wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 4 Bab 6

Total questions: 47

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut berkaitan dengan konsep politik dalam sistem pemerintahan Islam.


  • Musyawarah
  • Syura
  • Baiah


Apakah kepentingan amalan konsep tersebut terhadap sesebuah negara?

a)

Melahirkan pemimpin berwibawa

b)

Memperkukuh sistem berkuasa mutlak

c)

Mengehadkan kuasa pentadbir wilayah

d)

Memperkuat ikatan rakyat dengan pemimpin

2.

Pada zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui Sistem Syura

Apakah kebaikan sistem tersebut?

a)

Menjamin kesinambungan pemerintahan

b)

Meneruskan tradisi masyarakat Arab

c)

Mendapat sokongan orang bukan Arab

d)

Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

3.

Perpecahan umat islam berlaku pada peringkat awal selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Mengapakah perpecahan tersebut berlaku ?

a)

Campurtangan kuasa luar

b)

Perebutan jawatan pemerintah

c)

Kemunculan golongan murtad

d)

Kewujudan perang saudara

4.

Kewujudan perang saudaraGolongan al-Riddah muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan golongan tersebut?

a)

Mengaku sebagai nabi

b)

Memerangi pemberontak

c)

Mengetuai kehidupan kafilah

d)

Mengingkari pembayaran zakat

5.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq merupakan pemerintah Islam Madinah yang

pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.


Apakah tindakan beliau untuk memperkukuh negara Islam Madinah?

a)

Menghapuskan golongan murtad

b)

Mewujudkan pentadbiran wilayah

c)

Menghantar utusan damai ke Makkah

d)

Mengadakan gencatan senjata dengan Rom

6.

Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah.

Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?

a)

Mengambil tindakan ketenteraan

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Menghantar bayaran ufti setiap tahun

d)

Menandatangani perjanjian persahabatan

7.

Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengatasi ancaman kuasa Rom dan Parsi?

a)

Menghantar ekspedisi perang

b)

Mengutus utusan damai

c)

Mendapatkan bantuan luar

d)

Memperkuat angkatan laut

8.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada kerajaan Islam?


  • Khalid bin al-Walid
  • Usamah bin Zaid
a)

Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu

b)

Menjadi panglima angkatan tentera

c)

Mengembangkan pengajaran Al-Quran

d)

Memeterai perjanjian dengan kerajaan Parsi

9.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada kerajaan Islam?


Khalid bin Al-Walid

Usamah bin Zaid

a)

Menjadi panglima angkatan tentera

b)

Mengembangkan pengajaran Al-Quran

c)

Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu

d)

Memeterai perjanjian dengan kerajaan Parsi

10.

Tokoh berikut telah membantu mengukuhkan pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.


Khalid bin al-Walid

Usamah bin Zaid

a)

Menggubal undang-undang

b)

Mengatasi ancaman kuasa luar

c)

Memperkukuh sistem pendidikan

d)

Mempelbagaikan kegiatan pertanian

11.

Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sistem pemerintahan negara?

a)

Menyediakan pakaian seragam tentera

b)

Membentuk tentera sukarela

c)

Memperkukuh tentera laut

d)

Memperkenalkan gaji untuk tentera

12.

Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq kepada kerajaan Islam Madinah?

a)

Memerangi golongan al-Riddah

b)

Memperkenalkan pelbagai cukai

c)

Menubuhkan Jabatan Kehakiman

d)

Menyelesaikan perpecahan umat Islam

13.

Golongan mawali adalah orang Islam yang bukan berketurunan Arab.

Mengapakah golongan tersebut menentang kerajaan Bani Umaiyah?

a)

Kemudahan perniagaan terhad

b)

Dikenakan kadar cukai yang tinggi

c)

Hasutan daripada masyarakat Yahudi

d)

Dipaksa menganggotai pasukan tentera

14.

Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam.

Antara yang berikut , yang manakah berkaitan dengan mereka?

a)

Diwajibkan menyertai kerahan tenaga

b)

Dikenakan bayaran cukai tambahan

c)

Dilantik mengetuai pentadbiran wilayah

d)

Dipertanggungjawabkan membina terusan

15.

Mengapakah Khalifah Umar bin al-Khattab mewujudkan jawatan Wali atau Gabenor semasa pemerintahan beliau?

a)

Mempergiat usaha penyebaran agama Islam

b)

Memperkukuh perpaduan penduduk

c)

Memperluaskan kawasan pemerintahan

d)

Mempertingkat sistem pentadbiran wilayah

16.

Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan?

a)

Mewujudkan peraturan yang tegas

b)

Memberikan gaji setiap bulan

c)

Melantik pegawai risikan

d)

Membuat pemantauan

17.

Apakah langkah Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. mengawal penyelewengan hakim?

a)

Mengenakan hukuman yang berat

b)

Membuat pemantauan yang kerap

c)

Memberikan gaji bulanan yang lumayan

d)

Meningkatkan kefahaman terhadap Islam

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan pembinaan sistem pengairan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab.


Empamgan Abu Musa di Basrah

Terusan Amirul Mukminin di Mesir


Mengapakah sistem pengairan tersebut dibina?

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengelakkan banjir berlaku

c)

Mempertingkatkan hasil pertanian

d)

Meningkatkan kegiatan perdagangan

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al- Khattab.


Empangan Abu Musa di Basyrah

Terusan Amirul Mukminin di Mesir


Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut?

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengelakkan banjir berlaku

c)

Meningkatkan produk pertanian

d)

Meningkatkan kegiatan perdagangan

20.

Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab memajukan bidang pertanian?

a)

Mengeksport lebihan hasil

b)

Membina sistem pengairan

c)

Memperkenalkan penggunaan batas

d)

Melaksanakan sistem penggiliran

21.

Empangan Abu Musa - Basrah

Terusan Amirul Mukminin - Mesir


Apakah tujuan pembinaan sistem pengairan di atas?

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengatasi masalah banjir

c)

Meningkatkan pengeluaran pertanian

d)

Menyimpan air untuk musim kemarau

22.

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?

a)

Semangat jihad dipupuk

b)

Armada laut diperkukuhkan

c)

Perkahwinan politik digalakkan

d)

Perjanjian dengan pemimpin tempatan

23.

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan r.a. berjaya meluaskan wilayah Islam?

a)

Semangat jihad dipupuk

b)

Armada laut diperkukuh

c)

Perkahwinan politik digalakkan

d)

Perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai

24.

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan r.a. berjaya meluaskan wilayah Islam?

a)

Semangat jihad dipupuk

b)

Armada laut diperkukuh

c)

Perkahwinan politik digalakkan

d)

Perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai

25.

Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan sistem pertahanan negara Islam Madinah?

a)

Membina markas tentera

b)

Mewujudkan pasukan tentera tetap

c)

Menubuhkan angkatan tentera laut

d)

Melantik panglima tentera sebagai gabenor

26.

Jadual 2 menerangkan perbezaan sistem pelantikan khalifah dalam pentadbiran kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.


Khulafa al-Rasyidin - Melalui musyawarah atau syura

Kerajaan Bani Umaiyah - X


Apakah X ?

a)

Secara warisan

b)

Pemilihan rakyat

c)

Keputusan majlis tahkim

d)

Cadangan khalifah terdahulu

27.

Sistem wazarah telah diperkenalkan oleh kerajan Bani Umaiyah.

Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?

a)

Urus setia menguruskan rekod kewangan

b)

Wazir dilantik mengetuai pentadbiran

c)

Pelbagai jabatan kerajaan ditubuhkan

d)

Ulama dilantik menjadi pentadbir

28.

Kerajaan Bani Umaiyah telah memperkenalkan sistem hijabah bertujuan untuk

a)

mengukuhkan pertahanan laut

b)

mengawal keselamatan khalifah

c)

mengumpul rekod baitulmal

d)

mengurus pelantikan wazir

29.

Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah.

Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?

a)

Penetapan peraturan di istana

b)

Halangan mengkritik pemerintah

c)

Pemeriksaan untuk menemui khalifah

d)

Kebebasan bersuara dihadkan

30.

Kerajaan Bani Umaiyah telah menubuhkan beberapa bahagian dalam pentadbiran. Apakah bahagian tersebut?

a)

Cukai

b)

Bahasa

c)

Perdagangan

d)

Kehakiman

31.

Kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia berjaya memajukan pertaniannya


Antara berikut yang manakah merujuk kepada pernyataan di atas?

a)

pembinaan sistem saliran

b)

penggunaan baja kimia

c)

perekaan peralatan pertanian

d)

penghasilan benih berkualiti

32.

Apakah sumbangan kedua-dua kota berikut kepada tamadun dunia?


