NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU - SISTEM BAHASA
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
"Saya mahu __________ siapkan tugasan ini pada hari ini juga," kata Cikgu Affiza kepada semua murid 6 Ibn Haitham.
anda
awak
kalian
mereka
Pembahas itu memberikan pendapat yang __________ bernas untuk mematahkan hujah-hujah pihak lawan.
agak
amat
nian
benar
Semua tayar kereta itu __________ di dalam lumpur selepas terbabas kerana mengelak beberapa ekor kambing yang berkeliaran di jalan.
terjunam
terbenam
tersadung
tergelincir
Cikgu Affiza meminta murid-murid Tahun 6 Ibn Haitham membuat pilihan __________ ingin makan nasi lemak __________ mi goreng semasa jamuan akhir tahun nanti.
baik ... ataupun
baik ... mahupun
sama ada ... ataupun
bukan sahaja ... bahkan
Dewan orang ramai itu dijadikan kawasan __________ sementara untuk mangsa-mangsa banjir di daerah Kota Bharu.
setempat
tempatan
petempatan
penempatan
Nadeef mengira __________ pinggangnya lalu dicatatnya pada sehelai kertas.
jangka sudut
ukur lilit
pita suara
garis pusat
Ketua pasukan JDT __________ piala yang dimenangi pasukannya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
menatang
mengepit
menjulang
menjunjung
Hairul ___________ kerana dia meminta barang-barang yang telah diberikan kepada kawan-kawannya semula setelah dia tidak terpilih sebagai ketua kelas.
banyak mulut
buruk siku
buta hati
besar kepala
Pak Azahari __________ buluh-buluh kecil itu untuk membuat sangkar burung.
meraut
mengikis
mengukir
mengetam
Beberapa __________ atap zink rumah Encik Shahrizal telah tercabut akibat dipukul ribut yang kuat.
buah
keping
kajang
bidang
Industri __________ negara ini akan menghadapi masalah bekalan sekiranya masalah penebangan hutan secara haram tidak ditangani.
batu-batan
rempah-ratus
sayur-mayur
kayu-kayan
Pengawal keselamatan itu __________ selaras senapang di hadapan tempat dia bertugas.
memikul
mengepit
menyandar
menyandang
Persembahan peserta itu mendapat pujian daripada penonton.
Pilih perkataan antonim bagi pujian.
bantahan
cacian
sokongan
tohmahan
Pokok pinang yang __________ itu telah mengenai bumbung kedai runcit Pak Manaf.
runtuh
roboh
ranap
tumbang
Setelah menyiang ikan, Puan Azima mencuci papan landas sehingga bersih untuk menghilangkan bau __________.
tengik
hamis
hanyir
hancing
Beberapa ekor lalat _________ seketul ayam goreng di dalam piring yang tidak bertutup itu.
mendekati
memasuki
menghampiri
menghurung
Syazrell mengikat tali kasutnya dengan _________ supaya tidak terbuka ketika berlari nanti.
erat
kuat
ketat
tegang
Rambutnya __________ dan pakaiannya _________ selepas bangun daripada tidur.
haru-biru ... herot-berot
licin-licau ... comot-momot
kusut-masai ... serbah-serbih
corat-caret ... compang-camping
Daripada raut wajahnya yang __________ itu, saya tahu bahawa dia sedang menghadapi masalah yang berat.
beria-ia
berura-ura
berkerut-kerut
berkedut-kedut
Resit pembayaran bagi pertandingan memancing udang telah __________ oleh ayah bersama-sama borang penyertaan.
dikepilkan
dikepitkan
diselitkan
disisipkan
1. “Sebagai murid, __________ mesti membantu guru untuk membawa buku-buku ini,” kata Jun Zhi dan Jhi Kang kepada Cikgu Mukhirz.
kami
kita
saya
mereka
1. Emak membuang minyak yang sudah _________ itu kerana tidak boleh digunakan lagi.
basi
tengik
bususk
kusam
1. Kerja-kerja ___________ Sungai Mutiara semenjak beberapa minggu yang lalu adalah untuk mengatasi masalah banjir.
memperdalam
memperdalamkan
mendalami
didalami
1. “_____________, aku tidak mahu menurut kehendakmu!” kata lelaki itu dengan bengisnya.
Wah
Oh
Hai
Ah
1. Pihak penganjur menggantung ____________ di tiang-tiang lampu.
kekisi
bebawang
pepejal
gegantung
1. Zahila melabel ___________ bunga pada papan tanda di taman sains.
barang-barang
kertas-kertas
nama-nama
tajuk-tajuk
Pilih simpulan bahasa yang sesuai
Cikgu Adli menegur murid itu kerana tulisannya sukar dibaca.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
curi tulang
bekas tangan
cakar ayam
buta huruf
Pilih simpulan bahasa yang sesuai
_______________ perabot orang kurang upaya itu sungguh cantik dan kemas
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
bekas tangan
buah tangan
buah fikiran
buah hati
Rumah nenek kelihatan berseri kerana dikelilingi pokok-pokok bunga yang segar.
Pilih perkataan antonim bagi segar.
tua
layu
renek
matang
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Encik Gan membaiki sistem perpaipan di rumah Encik Azrel.
Di rumah Encik Gan sedang dibaiki sistem perpaipan oleh Encik Azrel.
Sistem perpaipan di rumah Encik Azrel sedang dibaiki oleh Encik Gan.
Sistem perpaipan di rumah Encik Gan sedang dibaiki oleh Encik Azrel.
Di rumah Encik Azrel dan Encik Gan sedang dibaiki sistem perpaipan.
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Pencapaian cemerlang Amirul dalam pelajaran amat membanggakan keluarganya.
Adakah Amirul cemerlang dalam pelajarannya?
Dalam keluarga Amirul, siapakah yang cemerlang dalam pelajaran?
Apakah yang menyebabkan keluarga Amirul bangga dengannya?
Bagaimanakah Amirul mencapai kecemerlangan dalam pelajarannya?
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Adik menyimpan semua barang mainannya di tempat yang alamat.
II. Sebelum peperiksaan, Cikgu Runika memberi alamat kepada murid-muridnya.
III. Cuaca yang amat gelap alamat hari akan hujan.
IV. Salah satu alamat demam denggi ialah tanda-tanda merah pada kulit.
III sahaja
I dan II
I dan IV
III dan IV
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Kain kakak agar rendang.
II. Wajah Puan Safira sentiasa rendang.
III. Mereka berteduh di bawah pokok yang rendang.
IV. Rendang ayam ini sangat sedap.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Para ____ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak ____ tikus.
digerit
digigit
dikesip
diketip
Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu ____ ruang tamu _____ ruang dapur rumahnya
dari....ke
dari...kepada
daripada....ke
daripada...kepada
Azril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
ada hati
bulat hati
besar hati
berat hati
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.
melepaskan batuk di tangga
mencurah air ke daun keladi
alang-alang berdakwat biar hitam
pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Peribahasa bagai aur dengan tebing bermaksud sikap saling membantu antara satu sama lain dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Yang berikut ialah peribahasa yang sama maksud, KECUALI
ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
bagai isi dengan kuku.
____________mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan.
Kami
Kita
Mereka
Engkau
