukan sukarelawan memberikan bantuan makanan ________ pakaian kepada penduduk kampung yang miskin.

a)

dan

b)

kecuali

c)

sambil

d)

malahan

14.

Setelah menikmati jamuan, Puan Mei Ling ________ daripada tuan rumah.

a)

minta maaf

b)

minta nyawa

c)

minta diri

d)

minta hutang

15.

Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat ______ kecil lagi.

a)

kerana

b)

pada

c)

lalu

d)

sejak

16.

Pasukan bola sepak selalu berlatih di padang ________ waktu petang.

a)

di

b)

pada

c)

daripada

d)

sejak

17.

Kita perlu memastikan dapur ________ dan _______ supaya kita dapat memasak dengan __________.

a)

lembap...teratur...selesa

b)

busuk...tengik...tenang

c)

bersih...kemas... selesa

d)

cantik...licin...tenteram

18.

Fatimah pandai membuat ________ tikar daripada daun mengkuang.

a)

ukiran

b)

anyaman

c)

binaan

d)

jahitan

19.

Aina mengukir _________ manis sebaik-baik sahaja menyarungkan kebaya songket itu ke tubuhnya.

a)

senyuman

b)

jelingan

c)

lukisan

d)

hiasan

20.

"________, cantiknya pemandangan di dalam gua ini!" kata Iwani dengan kagumnya.

a)

Eh

b)

Nah

c)

Oh

d)

Wah