Cordova

Baghdad

a)

Pusat kesenian

b)

Pusat perdagangan

c)

Pusat ilmu pengetahuan

d)

Pusat kegiatan perindustrian

33.

Mengapakah Cordova dianggap penting kepada dunia Islam dan Eropah pada abad ke-10 M?

a)

pusat kebudayaan

b)

pusat pengajian tinggi

c)

pusat penterjemahan

d)

pusat perdagangan

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Ibn al-Nafis.


Ibn al- Nafis ( 1210 -1288 ) adalah seorang doktor Arab yang banyak menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan dan sains pada abad ke-13. Beliau juga terlibat dalam perundangan, politik dan kajian anatomi.


Apakah sumbangan beliau?

a)

Menulis ensiklopedia undang-undang

b)

Membuka pusat pengajian akademik

c)

Membetulkan teori peredaran darah

d)

Menubuhkan hospital pesakit kusta

35.

Bagaimanakah khalifah dilantik pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah?

a)

Pemilihan dilakukan oleh ulama

b)

Mengamalkan sistem pewarisan

c)

Melalui perundingan Majlis Syura

d)

Berdasarkan wasiat khalifah terdahulu

36.

Zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah ialah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun.

Apakah faktor kegemilangan tersebut?

a)

Kekayaan hasil bumi

b)

Kekuatan tentera laut

c)

Pencapaian intelektual

d)

Perkembangan industri

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar politik yang dijalankan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah di kawasan Balkan, Eropah.


Diplomasi

Toleransi


Apakah kesan pelaksanaan dasar tersebut?

a)

Peluang pekerjaan bertambah

b)

Agama islam mudah diterima

c)

Sistem feudal tempatan diperkukuh

d)

Hubungan dengan kerajaan kecil baik

38.

Senarai berikut adalah tokoh pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah.


Orhan I

Murad I

Mehmed II


Apakah persamaan sumbangan tokoh tersebut terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah?

a)

Menguatkuasakan Kanun Sulaiman

b)

Merintis kegiatan penterjemahan kitab

c)

Memajukan industri memproses kulit

d)

Memperluas wilayah islam

39.

Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam.

Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?

a)

Memberi penekanan kepada kecemerlangan individu

b)

Mengutamakan kemewahan dalam kehidupan

c)

Memperkuat kedudukan sesuatu kabilah

d)

Menjamin kemuliaan keturunan

40.

Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.

Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut?

a)

Warisan Bangsa

b)

Jurai keturunan

c)

Pengumpulan kekayaan

d)

Kecemerlangan individu

41.

Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang pendidikan?

a)

memperkenalkan sistem madrasah

b)

menubuhkan akademi pelayaran

c)

menubuhkan institut pertanian

d)

membina kolej perubatan

42.

Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini?

a)

Seni teater

b)

Seni arca

c)

Seni bina

d)

Seni tari

43.

Apakah peranan golongan Mudejar di Eropah?

a)

Menerapkan cara hidup Islam

b)

Menyertai pasukan tentera khas

c)

Menggalakkan perkembangan ilmu

d)

Menjadi pembayar cukai tambahan

44.

Mudejar:

Orang Islam setempat tinggal dalam kawasan pemerintahan orang Kristian.


Mozarab:

Orang tempatan yang beragama Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam.


Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?

a)

Kebudayaan Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat

b)

Bahasa Arab digunakan oleh sebahagian masyarakat

c)

Perkembangan ilmu pengetahuan meluas di Eropah

d)

Peluasan kawasan penaklukan Islam

45.

Tokoh ilmuwan Islam yang manakah telah memberikan sumbangan dalam bidang matematik?

a)

Ibn Jarih

b)

Al-Khawarizmi

c)

Wasil bin Ata

d)

Malik bin al-Harith

46.

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengembara Islam pada abad ke-14.


Ibn Battuta:

Hasil tulisan beliau menjadi rujukan sejarawan hingga kini


Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan sehingga kini?

a)

Ketepatan fakta

b)

Keunikan ilustrasi

c)

Keindahan bahasa

d)

Kepelbagaian teknik

47.

Pertembungan tamadun

Penaklukan

Hubungan diplomatik

Perdagangan


Kenyataan di atas merujuk kepada cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun luar.

Apakah kesan daripada pertembungan tersebut?

a)

Peningkatan ilmu

b)

Penyerapan budaya

c)

Penguasaan kuasa

d)

Pembahagian kelas sosial