NEW
Font size
WorksheetsSemester 2 STPM - Sintaksis: Jenis Ayat
Total questions: 15
Worksheet time: 13mins
Ayat yang manakah TIDAK termasuk dalam kumpulan jenis ayat?
Ayat tanya
Ayat penyata
Ayat perintah
Ayat aktif transitif
Ayat yang manakah yang dipanggil ayat berita?
Kamu sudah makan malam?
Letakkan sahaja buku itu di situ.
Pertandingan itu terpaksa ditangguhkan.
Usah engkau berdalih-dalih lagi dengan aku.
Ayat yang berikut ialah contoh binaan yang betul bagi ayat tanya, KECUALI
I - Dia pun demamkah?
II - Keadaan ini akan berakhir bila?
III - Sudah pulihkah pemain yang cedera itu?
IV - Siapa yang mengambil laptop saya di sini?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang berikut ialah ayat tanya tanpa unsur tanya, KECUALI
Gadis di sebelah awak itu siapa?
Mereka akan bergerak sekarang?
Sudah sampaikah penulis undangan itu?
Mereka tidak mahu menyiapkan kerja sekolah?
Yang manakah ayat perintah?
Wah, banyak sungguh duit kamu!
Cikgu menyuruh kamu bertemu dengannya.
Pegawai itu tidak membenarkan kami masuk.
Pastikan budak-budak itu tidak datang lagi ke sini.
Yang manakah ayat penyata pasif?
Mereka baru pulang dari bandar.
Budak itu dipukul oleh bapa saudaranya?
Beberapa ekor lelumba dilihat di kawasan itu.
Kamu boleh menyertai pertandingan itu tahun depan.
Yang manakah BUKAN ayat perintah?
Usah bersihkan tingkap sekarang.
Mari bersihkan tingkap dengan segera.
Bersihkan tingkap sebelum kamu ke sana.
Guru mengarahkan kami membersihkan tingkap.
Yang manakah ayat penyata?
Jangan gelojoh sangat.
Dia di situ semenjak tadi?
Wah, pandai betul adik kamu!
Kami diminta agar pergi dari situ.
Binaan ayat seruan yang betul ialah
Eh! Kamu sudah sampai.
Cis! Dasar lelaki kepala batu!
Aduh, sakitnya kepalaku!
Wah, kamu memang hebat.
Yang manakah ayat tanya terbuka?
Kamu datangkah esok?
Di manakah kamu tinggal?
Pergi dengan kawan kamu, bukan?
Kamu akan memandu kereta itu sendirian?
Yang manakah BUKAN ayat suruhan?
Rujuk kamus itu sekarang.
Tolong bawakan lampu suluh.
Jawablah soalan dengan hati-hati.
Bacakan saya perenggan itu dengan kuat.
Harap jangan terlalu mengikut perasaan.
Ayat di atas merupakan
ayat larangan
ayat suruhan
ayat permintaan
ayat harapan
Pilih ayat tanya relatif.
Karangan itu ditulis oleh Badri?
Badrikah yang menulis karangan itu?
Karangan itu ditulis oleh Badri sendiri?
Badrikah penulis karangan itu?
Ayat perintah yang manakah yang dibina secara tidak tepat?
Tolong jangan berbaring di sini.
Minta disebarkan maklumat dengan betul.
Sekarang saya mohon bantuan daripada tuan.
Usah keluar dari rumah ketika larangan sedang berkuat kuasa.
Yang manakah ayat nafi?
Dia sudah pergi pagi tadi.
Mohon pergi lebih awal lagi.
Buku ini bukan untuk mereka.
Bergaya sungguh budak itu sekarang!
