wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Latihan Tatabahasan sempena wabak Covid-19

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Kita dinasihati__ menekup mulut dengan sapu tangan ketika bersin dan batuk.

a)

agar

b)

untuk

c)

demi

d)

bagi

2.

Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran___ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

akan

b)

boleh

c)

mesti

d)

pernah

3.

Terdapat____ masyarakat yang masih berkeliaran di luar_____perintah kawalan pergerakan diumumkan oleh kerajaan.

a)

seluruh...meskipun

b)

segenap...kendatipun

c)

segelintir...waima

d)

beberapa...sungguhpun

4.

Pembelian panik di pasar raya____negara telah mendapat____luas daripada media massa.

a)

semua...liputan

b)

seantero...litupan

c)

seluruh...liputan

d)

segala...litupan

5.

Perdana Menteri ___ semua anggota masyarakat agar patuh___arahan kerajaan.

a)

menyuruh...pada

b)

menyeru...akan

c)

menggesa...kepada

d)

mengumumkan...pada

6.

Kita____supaya menggunakan pensanitasi tangan dari masa ke masa bagi____kuman pada tangan.

a)

disuruh....melupuskan

b)

digesa...membasmi

c)

diseru...menghapuskan

d)

diminta...menghancurkan

7.

____air serbuk kunyit _____daun semambu mampu dijadikan sebagai bahan antikuman semula jadi.

a)

Bancuhan...dengan

b)

Sebatian...dan

c)

Gandingan...dan

d)

Campuran...dengan

8.

____jalan yang____oleh pihak polis mampu mengekang pergerakan penduduk di luar.

a)

Halangan...diadakan

b)

Hadangan...dibuat

c)

Sekatan...dilakukan

d)

Pemeriksaan...dilakukan

9.

____penutup hidung yang melonjak hingga mencecah RM2 sekeping amat membimbangkan semua pihak.

a)

Nilai

b)

Kadar

c)

Tarif

d)

Harga

10.

Angkatan Tentera Malaysia telah diarahkan untuk____pergerakan penduduk agar___jangkitan virus dapat diputuskan.

a)

memerhatikan...kitaran

b)

mengawal...gelungan

c)

memantau...rantaian

d)

mengawasi...gelombang

11.

____orang peserta acara itu dikuarantin kerana____positif ujian saringan itu.

a)

Sesetengah...disetujui

b)

Sebilangan...dibuktikan

c)

Semua...diyakini

d)

Beberapa...dipercayai

12.

Perdana Menteri_____semua anggota masyarakat agar tidak____maklumat palsu tentang jangkitan wabak Covid-19.

a)

menggesa...merebakkan

b)

menyuruh...menyalurkan

c)

meminta...menularkan

d)

melarang...menyebarkan

13.

Semua penumpang yang____di India akibat ____ wabak Covid-19 telah berjaya dibawa pulang ke tanah air.

a)

tertinggal...perusuhan

b)

terkandas...penyebaran

c)

terbantut...pembabitan

d)

terbiar...penularan

14.

Selain menonton televisyen di rumah, anak-anak____ menggunakan masa terluang untuk_____cerpen supaya meningkatkan daya imaginasi mereka.

a)

perlu...menulis

b)

boleh...mengarang

c)

dapat...mengarang

d)

mesti...mencipta

15.

Novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya ___tentang pengembaraan _____murid ke dimensi alam kumbang.

a)

berkaitan...segerombolan

b)

berperi...seangkatan

c)

bercerita...sekumpulan

d)

bertema...sepasukan